Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, January 11, 2013

Selamat berdemonstrasi


Hasrat untuk ke KL esok bagi menguruskan perniagaan terpaksa diurung angkara ura-ura berlaku demonstrasi jalanan sekali lagi di kota metropolitan tersebut.

Demang dah malas nak ikut campur soal politik namun rasa terganggu apabila urusan yang sepatutnya dilakukan minggu ini terpaksa ditunda ke minggu depan.

Padahal minggu depan sudah ada beberapa agenda lain.

Demang akui, demonstrasi tersebut memang penting dan patut dilakukan. Maklumlah, selain demonstrasi, apa lagi yang boleh dilakukan bagi membuktikan pada para penaja Anwar Ibrahim bahawa Anwar masih mampu 'bekerja'?

Para penaja tersebut bukannya mahu terima laporan kosong atau penerangan lisan bahawa Anwar mampu menggoncang negara. Mereka mahu lihat ia memang benar-benar dilaksana!

Bukan sedikit pelaburan telah dibuat. Lihat sahaja kemewahan para peminpin PKR sejak dulu. Ia bukan diperolehi PERCUMA!

Apabila kempen PRU13 bermula nanti, nilai sendirilah perbelanjaan mereka walaupun tidak pernah diumum sumber pendapatan rasmi mereka.

Demang simpati juga dengan Anwar. Maklumlah, jika tidak bekerja, dia dan pengikutnya nak hidup mewah macamana?

Lebih dari itu, mereka telah tercebur terlalu jauh. Bukan boleh keluar lagi. Ia lebih teruk daripada terlibat dengan gengster.

Bak kata lagu Hotel Callifornia, anda boleh masuk bila-bila masa tetapi tiada jalan keluar.

Kes Benazir Butho di Pakistan menjadi bukti. Masih ingat?

Demang cadangkan kalau nak buat demonstrasi juga, buatlah di hutan simpan negara. Tak ganggu rakyat yang nak berniaga dan berurusan.

Selamat berdemonstrasi.

2 comments:

melayuangkat said...

Salam Cheguman,

Apa khabar?

Memang mereka ni sikit pun tak fikirkan mengenai Agama atau Negara mereka ASALKAN cita cita peribadi tercapai.

Inilah Jasa ANWAR IBRAHIM yang bakal dikenang sampai bila bila...Babak demonstrasi, menghasut dan mengajar anak anak muda jadi kurang ajar!!!

Untunglah Shamsidar, kembang kuncuplah...Orang sanggup berhimpun kerana DIA!!!

Cheguman said...

Salam kak hjh. Akak pula apa khabar?
Saya teringat akak pernah merungut dlm blog betapa susah nak berurusan di KL dulu sbb selalu ada demonstrasi jalanan. Masa tu saya tak kesah sgt sbb takde urusan di KL. Skrg baru saya terasa. Tergendala urusan saya minggu ni.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)