Hari ini Tan Sri Mahyudin Yasin berada di Melaka bagi melakukan lawatan kerja.
Tak kesah lah apa tajuk program tersebut namun yang jelas di situ beliau telah menemui rakyat dari pelbagai golongan dan lapisan masyarakat.
Bagi sesetengah orang barangkali beranggap lawatan dan pertemuan tersebut tidak bermakna apa-apa. Apatah lagi perjumpaan di MITC jam 3.00 petang tadi dihadiri guru-guru yang hadir kerana terpaksa!
Ya. Selain menjawat TPM, Mahyudin adalah Menteri Pelajaran. Protokolnya, apabila menteri sesuatu kementerian datang berkunjung maka seluruh anggota daripada pengarah hinggalah kakitangan bawahan perlu hadir.
Selain bagi meraikan, kehadiran juga bagi menerima amanat-amanat tertentu yang hendak disampaikan.
Sebenarnya banyak yang boleh dikupas pada perenggan akhir Demang tadi namun Demang hanya ingin memberitahu tentang kesan pertemuan antara Mahyudin dengan warga pendidik di Melaka.
Apabila seorang rakyat bertemu orang besar atau istilah lainnya 'pembesar', maka akan berlaku satu fenomena yang sukar diterjemah dengan kata-kata.
Sebab itulah dipanggil 'orang besar'!
Begitu juga keadaannya apabila pegawai yang lebih rendah bertemu pegawai atasan, apatah lagi bergelar menteri.
Cuba lah sendiri dan anda akan rasa sedikit sebanyak benarnya catatan Demang ini.
Kesan yang bagaikan hembusan aura tersebut akan melekat bersama 'kebaikan' lain yang disampaikan secara terus (bantuan persekolahan dan lain-lain) seterusnya menaut satu pengalaman yang tak ternilai sehingga secara tidak sedar akan menyingkirkan jika ada saki baki rasa tidak puas hati.
Semua ini akan membekas dan seterusnya mempengaruhi keputusan undi yang semakin hampir.
Demang tak katakan semua yang hadir merasai begitu namun ia akan berlaku pada kebanyakan manusia yang masih mempunyai hati dan perasaan di samping akal fikiran yang sihat.
Justeru Demang katakan sekarang bahawa perjuangan PAS untuk menguasai parlimen bukan sahaja semakin sukar bahkan sudah hampir musnah sebelum sempat ke pertandingan akhir.
Namun penyokong pembangkang tidak perlu gusar kerana harapan parti-parti yang berpakat dengan DAP untuk merampas kerajaan masih cerah ekoran kecenderongan pengundi muda cina untuk mengundi mereka.
Cuma, apabila PAS gagal menarik lebih 60% undi Melayu maka PAS sekadar melukut di tepi gantang dalam kerajaan yang diterajui DAP dan PKR nanti.
Jika 60% daripada pengundi adalah Melayu; PAS dapat 50% dan UMNO juga 50% daripadanya, maka anda congaklah sendiri siapa pula yang akan menguasai?
2 comments:
Kerana perasaan dan hati terganggu maka undi akan diberi kepada puak pengkianat ke? inilah dikatakan marah nyamuk kelambu dibakar, melayu itu kebanyakannya bodoh dan kebodohan mereka kini berada ditahap paling gaban dalam sejarah manusia dalam dunia ini, kebaikan kerajaan membantu sentiasa dipertikai walaupun tangan kanan memegang bantuan tangan kiri pulak mencubit orang yang memberi, inilah jenis manusia yang tidak dapat digambarkan oleh akal fikiran yang waras.
Aslmkm cikgu,,,
Saya setuju sgt dgn kenyataan bahawa pengundi2 muda Cina begitu ghairah utk undi DAP dan rakan2nya..
Cuma sy nak kongsi sket pengalaman hari nie,,, bersama beberapa pegawai dlm sbuah jabatan agama.... semua yg berbicara dgn sy mmg pro PR,,, mata brgkali dh dibutakan melihat ANWAR serba hebat,,, mlh kerajaan dikatakan tak pernah betul... Tapi syg mereka ditawarkan bekerja utk kerajaan,,, tp ROH tak bersama kerajaan pun, bagaimana nak sampaikan dasar kerajaan....
Mereka nampak lebih agungkan Khalid Ibrahim, kununnya tokoh ekonomi yg hbt,,,, jasa TUN M pada mereka takda ape2 pun...
Tak kisah sape pun mereka nak sokong,,, tp pada sy bila jalankan tugas dan keluarkan hujah kena bhati2...
Post a Comment