Kehairanan yang membawa pada kebuntuan akal fikir Demang terhadap tindakan-tindakan PAS terutamanya Nik Aziz yang ganjil, aneh, dan pelik agak terjawab dengan kenyataan berani mufti Perak di atas.
Apabila diri bersarang dendam maka hati jadi hitam. Seterusnya akal dan ilmu tidak berguna lagi.
Hati yang hitam legam sukar untuk cahaya kebenaran menembusinya.
Itulah jawapan pada keheranan Demang apabila melihat PAS tegar menolak usaha perpaduan (UMNO-PAS) yang diusahakan banyak pihak sejak beberapa tahun belakangan ini.
Itulah bahayanya membiarkan kemarahan dan dendam bersarang terlalu lama.
Itu sebabnya Rasulullah menganjurkan ummatnya agar sentiasa memaafkan.
Rasulullah bukan sahaja menyuruh bahkan Baginda melakukannya.
1 comment:
N.Ajis dah jauh tersesat.. mari sama2 kita tunjukkan jalan yg benar kpd orang tua ini!
Moga2 dia insaf dan bertaubat!!
Post a Comment