Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, December 30, 2013

Warung, cafe, dan lebuhraya bertol

Orang buka warung, Demang cuba buka cafe.

Warung pacak tepi jalan, cafe dalam bangunan, ada aircond.

Warung jual karipap 50sen, cafe Demang pun jual karipap 50sen.

Warung tepi jalan buka hari-hari. Cafe Demangpun dibuka setiap hari dan aircond pun jalan hari-hari.

Orang pergi warung duduk atas bangku kayu usang, cafe Demang takkan nak buat begitu?

Warung tak pedulikan sangat soal lantai simen atau lantai tanah sebaliknya lantai cafe sekurang-kurangnya perlu ditampal mozek.

Sebut sahaja warung, orang tak peduli sangat, tapi bila dah jadi cafe, majlis perbandaran suruh buat macam-macam. Papantanda kena ikut peraturan dan kena bayar lesen. Longkang kena bersih, dapur kena kemas.

Kalau engkar, saman.

Demang nampak warung ni macam jalan biasa manakala cafe pula macam lebuhraya. 'Jalanraya biasa' digunakan secara percuma sahaja tapi kalau guna lebuhraya kena bayar tol.

Demang cuba jual karipap 60sen, orang kata mahal. Cafe pun lengang. Maka Demang tak jadi naikkan harga.

Demang fikir kerajaan pun begitu juga. Jangan naikkan tol dan kalau boleh beri percuma sahaja.

Perbelanjaan untuk penyeliaan lebuhraya boleh ambil daripada khazanah negara.

Apabila Demang beritahu Pakngah Demang di kampung tentang cadangan ini, Pakngah Demang bertempik:

"Aku tak setuju! Aku guna lebuhraya setahun sekali, pasai apa aku kena tanggung perbelanjaan lebuhraya tiap-tiap hari?"

Demang terangguk-angguk sambil mata terkebil.

2 comments:

Anonymous said...

malaysia memang agak unik sebab harga minuman dikatakan seragam tetapi bab kandungan airnya yg berbeza,sebab gelas untuk mengisi air minuman mempunyi pelbagai saiz ada gelas yg pinggang ramping,perut buncit,tirus dibahagian bawah serta pelbagai lagi,tetapi pelanggan tidak pernah pertikaikan.

cheguman said...

Ye tak ye jugak. Hmm...Pandangan yg menarik. T.ksh.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)