Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, August 23, 2014

Tahniah TG Hj Hadi naib presiden ulama dunia

Pertama-tamanya Demang ucapkan syukur alhamdulillah dan tahniah pada TG Hj Hadi Awang atas lantikan sebagai naib presiden ulama dunia yang diadakan di Turkey semalam.

Demang anggap ia 'permulaan' yang baik untuk perjuangan yang lebih besar.

Demang sedar ada sesetengah pihak memandang sinis lantikan tersebut kerana PAS sekarang dilihat hanya pak turut pada PKR (baca: Parti Keluarga anwaR) dan DAP.

Namun setakat manakah kita membantu beliau dalam berhadapan dengan puak Anwarinas dalam PAS?

Bagi Demang majoriti ahli tulen dalam PAS hanya celik semangat buta strategi. Kebanyakannya hanya tahu melenting apabila ada perkara yang menyakiti hati namun tidak tahu bagaimana untuk memenangi seluruh permainan.

Lebih teruk lagi apabila kebanyakan penyokong PAS adalah manusia lurus bendul yang amat mudah dieksploitasi oleh individu-individu yang tersepit.

Mudah cakap, kebanyakan dalam PAS tiada jati diri sehingga tidak mampu memahami bahawa Islam itu agama dan Melayu itu bangsa. Akhirnya malu mengaku sebagai berbangsa Melayu atas alasan Melayu tidak semestinya Islam.

Kesinambungan daripada malu mengaku Melayu ini ialah malu berketuakan raja-raja Melayu dan membuka jalan pada penubuhan negara republik yang diimpikan DAP.

Akhirnya apabila sistem kesultanan yang berkesinambungan daripada sistem khalifah Islam lenyap barulah terkebil-kebil menggigit jari.

Barangkali ramai yang marah dengan Demang namun jika teguran begini pun tidak mahu diterima, bagaimana mahu berjuang?

Mari kita lihat satu strategi halus DAP melalui PKR iaitu menjana motto ABU = Asal Bukan UMNO.

Amat malang apabila ada juga yang mengaku ahli PAS melagu-lagukan skrip ABU tanpa sedar ia boleh membawa pada kerosakan teruk pada hati mereka.

Apa maksud 'asal bukan UMNO'? Ia bermaksud, apa sahaja dihalalkan asalkan ia bukan UMNO. Ertinya, babi pun halal kerana babi bukanlah UMNO!

Adakah Islam mengajar perjuangan yang begitu? Bolehkah dicampuradukkan yang betul dan yang batil?

Berbalik pada tajuk Demang tadi iaitu ucapan tahniah pada TG Haji Hadi Awang, Demang fikir inilah masanya PAS dibersihkan daripada makhluk-makhluk asing yang menyamar sebagai ahli PAS padahal mereka sebenarnya berjuang semata-mata kerana hendak menghapuskan UMNO.

Mereka tidak peduli sangat apa yang akan berlaku selepas UMNO ditumbangkan. Bahkan mereka tidak pedulipun pada perjuangan Islam yang diasaskan para pemimpin PAS yang asal.

Yang penting, 'asal bukan UMNO'.

PAS perlu mulakan semula perjuangan menegakkan Islam bukannya perjuangan memusnahkan UMNO.

Nampak macam sama tetapi memang besar bezanya.

* rupa-rupanya bukan Demang sahaja bawa isu pembersihan Anwarinas dalam PAS. Lihat http://santauberapi.blogspot.com/2014/08/dua-adun-syaitan-pengkhianat-enggan.html

5 comments:

Anonymous said...

Blog puki mak...

Anonymous said...

Sedunia??....ishhh3.!! sebenarnya dunia TAK TAHU...Hadi awang lah yg memecah belahkan Umat islam di Malaysia sejak sekian lama !

Anonymous said...

Selepas u turn? Selepas amanat Hj Hadi? Mngkin itu ciri2 nk jd ulama dunia

Anonymous said...

Yg angkat tangan sbb imej baik & lantang dr pemimpin kerajaan Malaysia yg dterajui UMNO
Lagipun pak Arab ni mana la tau UMNO, PA
S..janji dr Malaysia.
Depa bukan tau pasal Hj Hardy ni dah kafirkan lebih separuh dr umat Melayu Islam. Ikut Hardy punya fatwa..Malaysia dah jatuh sbgai bukan negara Islam...

Anonymous said...

Dia x u turn..
Dia masuk round a bout..pusing2 sampai pening...

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)