Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, July 19, 2016

Manusia tanpa kepala berkeliaran di pejabat kerajaan

Nampaknya kemunculan lembaga tanpa kepala berkeliaran di pejabat kerajaan sudah tidak dihairankan lagi. Malah para ketua jabatan lebih senang keadaan begitu. Kaki dan tangan yang bekerja tanpa kepala memudahkan urusan.

Entah apalah yang sakit hati sangat pada pemakaian jubah Demang pun tak tahu. Maka dalam etika pemakaian kakitangan awam, pemakaian jubah pada waktu bekerja tidak dibenarkan.

Oleh kerana kakitangan kerajaan hanyalah memiliki kaki dan tangan sahaja tanpa tubuh, hati dan otak maka tiada siapalah dari kalangan kakitangan kerajaan yang berani menyoal balik apa sahaja arahan yang dikeluarkan.

Apabila Demang tanya, jawapan yang diberi ialah, itu adalah peraturan. Demang tanya balik? Siapa yang buat peraturan? Turun dari langit? Jawapan yang diberi, kita kakitangan rendah, ikut sahajalah.

Nampaknya oleh kerana lama sangat 'ke laut' (istilah untuk persembahan yang teruk) pihak berkenaan lupa bahawa kakitangan kerajaan bukan hanya ada kaki dan tangan untuk bekerja malah mereka juga boleh menulis di media sosial, bersembang sambil ngeteh, serta yang paling bahaya, kaki dan tangan itu ada hak mengundi bagi memilih kerajaan baru.

Adakah pegawai atasan pembuat peraturan itu memang kategori KE LAUT atau ini satu lagi modus operandi bagi mensabotaj kerajaan yang sedang memerintah?

Kenapa Demang kemukakan isu ini? Lihatlah sekeliling dan tengoklah trend pakaian sekarang. Kalau dulu kumpulan nasyidpun berselendang di bahu dan para ustazah masih ramai berskaf sahaja, hari ini kita dapati corak pemakaian muslimin dan muslimat di negara kita telah jauh berubah. Kenapa?

Kalau itupun tak boleh nak fikir, memang ke laut la.

6 comments:

Anonymous said...

Nakvtanya demang.
Kalau tak pakai jubah tak islamik ka.
Asal bejubah baru islamik.
Apa punya bangang la pemikiran kau demang.
Peraturan berpakaian asalkan menutup aurat Alhamdulillah la.

Unknown said...

Yg marah dgn jubah apsal? Apa masalah sebenarnya? Kebaya boleh lak?

Unknown said...

Yg marah dgn jubah apsal? Apa masalah sebenarnya? Kebaya boleh lak?

Unknown said...

Faham tak persoalan Demang? Maksud demang ialah jika itu yg rakyat nak dan ia bagus kenapa nak halang? Hati ada hitam ka?

Anonymous said...

Ada member pakai jubah dgn purdah, masuk hostel pompuan dgn bilik air pompuan, skodeng...

Cheguman said...

kalau ada 1000 org kaki skodeng, berapa org yg pakai jubah dan berapa ramai yg pakai selain jubah? kau nak kata apa sebenarnya Anon 6:38?

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)