Berita Paus Benediktus XVI memeluk Islam sepatutnya meletup satu dunia namun jejakan yang Demang lakukan melalui Google mendapati hanya beberapa blog yang mengisahkannya dan tampak berasal dari satu sumber kabur. Kebanyakannya pula bersalur dari Indonesia.
Kita boleh sahaja menuduh Google telah menapis dan menyembunyikan berita namun Demang lebih cenderung mengesyaki bahawa berita itu adalah palsu.
Benar atau bohong bukanlah persoalan yang ingin Demang kemukakan di sini. Kita lihat dari sudut lain iaitu apakah kesannya jika ia benar?
Mari kita lihat dari sudut bangsa Melayu.
Tanpa merujuk pada mana-mana statistik, kita dapati negara Islam agak ketinggalan dalam pelbagai bidang terutama ekonomi. Orang Melayu di Malaysia juga masih belum mampu bersaing. Bayangkan jika penganut kristian yang selama ini berada terkehadapan memeluk Islam. Demang percaya mereka akan lebih jauh meninggalkan kita.
Ini bukan soal assobiyah kerana assobiyah yang Islam haramkan merujuk pada tindakan mengambil hak kaum lain. Jika majoriti orang kristian sudah menjadi muslim maka kita akan melihat dua kelompok muslim iaitu muslim yang maju dan muslim yang ketinggalan.
Malanglah jika kita di kelompok kedua.
Memanglah dari satu sudut kita bersyukur dengan kemasukan saudara baru namun bagaimana pula dengan survival bangsa?
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainlan kaum itu sendiri yang mengubahnya.
Harap fahamkan betul-betul fikiran Demang. Kita bukan nak menyekat orang lain menjadi muslim sebaliknya sedang melihat bagaimana pula nasib bangsa sendiri? Akan bertukar menjadi maju atau menjadi semakin ketinggalan?
Barangkali ada yang menganggap tidak ada masalah jika orang kristian yang telah menjdi Islam lebih maju. Merekapun orang Islam juga. Sekali lgi Demang tegaskan, itu bukan persoalannya.
Jangan lupa dengan realiti di Malaysia. Kemasukan orang Islam dari Indonesia dan Kemboja yang dengan cepat menguasai perniagaan pakaian serta orang Islam dari selatan Thai yang menguasai perniagaan makanan menyesakkan orang Melayu dalam kedua-dua bidang tersebut.
Bagaimanakah nasib orang Melayu apabila kaum Cina menjadi muslim?
Adakah orang Melayu akan terus sekadar menjadi pemerhati? Ia akan berlaku jika sikap dan budaya kerja kita masih tidak berubah.
Begitu juga dengan cara kita berpolitik. Ramai kalangan kita yang masih menganggap bahawa untuk menang kita mesti mengalahkan pihak lain. Dalam pendidikan pun begitu juga. Kita masih takut membenarkan pelajar meneroka ilmu dengn cara yang baru. Sistem peperiksan yang terlalu mengongkong masih enggan diubah meski sistem baru telah mula dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment