Dulu-dulu apabila disebut taukey maka terbayang lelaki berkulit putih kuning, mata sepet, muka bulat (kembang), dan yang penting perutnya buncit (kembung).
Kalau orang kampung pula kurus kering, muka cengkung, dan hisap rokok daun. Kalau sorang-sorang dia suka duduk termenung atau tidur, dan jika beramai, bergebanglah kerjanya
Itu tipa piawai (standard) 1970an tetapi jangan dipercayai sangat. Penghakiman yang tidak berfakta.
Buncit, termenung, dan kembung mungkin tiada kena mengena dengan ikan kembung tapi masih dikira bau-bau bacang. Kira kuatlah tu.
20 tahun lalu ikan kembung cuma RM2 sekilogram. 10 tahun selepas itu RM4 dan dalam setahun dua ini mencecah RM20.
Dari segi matematik, peningkatan adalah sekata iaitu sekali ganda. Kalau dari 2 kepada 4 masih normal tetapi kalau dari RM10 menjadi RM20 sudah jadi luar biasa.
Ada orang salahkan kerajaan. Itu Demang setuju. Kata mereka, kerajaan patut kawal harga dengan peraturan ketat. Itu Demang kurang setuju.
Kalau kita belajar asas ekonomi, harga ditentukan oleh pasaran. Jika tinggi permintaan harga akan naik. Jika penawaran berlebihan, harga akan jatuh. Apatah lagi jika ikan kembung itu dah pecah perut.
Cadangan Demang, perbanyakkan tangkapan ikan. Bagi insentif untuk rakyat jadi nelayan laut dalam. Yang takut ke laut atau bini tak bagi tinggalkan rumah lama-lama, boleh ternak ikan dalam sangkar.
Itu plan jangka sederhana dan jangka panjang.
Dalam pada itu pemantauan dan penguatkuasaan perlu diperketat. Lauk pauk adalah perkara asas. Gen Y dan Gen Z mungkin boleh makan spagheti cicah sos. Orang tua macam Demang masih teringin makan nasi dengan ikan kembung goreng, dan sambal belacan.
Kenaikan harga makanan memang buat rakyat pening kepala. Mereka tidak tahu nak salahkan siapa. Selain ajar rakyat bersyukur (itu wajib), peniaga yang memanipulasi keadaan perlu ada tindakan.
Jangan sampai rakyat berang dan terjemahkan semasa mengundi.
Demang rasa itulah tujuan si perut kembung. Dapat sekali berkuasa, mereka banyak muslihat bagi mengubah Malaysia menjadi Singapura.
No comments:
Post a Comment