Kali ini Demang nak bawak 3 cerita.
Cerita 1
Semasa Demang sambung belajar di USM dulu Demang ada kenal seorang kawan India Muslim atau biasa kita panggil mamak. Suatu hari si mamak tanya Demang. Boleh tak kita jadikan 1 bulan, 1 orang jadi jutawan?
Maka beliau pun mengira. Jika setiap orang keluarkan RM1000, kumpul dan serahkan pada satu orang maka orang itu serta merta jadi jutawan.
Berapa orang nak kumpul? 1,000,000 bahagi RM1000 bermakna perlu ada 1000 orang yakni bersamaan 1000 bulan.
Ini bukan 1000 bulan berkaitan lailatul qadar. Seribu bulan di dunia yang fana ini bersamaan 83 tahun. Ertinya jika nak laksanakan kita mungkin kena kumpulkan ahli berumur satu tahun dan orang terakhir akan jadi jutawan semasa usianya 83 tahun!
Jika anda terus percaya andaian Demang, anda telah tertipu. Ada kaedah penjadualan yang lebih praktikal. Anda fikir sendirilah.
Sebenarnya itulah sistem kutu. Dalam konsep main kutu, jangan fikir untung sebab konsepnya ialah kerjasama dan tolong menolong. Jangan perlekeh sistem kutu kerana di situ ada banyak hikmahnya. Hati-hati, ujian Allah pun banyak di situ.
Di mana-mana pun ada ujian Allah. Nak lari ke mana? Hadap sahajalah. Dalam kubur, jawablah.
Cerita 2
Semasa kecil dulu Demang pernah tinggal di Gurun Kedah. Tak jauh dari situ ada pekan bernama Guar. Pada zaman dahulu ada seorang pendekar di situ dipanggil Panglima Nayan. Pernah dengar?
Baiklah. Jika di barat ada Robin Hood, di Kedah ada Panglima Nayan. Demang rasa anda dah faham.
Kutip wang dari orang kaya dan beri pada orang miskin ada beberapa hukum dunia:
1. Jika pengutip tiada permit ia dipanggil perompak.
2. Jika pengutip ada kebenaran maka ia dipanggil kerajaan.
Masalahnya, semua orang perlu bayar cukai. Maka timbul kekeliruan, GST ini sistem main kutu atau cukai?
Nak kenal ia kutu atau cukai, mari kita lihat berapa ringgit yang anda bayar dan berapa ringgit pula yang anda dapat.
Jika anda berbelanja rm4000 sebulan dan dikenakan GST 6% bermakna setahun RM48000 x 6%) anda kena bayar rm2880 kepada pemungut cukai.
Semakin banyak anda berbelanja, semakin banyak anda bayar cukai dan begitulah sebaliknya.
Itulah GST.
Cerita 3
Berapa ringgit anda dapat daripada BRIM dalam setahun? Lebih atau kurang? Jika lebih, untunglah. Jika kurang, rasa tertipulah.
Ini yang orang bisingkan. Padahal, berapa banyak negara di dunia ini sejak tahun 0001 masihi hingga 2017 ini yang bagi duit tunai pada rakyatnya? Biasanya rakyat dapat dalam bentuk kebajikan, kemudahan awam, dan pembangunan.
Nanti dulu. Jika anda terus percaya kiraan Demang untung rugi BRIM tadi, anda tertipu lagi.
Sebagaimana kutu, jika anda kira duit terkumpul yang anda terima ditolak dengan duit yang anda bayar setiap bulan maka anda akan sedikit kecewa. Manakan tidak, rupa-rupanya anda sekadar ambil semula duit sendiri. Lebih teruk lagi jika anda bayar GST RM2880 dan dapat BRIM cuma RM600 setahun.
Itu sebabnya Demang ingatkan di awal tadi, main kutu mesti dilihat dari segi hikmahnya, bukan untung ringgitnya.
Maka GST juga perlu dilihat kesan pesisirnya, bukan hanya memandang arus yang mengalir.
GST melicinkan proses kutipan cukai dan meminimum penipuan pembayar cukai.
Kemana perginya hasil cukai? Oh ya, kalau orang kata Rosmah berbelanja sejuta sehari pun, dari segi peratus kutipan ia tidaklah menjejaskan sangat. Sebulan baru hilang RM30 juta dan rakyat Malaysia ada lebih 30 juta orang. Jika dirampas duit Rosmah tu (kononnya), dan dibedak (agih) dapatlah rakyat seringgit seorang.
Kalau kita kutuk apalagi tohmah orang, diri kita sendiri yang berdosa dan akan di azab Allah. Jika sifulanah itu betul-betul mencuri, dia tanggunglah sendiri. Rezeki kita manusia yang tentukan ke?
Selagi kita ingat Allah, tiada masalah. Insyaallah.
Nanti kita bincang pasal ikan kembung mahal pulak.
No comments:
Post a Comment