Kemelut yang kita lalui ini macam fenomena gerhana bulan. Semasa gerhana kita nampak bayang bumi di atas permukaan bulan.
Oo... Rupa-rupanya bumi kita ini bulat. Buktinya, bayang² bumi yang kena pada bulan berbentuk bulat.
Begitu juga fenomena perebutan jawatan politik yang berlaku ini. Ia menggamit orang ramai untuk memahami perlembagaan negara sendiri.
Allah hantar 9 penyambung sistem khalifah bagi menjaga Tanah Melayu. Setiap mereka ada mufti, ulama, kadhi, ustaz...
Selama ini ramai yang tak berapa faham kedudukan Yang Dipertuan Agong dan raja-raja melayu. Ramai yang sangka raja macam boneka. Tak boleh buat apa-apa.
Perebutan kerusi Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan baru² ini membuka mata rakyat untuk mengambil tau sejauh mana kuasa YDA.
Kepada yang rajin mencari maklumat tahulah bahawa YDA boleh lantik siapa sahaja sebagai PM tanpa perlu memberi sebarang bukti. Cukup menggunakan hemat baginda sahaja.
Demang dah banyak kali siarkan petikan perlembagaan berkenaan dalam blog Waadat ini. Takkan lah setiap kali posting nak tampal lagi.
Jika baginda berpuas hati pada HEMAT baginda seseorang ahli dewan rakyat itu MUNGKIN mendapat sokongan majoriti ahli dewan rakyat, maka baginda akan lantik orang itu.
Bahkan lantikan itu tidak boleh dicabar dalam mana² mahkamah.
Jika ada ahli dewan negara tidak setuju, maka mereka boleh mengemukakan undi tidak percaya dalam dewan rakyat.
Sebenarnya bukan itu sahaja kuasa YDA. Baginda boleh bubar parlimen dan boleh isytihar darurat tanpa perlu beri alasan yang meyakinkan rakyat.
Bagaimana YDA melaksanakan kuasanya?
Semua kementerian adalah di bawah baginda. Itu sebabnya pada semua sampul surat rasmi tertulis Urusan Seri Baginda.
Jika PM dan Jemaah Menteri tidak ada pun, urusan pentadbiran masih berjalan. Kakitangan kerajaan adalah pelaksana yang tidak terikat dengan parti politik.
Parlimen yang menggubal dan membahas undang² juga di bawah YDA. Parlimen tidak boleh bersidang tanpa baginda.
Semua mahkamah juga terus di bawah YDA. Ketua Hakim Negara dilantik oleh baginda.
Angkatan tentera dan Polis berkhidmat langsung kepada baginda.
Logo tentera kita, tentera negara Islam.
Perdana menteri? Terpulang pada YDA nak lantik siapa. Tak nak lantik langsung pun boleh. Ada caranya.
Sekarang, YDA mahu TS Muhyiddin jadi Perdana Menteri Malaysia. Membantah titah YDA dikira menderhaka.
Wallahu'alam.
Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.
Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.
----------------------------------------------------------
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
1 comment:
UMNO/PAS layak pembangkang paling gagal dan paling haprak sebagai pembangkang dahulu....
UMNO-BN merupakan parti pembangkang paling gagal dalam sejarah Malaysia.
Kita tak pandai fitnah, tak rajin hasut orangramai turun jalanraya untuk gulingkan kerajaan, tak pernah baring-baring tepi jalan, takut untuk menipu, tak berani pukuk-memukul dalam pemilihan parti kita, tak reti kecohkan parlimen dan tak pernah angkat placard beramai-ramai dalam dewan rakyat.
Kita cuma rajin sangkal fitnah-fitnah kerajaan, sering mendekati serta menjelaskan kepada Rakyat dan mengkritik dasar-dasar gagal kerajaan tipu sijil itu dengan fakta dan angka.
Melihat kegagalan kita sebagai pembangkang, PM ke-7 pun gulingkan kerajaan PM ke-7 untuk kita.
Maka UMNO-BN pun dipecat serta-merta sebagai pembangkang dan terpaksa serahkan tugas kita kembali kepada geng professional pemfitnah, penipu level champion, tukang gambar edit, pakar guling-guling, kaki gaduh dan expert penghasut yang banyak berpengalaman.
Wow! Memang betul BossKu
Post a Comment