Kenapa perlu sokong raja?
Jika kita lihat Amerika atau Jepun, atau negara lain ...
Sudah-sudahlah! Jangan lihat negara² itu atau negara lainnya. Negara mereka lain, rakyat mereka lain, dan agama mereka lain.
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.” (QS. Ali Imron: 110)
Malaysia adalah kesinambungan kesultanan melaka yang direhatkan oleh Allah taala pada 1511.
Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, komunis, dan Inggeris (sekali lagi) didatangkan oleh Allah bagi memperlihatkan pada ummat Islam perangai sebenar orang kafir apabila mereka mendapat kuasa.
Akhirnya 31 Ogos 1957 kesultanan melaka muncul kembali dengan nama baru iaitu Malaysia.
Perkara pertama dalam perlembagaan ialah nama. Macam kita juga, lahir sahaja ke dunia, mak ayah bagi nama.
Perkara 1. Nama, Negeri-negeri dan wilayah-wilayah Persekutuan.
(1) Persekutuan dinamai Malaysia dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris.
Demang paparkan pula Perkara 2 yakni berkenaan wilayah dan negeri dalam Malaysia.
Perkara 2. Penerimaan masuk wilayah-wilayah baru ke dalam Persekutuan.
Parlimen boleh melalui undang-undang—
(a) menerima masuk Negeri-negeri lain ke dalam Persekutuan;
(b) mengubah sempadan mana-mana Negeri,
Nama dan keanggotaan adalah perkara asas.
Perkara ketiga paling penting. Jika bukan kerana NAMA dan ANGGOTA tadi, perkara 3 ini jadi perkara PERTAMA.
Mari kita lihat perlembagaan.
Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam adalah agama Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan.
Sultan di negeri² lain juga adalah ketua Islam di samping ketua pemerintahan. Lihat sendiri perlembagan.
Kalau main bola sepak dengan budak kampung, tengku dolah cukup marah kalau ada pemain takut² nak tackle dia
Kali ini Demang nak sampaikan DUA perkara penting:
Pertama: Malaysia adalah Negara Islam.
Kedua: Yang Dipertuan Agong adalah Ketua Negara dan Ketua Agama Islam.
Maka, raja bukan makan duit rakyat tetapi hamba Allah yang diberi amanah besar oleh Allah menjaga negara Islam ini.
Kita wajib bersama baginda!
Ini yang Demang sampaikan pada ramai penjawat awam yang hadir kursus wajib SSM dulu. Demang menjadi tenaga penggerak BTN sejak 1993.
Sayangnya BTN telah dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan sebaik sahaja mereka ada sedikit kuasa.
Mereka berkuasa kerana kita yang beri!
Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.
Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.
----------------------------------------------------------
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment