Kerana kuman yang halus, masjid diperintah tutup. Sebelum ini pun masjid tak begitu dibuka. Hanya waktu siang dan solat fardhu sahaja dibuka.
Musafir yang nak menumpang selepas isya' akan hampa.
Konon, takut pencuri. Sampai pintu pagar keliling masjid pun dikunci. Padahal dalam masjid ada bilik khas yang boleh dipasak kemas². Boleh simpan barang berharga di situ.
Duit masjid pun banyak boleh guna untuk upah jaga bertugas waktu malam.
Tapi pihak masjid memilih untuk tutup masjid.
Paling menyedihkan, ada masjid dan surau yang terang² menolak jemaah tabligh. Kalau nampak jemaah tabligh singgah, dihalau secara halus dengan pelbagai peraturan.
Loading...
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Ini mungkin membantu. Klik untuk panduan anti covid 19
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Loading...
Padahal jemaah tabligh cukup lengkap dengan peraturan, adab, dan disiplin. Mereka sedaya upaya mencontohi akhlak rasulullah saw.
Jemaah tabligh amat menekankan akhlak dan taat. Kalau ada segelintir yang langgar disiplin, itu biasa la. Kat kolej dan universiti pun bersepah yang berperangai lebih teruk.
Tak ada pula kita salahkan pentadbir universiti.
Ketika pelbagai pihak berhabis ribuan malah jutaan ringgit untuk mempronosi dan mengajak orang ramai ke tempat mereka, pihak masjid pula memilih untuk tidak pening kepala.
Nanti leceh, orang datang masjid sentiasa!
Duit masjid hasil derma orang ramai banyak. Sepatutnya digunakan sebaiknya. Setakat jemput penceramah dan pengkuliah tetapi yang datang hanya jemaah yang memang selalu datang solat berjemaah buat apa?
Sebaliknya orang tabligh akan pergi ke rumah² sekitar masjid. Ziarah.
Orang tabligh tak paksa orang ke masjid. Mereka cuma bertanya khabar dan beritahu bahawa kumpulan mereka berada di masjid itu 2-3 hari. Mereka ada sedikit majlis ilmu. Jika berminat, boleh singgah. Kalau tak nak, tak paksa.
Kita mampu buat gitu? Ajk masjid ada buat gitu? Hanya tahu bermesyuarat, kira duit tabung, dan buat kenduri.
Sepatutnya pihak masjid beri kerjasama pada jemaah tabligh. Sediakan keperluan mereka. Kalau perlu, sediakan tempat penginapan yang sesuai.
Bayar kontraktor buat bangunan khas. Duit itu tak ke mana. Kontraktor bayar gaji pekerja. Majoriti pekerja adalah orang Islam.
Loading...
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Ini mungkin membantu. Klik untuk panduan anti covid 19
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Loading...
Mereka akan datang ke masjid dan derma semula ke tabung masjid.
Aktiviti masjid bertambah tanpa ajk susah-susah memikirnya.
Itu satu cara mengimarahkan masjid.
Demang harap selepas ini kita berubah. Itupun jika masih ada umur atau belum qiamat.
Bantulah kerja dakwah. Demang sendiri tak berpeluang keluar bersama jemaah tabligh. Konon tak ada masa.
Namun kita cuba lakukan apa yang boleh, mengikut kemampuan yang diberikan pada kita oleh Allah.
Terkini Demang dengar ada cadangan supaya ahli jemaah tabligh yang dikuarantin di tempatkan di masjid².
Ia cadangan yang baik sebab ketika ini orang ramai dilarang memasuki masjid. Setidak²nya jemaah yang dikuarantin itu dapat terus mengimarahkan masjid.
Jangan terus kecam. Mereka dah beri cadangan lengkap dengan prosedurnya sekali untuk keselamatan.
Moga pihak berkenaan pertimbangkan.
Sekali lagi Demang kata: jangan kecam terutama jika belum faham.
Sambil itu, fahami dan amalkan penghulu istighfar setiap pagi dan petang. Insya-Allah.
Wallahu 'alam.
Loading...
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Ini mungkin membantu. Klik untuk panduan anti covid 19
------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------
Loading...
Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.
Aktivis BiroTata Negara sejak 1993 dan banyak terlibat dalam memberi kefahaman tentang perlembagaan kepada pegawai kerajaan.
Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.
----------------------------------------------------------
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
End of section. Please klik our sponsor.
No comments:
Post a Comment