Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Showing posts with label Buku Baik. Show all posts
Showing posts with label Buku Baik. Show all posts

Tuesday, April 18, 2017

Baju bundle baju curi?


Masa zaman remaja saya, macamana rupa seluar atau baju tidak kesah. Malah koyak rabak pun tidak mengapa asalkan ia Levis,  Lois, atau Amco.

Ketika itu definisi kualiti ialah jika semua orang ada maka saya perlu ada. Koyakpun tak mengapa. Pasaraya terbaik ialah 'kedai bundle'.

Dulu saya tidak tahu dari mana datangnya pakaian terpakai itu. Yang pasti,  dari luar negara terutama negara maju. Ada yang kata dijual oleh pemiliknya dan ada yang kata dicuri.

Saya fikir,  kedua-dua andaian itu tidak masuk akal. Orang kaya tak perlu jual pakaian lama walaupun beliau sedang muflis. Orang muflis hutang berjuta takkan boleh ditebus dengan melelong pakaian keluarga.

Tuduhan curi pula lebih pelik. Industri pakaian terpakai telah berlangsung puluhan tahun dan melibatkan ribuan kontena dan kapal besar merentasi benua. Adakah semua penguasa di seluruh dunia bersekongkol dengan pencuri pakaian?

Telahan paling sesuai ialah pakaian bundle adalah hasil pengumpulan pertubuhan kebajikan di seluruh dunia untuk mangsa bencana.

Ada yang dihantar terus kepada negara terlibat namun ia melibatkan kos yang amat tinggi. Sebahagiannya lagi dijual dan wang hasil jualan dibelikan makanan untuk mangsa berkenaan.

Jika benar,  barbanggalah kerana anda yang terlibat telah membantu usaha kebajikan. Perkemaskan niat dan insya-Allah beroleh kebaikan.

Jika ada yang mencuri,  moga lekas mendapat hidayah sebelum tertangkap.

Tajuk sebelum ini


Monday, April 17, 2017

Menjual baik 3 menjaga nama baik


Pandanglah ke arah manapun di sekeliling kita, semuanya bernama. Masa sekolah dulu guru ajar, ada nama am dan ada nama khas.

Pokok, kereta, awan, batu,  rumah, burung, parit, dan lalat adalah nama am. Manakala proton,  jambu batu, Ramli, dan nyamuk aedes adalah nama khas.

Kata orang tua-tua, seekor kerbau membawa lumpur, semua (yang dilaluinya) terpalit. Satu lagi, bagai kerbau runcing tanduk. Asal ada yang luka (termasuk kulit pokok) maka dialah yang dipersalahkan.

Mungkin kedua-dua peribahasa tadi tidak tepat untuk tajuk ini namun alangkah baiknya jika kerbau-kerbau itu diberi nama khas. Setidak-tidaknya nama baik kerbau lain tidak tercemar.

Jika anda menjual nasi lemak, apabila nasi lemak keluaran pengusaha lain bermasalah, bisnes anda juga akan terancam melainkan jika orang ramai kenal mana satu nasi lemak anda.

Direct to the point: berilah jenama pada nasi lemak anda. 

Seterusnya... 
Tajuk sebelum ini




Menjual baik 2


Kata penulis lirik salah sebuah lagu dendangan Ramli Sarip, "aku menulis bukan kerana nama."

Namun jika nama sudah busuk, apapun tak guna.

Apa ada pada nama? Kenapa pula pengeluar produk berhabis duit membina nama?

"Aku menulis bukan kerana nama" adalah karya puitis. Maka bahasanya juga bahasa puitis. Dimana2 pun di dunia ini puisi perlu dibaca secara tersirat dan fahamilah yang tersirat.

'Aku menulis bukan kerana nama' bermaksud menulis bukan semata2 untuk glamor sebaliknya memang ada sesuatu yang perlu disampaikan.

Lain pula bahasa ekonomi.

Rasanya semua orang tahu bahawa membina nama dalam bidang pemasaran dipanggil penjenamaan. Ia adalah bagi memberi keyakinan pada bakal pembeli bahawa 'inilah yang awak nak'.

Di tepi sebatang jalanraya sepasang suami isteri bercangkung menghadap selonggok durian.
Berapa ringgit?
RM52 sekilo.
Mahalnya....
Musang King, bos.
Oo...

Jenama menjawab seribu persoalan dengan hanya satu perkataan. Itulah NAMA.

Seterusnya
Tajuk sebelum ini




Menjual BAIK


B.A.I.K.
Hanya empat huruf yang membentuk dua sukukata bagi perkataan keramat ini namun ia menjadi simpulan pada destinasi setiap permasalahan.

Siapa yang tidak suka BAIK?

Orang sakit mahu baik,  calon peperiksaan ingin baik, kontraktor bangunan nakkan baik, tukang masak juga perlukan baik.

Baik,  kebaikan, terbaik. Baik, baik, baik.

Baik tuan, kata seorang anggota tentera.
Sepatah perkataan itu serta merta memberi kepuasan dan keyakinan pada pegawai pemerintahnya.

Baiklah,  oleh kerana semua orang mahukan baik maka apakata kita keluarkan BAIK; jual,  dan kaut keuntungan daripadanya?

Seterusnya



linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)