Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, April 30, 2019

Boleh pijak bahu kawan


Yang tua datang bertongkat
Yang buta datang berpimpin
Yang pekak membakar meriam
Yang kurap menghalau ayam

Kalau baca karya lama seperti hikayat Malim Deman akan jumpa rangkap² puitis begitu.

Penglipurlara nak gambarkan orang yang hadir dalam satu² majlis keramaian. Dalam keramaian ada jamuan makan yang dipanggil kenduri.

Dalam kenduri,  masakan disediakan secara gotong royong. Bahan masakan pun dibawa sorang sikit.

Ada yang bawa beras, sayur dan buahan.  Ada yang bawa kambing, lembu, dan kerbau.

Ternakan disembelih,  dilapah,  dan dimasak di tempat kenduri bersama².

Adat kenduri boleh ditinggal. Ia hanya kaedah. Tapi nilai baik berkenduri kita terapkan dalam perkara lain. Yang negatif seperti mengumpat singkirkan terus.

Gotong royong ialah kerjasama. Memasak hanya alat. Nak guna kaedah apa untuk eratkan kerjasama,  terpulqnglah. 

Memang dalam setiap pekara ada buruk baiknya. Yang baik kita teruskan dan jadikan amalan baik. Dicatat malaikat pahala sebagai tiket ke syurga. Insya-Allah.

Manakala yang tak baik kita perbetulkan dan jangan ulangi lagi. Kalau perlu,  taubat nasuha.

Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan. Semua ini perlu digabungkan bagi menuju satu tujuan.

Dalam satu komuniti bahkan dalam satu keluarga memang Allah taala letakkan satu dua orang ahli yang perlu dibantu. Jangan terlepas pandang.


Memang masing² ada impian peribadi. Namun dalam mengejar cita² atau goal,  jangan bentes kaki orang. Jangan rampas hak orang.

Ketika mendengar azan kita ulang lafaz bilal.  Tapi apabila sampai ayat haiya alassolah,  kita jawab la haula wala... Sebab apa?  Untuk solat pun kita tiada upaya apa² melainkan dengan izin Allah.

Jagan pandang rendah pada orang lain. Semuanya ciptaan Allah dan menjalani hidup dengan takdir Allah. Bersyukurlah jika takdir kita lebih baik daripada orang lain.

Otak kita cerdas dan kita pandai bersukan. Kalau Allah nak takdirkan sebaliknya, mampukah kita membantah?


Kalau betul cara kita melayani kawan, akan ada yang sedia memberikan bahunya bukan saja tempat melelehkan airmata bahkan dipijak untuk kita naik ke atas.

Yang tua datang bertongkat
Yang buta datang berpimpin
Yang pekak membakar meriam
Yang kurap menghalau ayam

Allah jadikan manusia dalam berbagai keadaan. Apabila nampak orang buta, bersyukurlah kita tidak buta.

Andai kata kita pula buta, redho lah dengan keputusan Allah itu. Orang celik banyak buat dosa berkaitan mata.

Sambutan hari guru di sekolah adalah satu proses pendidikan. Dalam bergembira,  ada adab yang perlu dijaga.

Demikian ucapan saya pagi tadi dalam sambutan hari guru peringkat sekolah.


Guru rai diri sendiri
Dalam harinya kita yang tak betul
Dia tak la kata aqidah kita salah
Roti canai rm8 sekeping

Monday, April 29, 2019

Guru dan hari guru


Hari guru datang lagi. Ada guru kata, guru rai diri sendiri.

Bagi saya, guru adalah pendidik dan sekolah adalah tempat mendidik anak manusia.

Sambutan hari guru di sekolah juga satu proses mendidik murid². Nak ajar anak² cara meraikan sesuatu sebagai penghormatan dan penghargaan.

Memang la nampak macam guru rai diri sendiri. Maklumlah, buat program sendiri,  beli hadiah sendiri, dan pesan kat murid bagi hadiah pada guru.

Di media sosial, guru sindir diri sendiri. Ada sedikit persamaan dengan pukul anak sindir menantu. Kalau lebih² jadi seperti meludah ke langit atau menepuk air di dulang.


Saya menulis berdasarkan pengalaman di sekolah rendah. Di sekolah menengah rasanya tak begitu. Pelajar dah besar². Sepatutnya dah boleh buat program sendiri untuk meraikan guru².

Saya pernah diberi tanggung jawab anjur hari guru semasa tingkatan 5.

Kata guru berkenaan: "Azman,  saya nak awak buat sambutan hari guru tahun ni."

Hanya sebaris arahan diberi. Duit cari sendiri,  aktiviti susun sendiri. Alhamdulillah sambutan hari guru tersebut berjaya dilaksanakan dengan aktiviti sukaneka dan jamuan.

Budgetnya kami minta derma dari guru². Saya ingat lagi ada seorang ustaz menyindir kami dengan menyebut hadis "tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah."


Masa itu saya geram dan pandang negatif pada ustaz tersebut. Lama selepas itu baru saya faham yang ustaz tersebut nak sampaikan mesej yang sangat penting: "jangan bergantung pada orang. Usaha sendiri dan meminta hanya pada Allah."

Esok saya diberi tanggungjawab menganjurkan sambutan hari guru peringkat sekolah.

Konsep kami ialah 'kenduri kampung islamik'.  Kami akan buat secara gotong royong dan mematuhi hukum Islam.

Bagi saya samada majlis itu berjaya dengan sempurna atau tidak, bukanlah perkara utama. Yang penting dapat erat kerjasama dan ukhwah islamiyah kalangan guru dan pekerja.

Untuk murid pula akan diterangkan tentang konsep meraikan guru, ibu bapa, pemimpin, dan sebagainya sepanjang masa.

Moga Allah taala permudahkan.


Dalam harinya kita yang tak betul
Dia tak la kata aqidah kita salah
Roti canai rm8 sekeping
Kucing jinak yang kejam

Sunday, April 28, 2019

Dalam hatinya, kita yang tak betul

...sambungan
"dulu lain..." kata lek berusia 83 tahun. Ya Lek. Mana sama dulu dengan sekarang. 

Ingat lagi artikal saya tentang kucing jinak dan kucing kejam? Di bawah artikal ini ada linknya.

Sebetulnya ia adalah kucing yang sama. Bagi kita kucing adalah haiwan jinak dan manja tapi pada burung kenari kucing adalah pemangsa ganas dan kejam.

Nilai baik pada kita belum tentu baik pada orang lain. Begitu juga sebaliknya. Kita kata arak itu buruk tapi bagi orang lain ia bagus.

Seorang pemimpin memang cenderong untuk memimpin. Dengan kata lain dia mahu orang lain mengikutinya. Dia akan resah jika kita tidak mendengar katanya. Dia akan marah jika kita membantahnya.

Bagaimana jika yang dia faham itu tidak selari dengan fahaman kita? Sudah tentu sukar untuk kita ikut.


Bagaimana pula jika yang kita mahu itu tidak sesuai dengan fahamannya?

Berbalik pada perenggan² awal tadi, nilai yang baik bergantung pada fahaman dan pegangan masing².

Justeru sebagai pemimpin sudah tentu dia jengkel jika kita masih beramal dengan nilai yang kita pelajari dari guru² kita.

Pada mereka, amalan dan fahaman kita itu salah.

Bayangkan jika anak kita lakukan sesuatu yang salah. Adakah kita akan berdiam diri? Kita akan tegur, marah,  dan kalau perlu paksa. Kita akan rotan jika tetap berdegil.

Kita akan guna kuasa yang ada pada kita dan ada masanya boleh terlajak guna kuasa.

Sambung lagi...


Dia tak la kata aqidah kita salah
Roti canai rm8 sekeping
Kucing jinak yang kejam
Sifu jual ebook mahal

Saturday, April 27, 2019

Dia tak kata aqidah kita salah


Kita pelik tengok monyet atau monyet pelik tengok kita? 

Rasanya tak pernah orang kata cara berdepan, aqidah kita salah. Namun yang nyata aqidahnya tidak sama dengan kita.

Apa maknanya tu? Kenapa dia tak ikut kita?

Ertinya dia anggap aqidah kita salah dan aqidahnya betul. Cuma dia tak kata pada kita aqidah kita salah. Mungkin dia takut kita tumbuk muka dia.

Masa dia tak ada kuasa tak apalah. Apabila dah ada kuasa, hati²lah.

Penganut hindu, budha, atau kristian amat mudah dikenal. Awal² mereka dah isytihar aqidah mereka. Lagipun sekali imbas kita dah tau kepercayaan mereka.


Yang kita bimbang ialah penganut fahaman dalam Islam yang berbeza dengan kita. Apalagi melibatkan aqidah yang berasal dari satu tapi melencong ke arah lain secara perlahan².

Antaranya syiah, khawarij, atau muktazilah. Yang pertama tu paling bahaya. Mereka ada di negara kita. Barangkali ada yang dah jadi pemimpin kita.

Soal aqidah tidak hanya menjadi soal individu. Ia berubah menjadi rasa perlu untuk memperbetul aqidah orang lain. Ia juga cenderong menjadi fanatik dan mula memusuhi orang yang tidak sefahaman.

Perbezaan pendapat membawa kepada pertengkaran, pembunuhan dan kemuncaknya peperangan. Nau'zubillah.

Aqidah bukan hal kecil sebab ia melibatkan hidup, mati, dan hidup kembali.

Bersambung...

Roti canai rm8 sekeping
Kucing yang kejam
Sifu jual ebook mahal
Rahsia isyarat sakit


Friday, April 26, 2019

Roti canai rm8 sekeping

Kesah aku dan roti canai

1980 saya bersekolah di temerloh pahang. Sekurang²nya sebulan sekali saya balik rumah di jengka. Transit di pekan jerantut.

Di jerantut saya akan peruntukkan duit untuk makan roti canai. Masa balik dari asrama budget tentu lah sedikit. Dah tinggal sisa.  Saya akan makan roti canai kosong dan kuahnya pun kosong.

Ketika pulang dari kampung saya akan singgah sekali lagi di kedai yang sama. Kali ini order saya berubah. Agak mewah. Roti canai kosong dan kuah kari daging cincang.

1986, selepas SPM saya kerja di Napo jitra kedah. Jadi kerani kuari tanah merah yang diuruskan bapa saudara saya.

Saya bukan nak cerita pasal lebuh raya PLUS yang sedang dibina PM masa itu tetapi pasal rutin pagi saya di pekan napo.


Setiap pagi saya makan roti canai 30 sen sekeping.

Di pahang ketika itu 40 sen sekeping. Kemudian naik kepada 50 sen, 60 sen, dan 80 sen. 70 sen tak ada rasanya.

PM ketika itu (Dr Mahathir) kata harga tepung naik jangan naikkan harga roti canai tapi kecikkan sikit saiznya. Silap² orang beli dua.

2019 saya makan di melaka seringgit sekeping.

Walaupun berlaku kenaikan 300% dalam tempoh 30 tahun namun penebar roti canai tidaklah jadi kaya. Kalau dulu 100 keping dapat rm50 maka sekarang dengan jumlah yang sama dapatlah kutip rm100. Itu belum ditolak modal.

Menebar roti canai bukan mudah. Saya cuma mahir makan roti canai.

Di bukit baru ada penebar yang buat roti canai frozen. Selain jual di warung sendiri, beliau dapat jual ke warung² lain dan individu yang nak makan di rumah bila² masa.

Saya pernah cadangkan pada beliau sertakan sama kuah segera. Pembeli boleh balik campur air panas sahaja.


Ada banyak cara untuk jadikan roti canai lebih daripada seringgit sekeping. Cara biasa ialah jadikan roti telur,  roti tampal, atau roti sardin.

Di limbongan melaka saya jumpa kedai yang lebih kreatif. Sekeping roti canai boleh dijual lebih daripada dua ringgit. Caranya, pekedai sediakan pilihan kuah seperti asam pedas ikan parang, daging tetel, kari kambing, ikan pari, kembung, atau siakap.

Satu pelanggan pekedai boleh caj antara rm2 hingga rm10. Kalau dulu 100 keping cuma kutip rm100, dengan idea ini jualan jadi rm1000.

Selain itu, apabila kuah sedap pelanggan tidak hanya order sekeping. 100 pelanggan sudah jadi 200 keping.

Selain itu apabila dah cerita kat isteri,  diapun nak rasa sama. Kena lah angkut pula satu keluarga.

Tiba² saya rasa macam nak buka warung roti canai pulak.


Kucing yang kejam
Sifu jual ebook mahal
Main dulu main sekarang
Rahsia isyarat sakit

Wednesday, April 24, 2019

Rahsia isyarat sakit

Amalan penawar sakit mata oleh ustaz raja khairudin di masjid bukit baru. (Foto sekadar hiasan) 

Ini kesah lain. Tiada kena mengena dengan gambar yang saya share di atas.

2-3 orang murid yang tak beri perhatian masa saya mengajar saya cubit. Ada yang tersengih dan ada yang mengaduh kecil.

Kemudian 2-3 orang yang fokus pada pengajaran pun kena cubit kat lengan. Terpinga² mereka. Ada yang terkejut.

"Ok. Apa rasa kena cubit?" saya tanya.

"Sakit cikgu." Beberapa orang menjawab.

"Padan muka." balas saya sambil ketawa.

"Sakit tu sebab kita ada kulit. Begitu juga apabila hampir dengan tempat kebakaran. Rasa panas sampai ke kulit dan info itu dihantar ke otak.


Otak mengenalpasti maklumat itu sebagai bahaya dan perlu dijauhi. Seterusnya ia memberi arahan pada kaki untuk lari.

Makanya jika kita sakit jangan hanya mengaduh sebaliknya fikirkan apa tindakan yang perlu diambil seterusnya.

Barangkali ada mesej penting daripada Allah taala yang perlu kita ambil perhatian.

Contohnya, jika sakit itu bahaya mungkin itu isyarat bahawa ajal kita hampir tiba. Maka Allah taala mahu kita bertaubat dan perbanyakkan ibadah sebagai bekalan.


Kucing yang kejam
Sifu jual ebook mahal
Main dulu main sekarang
Kalau dah tiada jodoh

Tuesday, April 23, 2019

Jinak pada kita ganas pada orang


Kata satu watak dalam filem Jurassic World:

"Ganas itu relatif. Manusia melihat kucing sebagai haiwan yang jinak dan manja tetapi bagi burung kenari ia adalah haiwan yang ganas dan kejam."

Mesej dialog di atas ialah penerimaan setiap orang terhadap sesuatu benda atau perkara adalah berbeza.

Kalau kita buka youtube dan menonton sesuatu yang amat baik jangan hairan jika nampak ramai juga yang klik ikon 'unlike'.


Bagaimana penerimaan berlaku? Ia bukan semata² kerana sipembuat atau sipenghantar maklumat. Ia ditentukan oleh sipenerima.

Baik atau tidak baik ditentukan oleh sipenerima. Sipelaku tidak perlu berubahpun.

Kalau nak dihujahkan perkara ini, sampai kiamatpun tak habis sebab inipun bergantung pada penerimaan masing².


Sifu jual ebook mahal
Main dulu main sekarang
Kalau dah tiada jodoh
Rahsia Tempua Bersarang Rendah

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)