Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, May 18, 2009

Permainan Semakin Menarik




Demang tidak tahu apa istilahnya dan di mana letak peraturan atau peruntukan berkaitan perkara itu. Namun sejak dahulu lagi dalam perlawanan bola sepak apabila tiba-tiba pemain lawan tercedera dan pengadil tidak memberhentikan permainan maka pemain yang sedang menguasai bola akan menyepak bola itu keluar.

Hal ini adalah bagi membolehkan pihak lawan menyelesaikan masalah tersebut terlebih dulu.

Kemudian apabila perlawanan disambung semula melalui lontaran ke dalam, pihak yang melakukan lontaran itu akan melontarkan bola itu ke pihak lawannya.

Jika anda berada di situ sebagai penonton mahupun sebagai pemain, anda akan dapati para penyokong kedua-dua pasukan akan memberikan tepukan gemuruh sebagai menghargai semangat yang ditunjukkan.

Isu di Penanti mungkin tidak seratus peratus menepati situasi perlawanan bola sepak tadi. Namun lebih kurang begitulah semangatnya.

Perletakan jawatan Fairus adalah dilakukan secara sengaja oleh partinya secara teknikal. Tujuan utamanya barangkali untuk menggantikan ADUN tersebut dengan orang lain. Siapapun orangnya, ia tetap orang PKR.

Dalam pada itu Anwar ingin bermuslihat dengan BN. Calang-calang lawan pasti akan terseret ke dalam permainan politik Anwar itu.

Nampaknya ia tidak menjadi.

Sebenarnya tindakan Najib dan pasukannya itu bukan tidak dijangka oleh Anwar. Cuma Anwar tidak menyangka Najib akan seberani itu mencarik adat.

Demang melihat bahawa kali ini buku telah bertemu dengan ruasnya. Najib dengan cekap memintas sebarang tindakan Anwar dan sentiasa berada di hadapan.

Demang mula berasa seronok melihat permainan ini.

Foto: sport-fitness-advisor.com

Sunday, May 17, 2009

Anwar & Fatwa Rasuah Nik Aziz


Menurut Saiful Bahari, bekas bosnya akan berlepas ke Washington D.C, Amerika Syarikat pada 25 hb Jun 2009, 6 hari sebelum perbicaraan utama mereka bermula.

Hai, ketika orang ramai begitu takut untuk ke US, kenapa Anwar nekad ke negara penyangak dunia itu? Dia tu kebal H1N1 ke?

Sementara itu Demang menerima berita bahawa Datuk Anifah Aman telah mencabar Anwar agar menyamannya jika dakwaan bahawa Anwar pernah cuba merasuahnya dengan tawaran jawatan TPM jika bersetuju lompat parti itu tidak benar.

Kalau tidak silap Demang, bukan Anifah seorang yang ditawarkan jawatan itu. Agaknya berapa orang TPM kita jika Anwar menjadi PM? Haji Hadi pun nak juga. DAP tentu tidak mahu ketinggalan. Kemudian, rakan-rakan yang sanggup berkorban dalam PKR, takkan nak dikorbankan lagi? 31 orang BN yang ditawarkan untuk lompat parti tu, apa pula jawatan yang dijanjikan?

Sebut pasal rasuah, kebetulan hari ini Nik Aziz mengulangi fatwanya tentang rasuah. “Jika diberi, ambil”. Beliau menyatakan demikian semasa memberi ulasan terhadap gejala rasuah dalam pemilihan PAS.

Ertinya, orang yang mengambil rasuah tidak bersalah (berdosa?).

Demang rasa kalau PAS memerintah Demang nak jadi pegawai polis atau pegawai JPJ. Maklumlah, berdasarkan fatwa Nik Aziz tersebut jika Demang ambik rasuah tidak menjadi kesalahan.

Siapa Tian chua?



Itulah foto yang disebarkan dalam internet yang dimulakan oleh Tian Chua, salah seorang pemimpin PKR. Sebelum 1999 tiada siapapun yang mengenali Tian Chua. Lelaki cina tersebut tiba-tiba muncul menyokong perjuangan Anwar. Pada peringkat awal Tian Chua dilihat bersendirian. Namun lama kelamaan dia diiktiraf oleh penyokong PKR dan diberi jawatan tinggi dalam parti tersebut.

Apabila foto tersebut disebarkan secara meluas di internet maka rakyat dengan mudah mempercayainya. Setelah fitnah sudah tersebar luas, maka Tian Chua tampil membuat kenyataan bahawa foto tersebut adalah bikinannya sendiri. Lihat foto sebenar:


Mari kita bertanya pada diri sendiri. Siapa sebenarnya Tian Chua? Menagapa Tian Chua beriya-iya mempertahankan Anwar? Adakah orang begini layak menjadi pemimpin kita?

Bagi Demang, Tian Chua adalah kafir harbi yang wajib dinyahkan.

Saturday, May 16, 2009

Bonus untuk guru



Selesai solat berjamaah dengan anak-anak tadi Demang bergegas ke kaca TV bagi mengikuti berita perdana. Lebih dari itu sebenarnya ingin mendengar apakah pengumuman istimewa daripada PM sebagai hadiah Hari Guru.

Nampaknya Najib bertegas dengan pendiriannya iaitu ’Rakyat Didahulukan’. Bukan tidak ada hadiah untuk guru tetapi diberi melalui cara lain. Jika mahu, perlu tunjukkan dulu prestasi yang cemerlang. Itu yang dikatakan ’Pencapaian diutamakan’. Untuk itu, kuota untuk ’Guru Cemerlang’ ditambah lagi.

Untuk makluman, Guru Cemerlang adalah satu tahap pencapaian yang terbuka kepada semua guru tanpa mengira pangkat atau posisi. Di Melaka, terdapat seorang Guru Cemerlang yang gajinya lebih tinggi daripada Pengarah Pelajaran Melaka (Jusa C).
Itulah sebabnya Demang tidak kecewa mendengar pengumuman PM itu.

Oleh kerana kurang berminat dengan AF maka Demang membuka PC dan menyemak blog-blog yang sering Demang kunjungi. Ketika membuka blog Melayu Angkat, terpandanglah Demang komen daripada seorang tetamu Melayu Angkat berkaitan GURU.

Komen tersebut:
AL-BIMA SAKTI said...
khabarnya, guru dulu2 lebih komited dan lebih tahu t.jawab mereka.
Al-Bima Sakti adalah seorang penulis.

Pada mulanya Demang ingin memberikan respon di situ sahaja. Namun akhirnya terfikir pula Demang untuk memberikan pandangan yang lebih rinci. Namun Demang tidak menyokong atau membantah komen tersebut. Hanya sekadar pemangkin untuk Demang memulakan tulisan.

Bagi Demang, perbandingan dua manusia dalam dua zaman tidaklah mudah. Namun Demang cuba mengulas sedikit...

1) Komited
Saya fikir guru sekarang juga komited dengan tugas, malah boleh ditambah satu lagi istilah iaitu ’profesional’.

2) ‘tahu tanggungjawab’
Sebenarnya tanggungjawab guru tidak pernah berubah cuma persepsi dan permintaan masyarakat sudah jauh berbeza.

Dari segi profesionalnya, para guru di Malaysia bertanggungjawab merealisasikan hasrat negara yang terangkum dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Sebagai makluman, FPN hanya diperkenalkan selepas 1990-an dan tidak ada sebelum itu. Maaf, Demang tidak dapat mengingati tarikh falsafah ini dilancarkan. Bagi Demang tarikh FPN tersebut amat penting kerana ia boleh menjadi sempadan antara ’guru dulu’ dengan ’guru sekarang’.

Secara lengkapnya falsafah tersebut adalah seperti berikut:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.”
Jika kita ringkaskan, FPN memberi penekanan pada melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual yang sering dihafal sebagai JERI oleh setiap bakal guru.

Satu lagi aspek yang amat penting dalam falsafah tersebut ialah ‘keTuhanan’. Seterusnya ditekankan soal melahirkan insan berakhlak dan bersedia memberi sumbangan pada negara.

Persoalannya, di sebalik kemurnian falsafah tersebut adakah ia benar-benar dilaksanakan oleh para guru yang merupakan orang yang akan berdepan dengan para pelajar?

Demang tidak berani menjawab soalan tersebut namun di sini Demang akan kemukakan beberapa cabaran yang sering menghambat para guru, termasuk Demang.
Cabaran terbesar yang Demang temui ialah ’pencapaian berorientasikan peperiksaan’. Perkara ini banyak Demang nukilkan dalam Waadat sebelum ini. (cuba klik http://waadat.blogspot.com/search/label/pendidikan).

PEPERIKSAAN begitu menghantui dunia pendidikan negara kita. Lihatlah dari sudut mana sekalipun: Kementerian, kerajaan, ibu bapa, guru, malah para pelajar sendiri. Semuanya mengerumuni satu objek iaitu PEPERIKSAAN.

Malangnya peperiksaan hanya mengiktiraf satu bahagian sahaja daripada potensi seorang manusia. Intelektual. Manakala aspek lain iaitu Jasmani, Emosi, dan Rohani tidak dianggap penting lantaran tidak ada kayu ukurnya. Malah pengawalnya juga tidak kelihatan.

Biarpun diperuntukkan kertas bagi subjek Pengajian Islam dan Pendidikan Jasmani dalam beberapa peperiksaan utama, namun itu juga sekadar ujian intelektual. Sedangkan yang diingini oleh Falsafah Pendidikan Negara ialah kepercayaan kepada Tuhan dan keupayaan memberi sumbangan pada negara.

Berseminarlah para ilmuan. Berkursuslah para guru. Bermesyuaratlah PIBG. Berdebatlah ahli politik. Akhirnya semua akan balik kepada asal. PEPERIKSAAN. Soal samada seseorang pelajar menunaikan solat atau tidak, tiada siapa yang akan peduli asalkan pelajar itu cemerlang dalam peperiksaan.

Bro Anwar




Sempena Hari Guru hari ini Demang nak berehat sekejap dari menulis. Nak menemani putera-putera Demang bermain wau di sekitar sawah di belakang rumah.

Sementara itu Demang siarkan kandungan email yang Demang terima daripada seorang sahabat. Demang percaya tulisan ini juga disiarkan dalam blog beliau. Oh ya. Demang turunkan kesemuanya tanpa sebarang ubahsuai. Selamat menelaah.

Oleh X-PKR

Sudah terang lagi bersuluh! Benar seperti yang telah diulas sebelum ini.

1. Pembangkang mengumumkan akan bertemu bagi membincangkan kemelut politik Perak hari ini. Mereka merancang mengeluarkan kenyataan bersama agar nampak mereka bersepakat dalam hal ini.


2. Muka hadapan HARAKAH hari ini terpampang kenyataan YB Mahfuz Omar menyifatkan ada `tangan ghaib' di sebalik keputusan Mahkamah Rayuan menangguhkan pengesahan DS Nizar sebagai MB Perak.

3. 2 manusia erdogan Selangor yang telah disebutkan memang `panjang akal'. Seorang professional, seorang lagi punya kelulusan tinggi. Maka mereka gunakan rakan `pak turut' yang gila glamour nak jadi `hero' tanpa fikirkan implikasi undang-undang untuk keluarkan kenyataan.


4. tangan ghaib' yang cuba mencampuri urusan mahkamah sebenarnya ialah AnWAR! Ramai yang tidak menyedari hal ini. Bagi pembangkang, majoriti hanya ghairah mengikut AnWAR tanpa mencari fakta yang sebenar! Sokong boleh, tapi harus terbuka minda mencari kebenaran hakiki! Jangan ikut membuta tuli sahaja.


5. Hakim Mahkamah Rayuan yang mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi dua hari lepas adalah kenalan rapat AnWAR. Datuk Ramly Ali pernah menjadi Pendaftar Syarikat di Pejabat Pendaftar Syarikat. Datuk Ramly dan seorang lagi bekas hakim, Datuk Zainon Ali cukup rapat dengan AnWAR.


6. Hubungan akrab mereka seperti keluarga. Selepas AnWAR ditangkap 1998, nama mereka berdua pernah dikait kerana punya hubungan akrab dengan AnWAR. Berlatar belakangkan pendidikan perundangan, mereka faham tugas pihak berkuasa dan memberikan kerjasama sepenuhnya. Datuk Ramly dan Datuk Zainon amat professional sekali.


7. AnWAR menjangka Datuk Ramly akan menyebelahi beliau dalam penghakiman Mahkamah Rayuan tapi jangkaannya meleset. Bertindak atas prinsip keadilan yang telus, Datuk Ramly Ali membuat keputusan tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Keputusan yang beliau buat berpandukan prinsip ketelusan keadilan yang beliau praktikkan selama ini.


8. Seperti biasa, bila sesuatu tidak berpihak kepadanya, AnWAR mula menyerang. Kini dengan menggunakan pecacai pembangkang, AnWAR cuba `membunuh' karektor Datuk Ramly dengan menyatakan itu dan ini tentang Datuk Ramly.


9. Pihak kerajaan harus membela Datuk Ramly. Bela lah beliau bukan kerana keputusannya berpihak kepada kerajaan, tetapi kerana beliau seorang yang berprinsip dan sentiasa menjunjung tinggi ketelusan keadilan di Malaysia. Jangan biar AnWAR membunuh jiwa rakyat Malaysia yang mahukan keadilan dengan tipu muslihatnya!


10. Tahun 1997, AnWAR pernah mengutus pegawainya menemui Hakim Mahkamah Tinggi di Wisma Denmark KL ketika itu, Datuk Mohd. Nor Ahmad bagi membantu kes beliau berkaitan buku 50 dalil. Bila hakim tersebut enggan berkompromi, beliau sempat `ditendang' keluar oleh AnWAR ke Shah Alam.


11. AnwaR juga pernah memanggil bekas Ketua Hakim Negara, Tun Yusof Chin ke rumahnya beberap kali ketika kes buku 50 dalil masih masih belum selesai. Tiba-tiba hakim perbicaraan pula ditukarkan serta-merta. Prinsipnya, pada bila-bila masa atau apa keadaan sekalipun, cabang eksekutif tidak boleh memanggil cabang kehakiman di mana jua sekalipun!


12. Apakah ini bukan campurtangan namanya? Apakah bila AnWAR yang buat, maka ianya tidak, bila orang lain, ianya benar? AnWAR boleh saja terus berpura-pura menutup kejahatannya, namun penyokong harus berusaha mencari kebenaran! Bukan untuk mengaibkan tapi harus punya fakta tentang siapa yang kita sokong, kerana kita akan disoal kemudian hari nanti…….

Dah baca? Ok, jika ada sebarang komen boleh tinggalkan di sini. Nanti Demang cuba respon semula. Jika Demang tidak cukup maklumat Demang akan cuba minta penulis asalnya untuk membantu.

Friday, May 15, 2009

Najib vs Attantuya

Baru-baru ini Demang berkesempatan berada dalam satu majlis dengan Dato Hj Sahlan Ismail, Setausaha Politik DS Najib. Maka beliaupun membawa sebuah cerita yang amat menarik untuk dikongsi bersama.

Berikut Demang sampaikan semula cerita tersebut mengikut cara Demang.

Kononnya di sebuah kampung tinggal dua orang lelaki. Jangan salah faham, Demang tidak bermaksud mereka tinggal berdua ataupun hanya mereka berdua sahaja di kampung itu. Kalau dah kampung, tentulah ramai penduduknya.

Nama lelaki-lelaki itu ialah Mid dan Mud. Hanya itu yang diberitahu kepada Demang. Nama penuh mereka Demang tidak tahu. Walaupun tinggal sekampung, antara mereka juga tidak terlepas daripada berkrisis.

Entah apa sebabnya, si Mud suka menabur fitnah terhadap Mid. Pelbagai cerita buruk mengenai Mid dijaja oleh Mud ke seluruh kampung. Malah cerita yang entah betul entahkan tidak itu turut tersebar ke kampung-kampung berdekatan. Entah siapa yang membawanya.

Hendak dijadikan cerita maka pada suatu hari Mid telah sakit tenat. Hari demi hari sakit Mud semakin teruk dan kelihatan tiada harapan lagi untuk sembuh. Sebagai blogger sensasi di kampung itu sudah tentulah Mud juga mengetahui berita tersebut.

Pada suatu hari, terbukalah hati Mud untuk menziarahi Mid. Melihat keadaan Mid yang begitu menyedihkan maka timbullah penyesalan di hati Mud atas kesalahannya memfitnah Mid selama ini.

Maka Mud pun cuba meminta maaf kepada Mid. Maklumlah, dosa sesama manusia perlu dimaafkan oleh orang itu sendiri.

Mid merenung Mud dengan wajah sayu sambil berkata. "Aku boleh maafkan hang tapi ada syaratnya. Hang carikan aku seguni kekabu. Bawa kemari."

Maka bergegaslah Mud mendapatkan seguni kekabu dan dibawa ke rumah Mid. "Rupa-rupanya tidaklah susah sangat nak minta maaf dari Mid ini." fikir Mud sambil tersenyum.

Setelah melihat guni kekabu itu maka berkatalah Mid. "Mud, adakah hang benar-benar nak minta maaf dari aku?"

"Ya." kata Mud sambil mengangguk-angguk kepalanya. Yelah, kalau tak angguk kepala, nak angguk apa pulak, ye tak?

"Jika hang nak jugak, hang bawa guni ini ke tempat paling tinggi di kampung kita ini, buka mulut guni dan taburkan semua kekabu ini dari puncak itu."

Walaupun agak hairan dengan permintaan tersebut Mud bersetuju untuk melakukannya kerana dia amat berharap Mid memaafkannya.

Kebetulan waktu itu memang musim angin bertiup kuat. 'Angin timur', kata orang utara. Orang Kedah fahamlah istilah itu. Pada waktu itu angin bertiup agak kuat dan membawa udara panas. Masa yang amat sesuai bermain wau. Saudara Nobisha pasti akan terkenang kampungnya apabila membaca cerita ini.

Dalam masa yang singkat sahaja semua kekabu tersebut diterbangkan angin ke seluruh kampung. Mud tersenyum gembira kerana berjaya melaksanakan tugas tersebut dengan baik.

Maka segeralah Mud kembali ke rumah Mid untuk melaporkan kejayaanya itu dan menuntut janji, yakni sebuah kemaafan.

Dengan nafas yang tersekat-sekat kerana bertarung dengan maut, berkatalah Mid:

"Mud, ada satu lagi permintaan aku, iaitu permintaan terakhir. Jika permintaan ini dapat hang penuhi maka aku maafkan semua kesalahan hang memfitnah aku. Pergilah hang kutip semula semua kekabu yang berterbangan itu, masukkan semula ke dalam guni. Apabila telah selesai maka aku maafkan semua kesalahan hang pada aku."

Maka terkedulah si Mud mendengar syarat yang terakhir itu.

Mendengar kisah tersebut teringatlah Demang perihal fitnah terhadap Najib yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Attantuya. Padahal mahkamah sudah memutuskan orang yang bersalah. Malah sejak awal perbicaraan lagi tidak adapun sebarang pertuduhan terhadap Najib. Cuma tidak semena-mena si RPK yang menjadi orang suruhan Anwar menimbulkan fitnah itu. Kemudian disokong oleh Tian Chua yang akhirnya mengaku bahawa dia sengaja mengubahsuai gambar Najib di internet. Siapa Tian Chua dan siapa RPK?

Adakah peguambela ketiga-tiga tertuduh dan peguam pemerhati keluarga Attantuya (Karpal Sigh) bersubahat dengan Najib bagi melindungi Najib? Bukankah Karpal amat berani sehingga Sultan pun dia tidak takut?

Lihat pula laporan polis yang dibuat oleh Attantuya sebelum dia dibunuh. Attantuya menyatakan bahawa tujuan dia datang ke Malaysia ialah untuk menemui Razak Baginda kerana mempunyai hubungan dengannya. Attantuya juga menyatakan bahawa jika berlaku sesuatu pada dirinya maka polis bolehlah mencari Razak tersebut. Laporan tersebut dibuat bersaksi rakan dan sepupunya yang masih hidup.

Di mana kaitannya Najib? Adakah hanya kerana Razak ada hubungan dengan Najib maka semua yang Razak lakukan perlu dikaitkan dengan Najib?

Sebenarnya Najib juga tidak terlepas daripada disiasat oleh polis namun oleh kerana tidak ada apa-apa yang boleh dikaitkan maka beliau dilepaskan. Jika anda rasa Najib benar-benar terlibat, buatlah laporan polis. Jangan hanya berani menabur fitnah. Ajaklah Anwar, Tian Chua, Karpal, Haji Hadi, Nik Aziz buat laporan polis. Oh ya, ajak Nizar sama.

Nampaknya negara kita dipenuhi dengan orang yang amat berani berdepan dengan Allah SWT di akhirat nanti. Mereka berani melemparkan dan membantu menyebarkan fitnah walaupun mereka tidak begitu pasti.

Apakata nanti Najib menyuruh orang yang memfitnahnya melakukan sebagaimana Mud menyuruh Mid mengutip kekabu tadi?

Selamat Hari Guru



Semasa Demang memasuki maktab perguruan tahun 1988, betapa gembiranya apabila mengetahui kami akan dibayar elaun sebanyak RM345 setiap bulan. Setelah ditolak bayaran makan RM90 dan sewa bilik RM80 maka berbakilah RM175.

Demang katakan amat gembira kerana jika tidak dibayar elaunpun Demang tetap akan mengikuti pengajian tersebut kerana itulah cita-cita Demang sejak kecil.

Berbekalkan RM175 itulah Demang berbelanja. Sebagai panduan pembaca, ketika itu harga rokok RM2.50 sekotak. Tambang bas mini 50 sen. Jika bersarapan, antara RM1.50-RM2.00. Nasi dengan lauk sederhana antara RM2-RM3 sepinggan. Di samping beban hidup tinggal di KL, perlu juga menyediakan perbelanjaan untuk pulang ke kampung sebulan sekali. Sesekali perlu membeli pakaian dan keperluan lain. Walaupun kami disediakan makanan di asrama namun faham-faham sajalah makanan di kantin.

Sebagai remaja, walaupun kami tidak mempunyai HP, gandjet multimedia, atau laptop (belum dicipta), kami bersosial dengan cara lain seperti berbual di kedai kopi, menonton wyang, dan bermain snooker. Oleh kerana Demang mengikuti kursus muzik, kami sering berlatih (jamming) di studio berbayar.

Selepas tamat kolej, Demang ditempatkan di sekolah sebagai guru terlatih. Ketika itu Demang dibayar gaji SPM walaupun sebenarnya memiliki STPM bertaraf sijil penuh. Kelayakan sebenar Demang itu hanya disedari selepas hampir lima tahun berkhidmat. Itupun setelah secara tidak sengaja berbual mengenai gaji dengan seorang teman yang STPMnya lebih rendah dari Demang. Walaupun diajukan pada kementerian, perkara tersebut tidak boleh diperbetulkan kerana sudah bertukar skim dan sudah lama berlalu. Mahu tidak mahu Demang terpaksa menerima hakikat bahawa setakat itulah sahaja rezeki Demang.

Maka Demang mendapat RM435 sebulan ditambah elaun RM80 dan setelah ditolak caruman KWSP RM60, dapatlah Demang RM455 sebulan. Teringin pula memiliki sebuah pemain kaset dan untuk itu terpaksalah berhutang dengan bayaran RM60 sebulan.

Dengan RM395 itu, Demang hulur pada ibu RM100 maka tinggal RM295. Teringin pula memiliki motorsikal, maka berhutang lagilah Demang dengan ansuran bulanan sebanyak RM160. Baki RM130.

Duit makan RM5 x 30 = RM150 sebulan. Rokok? Petrol? Sosial? Arghhh...

Padahal ketika itu pendapatan operator kilang melebihi RM600 dan pemandu lori RM2000-RM3000 sebulan. Dikhabarkan ketika itu kementerian pendidikan menerima beribu-ribu permohonan daripada guru untuk bersara awal.

Justeru ketika itu sudah menjadi perkara biasa bagi guru-guru melakukan pekerjaan sampingan. Antara yang popular ketika itu ialah jualan langsung atau MLM dan agen insuran. Ramailah pemimpin MLM dan insuran dari kalangan guru, dan mereka berpendapatan 4-5 angka sebulan!

Perlu juga Demang sebut bahawa pada masa itu (awal 90-an) ekonomi negara sedang berkembang pesat. Maklumlah tika itu Tun Mahathir sudah melancarkan Wawasan 2020, Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Penswastaan, Dasar Persyarikatan Malaysia, dan pelbagai plan rangsangan ekonomi yang hebat-hebat. Malah jika ingin membeli kereta Proton kita perlu menunggu sekurang-kurangnya 6 bulan kerana tempahan terlalu banyak. Pendapatan antara pekerja kilang Proton dengan guru bagai langit dengan bumi! Pendapatan pemandu bas ekspres dan peneroka FELDA selama seminggu sama dengan gaji cikgu sebulan. Demang tahu sebab bapa Demang adalah peneroka FELDA di samping menjadi pemandu lori.

Justeru apalah nak diharapkan sangat dengan kualiti guru dalam keadaan demikian. Pulang dari sekolah bergegas membuat jualan dan 'sponsoring'. Kemudian menghadiri mesyuarat dan perjumpaan dengan ahli kumpulan sehingga larut malam. Pagi esok keletihan di dalam kelas.

Namun segalanya mula berubah sebaik Najib menjawat Menteri Pendidikan (1995-1999). Skim gaji guru berubah serta merta. Demang ingat lagi sekembalinya Demang ke sekolah selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah (cuti separuh gaji: 4 tahun), Demang merasa hairan melihat kereta-kereta sederhana mewah yang bersusun di depan sekolah. Kebanyakannya adalah kereta import. Jika adapun yang masih menggunakan proton, itu adalah kereta kedua atau ketiga.

Alhamdulillah, Demang turut bergembira dan berharap para guru tidak melupakan jasa Najib itu.

Sebelum di Kementerian Pendidikan, Najib menjadi Menteri Pertahanan. Menurut sahabat Demang, seorang tentera, beliau mendengar sendiri Najib berkata bahawa apabila beliau menjadi menteri Pertahanan beliau tidak mahu lagi melihat anggota tentera hanya memiliki motorsikal atau menaiki bas pulang ke kampung. Ternyata Najib membuktikannya apabila pendapatan tentera ditingkatkan di samping pelbagai insentif lain.

Sewaktu Demang menulis artikel ini, Demang melihat di kaca TV Najib sedang mengumumkan bahawa semua kakitangan sokongan yang masih di tangga gaji lama akan menerima kenaikan secara menyeluruh.

Kini Najib sudah menjadi PM Malaysia. Seorang yang dibesarkan di dalam dulang emas itu rupa-rupanya begitu dekat dengan rakyat. Beliau sanggup berjalan kaki menyusuri gerai-gerai di Jalan TAR, menaiki kenderaan awam, dan bertanya sendiri masalah rakyat, termasuk menyediakan blog khas.

Demang percaya ramai yang tidak tahu bahawa bapa Najib iaitu Tun Razak juga sebenarnya bergelar Imappadulung Karaend Sanrobone Sultan Abdul Jalil, Raja Gowa XX. Ertinya Najib berkelayakan menjadi Raja Gowa XXI di Makasar, Sulawesi. (lihat buku terbaru S.H Al-Attas, Najib Tun Razak vs Kaki Kacau Malaysia).

Bacalah sejarah Bugis di Makasar dan sumbangan mereka dalam penyebaran dakwah Islam di Tanah Melayu.

Esok 16 Mei, Demang dan semua guru di Malaysia akan menyambut Hari Guru. Insya-Allah Demang akan jalankan kewajipan dengan sebaik mungkin sebagaimana pesan Najib 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.

"Guru Pembina Negara Bangsa"

http://www.moe.gov.my/hariguru/

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)