Menurut Saiful Bahari, bekas bosnya akan berlepas ke Washington D.C, Amerika Syarikat pada 25 hb Jun 2009, 6 hari sebelum perbicaraan utama mereka bermula.
Hai, ketika orang ramai begitu takut untuk ke US, kenapa Anwar nekad ke negara penyangak dunia itu? Dia tu kebal H1N1 ke?
Sementara itu Demang menerima berita bahawa Datuk Anifah Aman telah mencabar Anwar agar menyamannya jika dakwaan bahawa Anwar pernah cuba merasuahnya dengan tawaran jawatan TPM jika bersetuju lompat parti itu tidak benar.
Kalau tidak silap Demang, bukan Anifah seorang yang ditawarkan jawatan itu. Agaknya berapa orang TPM kita jika Anwar menjadi PM? Haji Hadi pun nak juga. DAP tentu tidak mahu ketinggalan. Kemudian, rakan-rakan yang sanggup berkorban dalam PKR, takkan nak dikorbankan lagi? 31 orang BN yang ditawarkan untuk lompat parti tu, apa pula jawatan yang dijanjikan?
Sebut pasal rasuah, kebetulan hari ini Nik Aziz mengulangi fatwanya tentang rasuah. “Jika diberi, ambil”. Beliau menyatakan demikian semasa memberi ulasan terhadap gejala rasuah dalam pemilihan PAS.
Ertinya, orang yang mengambil rasuah tidak bersalah (berdosa?).
Demang rasa kalau PAS memerintah Demang nak jadi pegawai polis atau pegawai JPJ. Maklumlah, berdasarkan fatwa Nik Aziz tersebut jika Demang ambik rasuah tidak menjadi kesalahan.
5 comments:
"Sebut pasal rasuah, kebetulan hari ini Nik Aziz mengulangi fatwanya tentang rasuah. “Jika diberi, ambil”. "
Itu yang bahayanya.Tengok apa kata Jamaluddin Mat Radzi tentang kes rasuah beliau (Semasa Dalam Pakatan Rakyat).."Dan orang sedekah.." ..
Bahaya kata-kata Nik Aziz tu
-OghangKuale-
Allah melaknat Pemberi dan Penerima Rasuah..
Nik Aziz lupa ke ?
Memang Nik Aziz mudah lupa ! tetapi bab nak bersatu dengan UMNO dia tak lupa pulak yer...
Nyanyuk berwaktu ke apa ni?
Entahlah labu ! huhu
Salam...
Sy nk jadi polis gak Cg Man..
Apa kata kita sama2 buat Roadblock..
Kita letak sign board..
SAMAN atau BAGI DUIT
Tulis juga.. (Jika saman RM300, Duit pula RM 150 atau 50% diskaun berbanding SAMAN)
Rasanya setahun kaya kita Cg Man.. Blh beli keta Camry CASH!!!
Hehe. Betul jugak. nik Aziz mabuk ke nak menghalalkan rasuah? ataupun dia memerli?
Lantak la. Ape yang penting, apa yang hak akan ditegakkan, dan yang batil pasti akan rebah.
"Kes Khairy rasuah tue macam mana?"
Salam...
Maknanya apa yg tlh dicanang seluruh malaysia tentang UMNO rasuah juga berlaku dlm PAS. itu dlm PAS yg sentiasa menggunakan ayat al-quran dan hadis bila berkata2. dlm PKR bgmn? dlm DAP bgmn?
UMNO dikatakan rasuah apabila memerintah negara, makanya PR belum memerintah sudah melakukan rasuah. jadinya jgnlah dilantik mrk menjadi pemerintah negara pasti haru biru jadinya....
Wallahua'lam
Post a Comment