Pakteh dapat maklumat bahawa sehingga jam 5 petang tadi cuma 7,149 pengundi telah buang undi. Peratusan keseluruhan yang keluaq mengundi cuma 46.48%. Tak sampai setengah!
SPR janji keputusan akan dapat kita tau sekitar jam 8.00 malam ini kalu takdak aral.
Pasai apa agaknya tak sampai setengah yang keluaq mengundi? Adakah DUN Penanti tak penting ? Atau pengundi fikir kalu depa tak mengundi pun, calon depa akan menang dengan sendirinya?
Atau pengundi yang tak keluaq tu sebenaqnya penyokong UMNO-BN? Atau sekurang-kurangnya depa menyampah kat PR?
Nampaknya PR sudah kalah di Penanti.
SPR janji keputusan akan dapat kita tau sekitar jam 8.00 malam ini kalu takdak aral.
Pasai apa agaknya tak sampai setengah yang keluaq mengundi? Adakah DUN Penanti tak penting ? Atau pengundi fikir kalu depa tak mengundi pun, calon depa akan menang dengan sendirinya?
Atau pengundi yang tak keluaq tu sebenaqnya penyokong UMNO-BN? Atau sekurang-kurangnya depa menyampah kat PR?
Nampaknya PR sudah kalah di Penanti.
...
(foto: my.pokernews.com)
Rupa-rupanya jika kita taip PKR dalam Yahoo, maka foto-foto yang keluar adalah berkaitan perjudian. Adakah satu kebetulan?).
Rupa-rupanya jika kita taip PKR dalam Yahoo, maka foto-foto yang keluar adalah berkaitan perjudian. Adakah satu kebetulan?).
Artikel ini juga boleh dibaca di blog Pakteh.
3 comments:
kepada penyokong PKR.. Fakta tetap fakta, Undi PKR menurun...tulah leatk jawatan lagi... lepas ni kalau ada calon PKR letak jawatan boleh lah test lagi... lagi turun undi ke tidak...
Inilah prinsip BN, jadi hormatlah orang lain... janganlah marah-marah nanti cepat tua... hahahahaha
Undi PKR merosot sebanyak 1294 di Penanti. Majoriti nampak bergaya dengan 5558 undi tetapi undi untuk PKR berkurangan.
Apakah undi berkurangan ini kerana penyokong-penyokong PAS tidak mengundi PKR sebaliknya mengundi Bebas? Orang PAS kebanyakannya keluar mengundi, hanya penyokong UMNO sahaja yang tidak keluar mengundi.
Yang pastinya, jumlah sokongan kepada PKR merosot. Jika pada PRU12 Fairus boleh dapat 7346 undi dengan majoriti 2219, Mansor hanya dapat 6052 undi walaupun majoritinya 5558.
Mungkinkah pengundi bukan Melayu tidak mengundi Mansor sebagaimana diura-urakan sebelum ini? Siapakah 942 orang pemilih yang mengundi calon-calon Bebas? Mungkinkah mereka ini penyokong BN yang ketagih mengundi atau mereka yang dulunya menyokong PKR tetapi kini menolak PKR? dari 7100 kertas undi dikeluarkan, 106 dikembalikan rosak! Peratusan undi rosak juga tinggi jika dibandingkan dengan jumlah kertas undi dikeluarkan. Apakah undi rosak ini kerana pemilih masih tidak tahu mengundi atau pemilih begitu pandai merosakkan kertas undi dengan sengaja sebagai tanda protes?
Banyak persoalan perlu dicari jawaban dari keputusan pilihanraya kecil ini, samada oleh BN yang tidak bertanding mahupun PKR yang menguncup undinya.
Kemenangan PKR di Penanti tidak merubah kerajaan Pulau Pinang, ianya akan tetap didominasi oleh DAP, wakil tunggal PAS juga akan terus dipinggirkan. Persoalan besar apakah Mansor mampu melakukan sesuatu yang lebih baik dari Fairus untuk Melayu di Pulau Pinang sebagai TKM1 mewakili kaum Melayu? Apakah Mansor juga akan diterus ditunggangi DAP?
Politik perkauman juga menjadi teras kerajaan DAP Pulau Pinang yang turut dianggotai PKR. Jika tidak masakan ada jawatan TKM untuk Melayu dan TKM untuk India! Mengapa perlu disebut Mansur akan mengisi jawatan TKM1 yang dikhaskan kepada calon Melayu? Bukankah ini juga amalan perkauman? Azmin tak nampak mungkin perkara ini kerana dia dalam PKR.
www.matangsaga.blogsppot.com
www.penanti-bukitlanjan.blogspot.com
Aspirasi 2020,
Betul... betul... betul...
Windtalker,
Terima kasih banyak-banyak atas analisis saudara. Sangat menarik dan bernas.
Post a Comment