Kalau anda biasa menggunakan lebuhraya, R&R bukanlah asing bagi anda. Namun Demang percaya masih ramai yang tidak tahu maksud R&R tersebut. Sebenarnya ia merupakan akronim dwiguna atau dwibahasa. Anda boleh fahamkannya dengan Rest & Repair atau boleh juga Rehat & Rawat.
Namun kali ini Demang tafsrkan R&R sebagai Raja Petra & Rosmah Mansur.
Jika masih ingat dalam artikal Demang dulu, Demang pernah menulis panjang lebar kenapa Najib atau Rosmah TIDAK BOLEH sama sekali dikaitkan dengan pembunuhan Attantuya. Seterusnya Demang menyeru agar RPK atau sesiapa yang tidak berpuas hati membuat aduan di balai polis.
Nampaknya bukan sahaja RPK tidak mampu membuat laporan polis sebaliknya RPK pula yang disaman oleh Rosmah.
Sesiapa yang mengikuti perkembangan RPK dapat melihat betapa huru-haranya keluarga RPK sekarang. Setelah disaman 4 juta oleh TS Nordin Kardi, ditahan ISA, isterinya turut didakwa, dan terbaru anaknya pula mengaku salah melakukan jenayah curi motorsikal.
Kini RPK sedang menghadapi saman daripada Rosmah pula.
Maka Demang cadangkan RPK berhentilah sekejap di R&R. Rehatkan minda & Rawatlah hati yang bermasalah itu di Kemunting atau di mana-mana pusat tahanan setahun dua.
Selepas keluar nanti, carilah mana-mana guru murshid berkaitan tasawuf dan beramallah. Hidup di dunia ini bukanlah lama sangat.
"Jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka".
Demang juga mengingatkan diri sendiri.
Foto: andrewraj.wordpress.com
5 comments:
Assalamualaiku Cheguman,
O Cheguman, Pasal nak cari Ustaz untuk RPK bertaubat itu NO PROBLEM punya.
Beribu Ustaz Ustazah yang sokong dia masa dia buat cerita Najib, Rosmah dan perempuan Mongolia tu. Ini Satu Malaysia pun tahu. Malah ramai yang menyokong Raja Petra dalam hal ini.
Jadi memang kalau setakat nak berTaubat Nasoha, NO PROBLEM. Excess of Ustazs for him and his families.
Pakteh kesian kat RPK tu. Kerja takdak, famili kelam kabut... Kalu dok Kemunting boleh makan free, ada org tlg ajaq ilmu agama, solat, puasa... Tapi puasa betoi2 la... pusa + mogok = Pungkoq
Salam TokAyah,
Terima kasih kerana meninggalkan komen yang menyokong Demang. Namun Demang terpaksa buang komen tersebut kerana kurang sesuai.
Untuk mengenali MelayuAngkat lebih dekat, sila layari blog beliau dan fahami faksud sebenar beliau:
http://melayuangkat.blogspot.com/
Post a Comment