Cuti sekolah bermula, maka kenduripun bermula.
Apa beza kenduri dahulu dengan kenduri sekarang?
Dahulu orang kampung bertungkus lumus memasak dan melayan tetamu, kini semua siap terhidang dilayan pihak 'cattering' lengkap dengan pelayan. Dahulu makan berhidang, sekarang sudah guna 'buffet'. Dahulu tetamu dibekalkan telur rebus, kini sudah diganti dengan gula-gula. Dahulu ada pancaragam, kini cuma guna karaoke.
Apabila dah ada karaoke, macam-macam suara boleh kita dengar. Jika penyanyinya bersuara merdu, maka sedaplah telinga tetamu mendengarnya.
Namun ada juga yang tidak sepatutnya menyanyi, pun teringin 'menyumbangkan' suara. Tokcik, Pakngah, Abang Usop, Adik Lan pun sibuk nak menyanyi sama. Temponya lari, pic pun tak sampai. Apabila tiba pada chorus, sampai tegang-tegang urat leher; akhirnya yang keluar ialah bunyi seperti badak mengawan.
Begitu juga politik. Sekarang ini semua orang nak tumpang sekaki berceloteh pasal politik. Blog politik tumbuh macam cendawan. Ada yang memang berkualiti dan berteraskan fakta. Memang ada yang mampu membuka minda positif.
Namun yang banyaknya sekadar inginkan populariti. Ada blog sampah yang hanya menyiarkan 3-4 ayat provokasi, berjaya menarik ribuan pengunjung sehari.
Ada blog yang penuh dengan iklan. Artikel tak seberapa. Tidak salah berniaga dan tidak juga salah meletakkan iklan komersial dalam blog sendiri. Demang sendiri berniaga dalam internet. Namun bab bisnes Demang gunakan blog lain, Demang asingkan daripada blog politik.
Sekurang-kurangnya kita mengelakkan rasa curiga orang ramai. Maklumlah, macamana nak perbetulkan pemimpin kalau diri sendiripun mengeksploitasi blog politik sebagai strategi perniagaan?
Adakah kita sedang bergerak ke hadapan atau mundur ke belakang dalam menyajikan buah fikiran?
foto kenduri: khair75 flickr.com
8 comments:
Ya... Benar tue Demang... Kadang-kadang blog politik, tidak kira la pro-kerajaan atau pro-pembangkang memang tah ape-ape... Sedih duk baca...
Lagi satu, ada blog BPN macam sampah la demang.. Tolong nasihat mereka... Tak habis-habis dengan kutukan yang ala-ala fitnah... Takkanlah mereka nak ikut jejak langkah pembangkang memfitnah...
Boleh ye demang... Pastikan BPN bersih dan berjuang ikut jalan yang benar...Blog demang memang bagus..
Salam;
Sempena cuti sekolah ni, bawalah anak-anak balik kampung, dengarkan sketsa atuk, yang penting sekurang-kurangnya biarlah tau sikit-sikit asas cakap arab.
Jangan biarkan mereka keliru dengan uztaz Nga n ustzah Eliey, he, he, he...
Betul tu Che Gu Man..saya dah terperasan lama dah, kekadang melawat sesetengah blog, iklan penuh, berita tak seberapa, paling teruk, copy paste artkel dari blog orang, letak kat blog dia, buat pulak tajuk2 yang sensasi dan provokasi...! Hampeh!
InsyaAllah Redza. Jika Redza perasan, ada beberapa blogger BPN sudah menukar rentak mereka setelah dinasihatkan. BPN menggunakan email peribadi untuk tujuan begitu. Cuma BPN tidak boleh mengawal semuanya.
Betul GSenduk. InsyaAllah, kami sekeluarga akan pulang ke kampung dalam masa cuti ini.
Desperado, kalau nak tengok contoh blog iklan komersial tu layari al-banjari.
Asslamualaikum Cheguman,
Memang sekarang musim orang kahwin. Kami sekeluarga pun baru balik dari kenduri kahwin. Penat.
Sudah tentulah kenduri kahwin sekarang berbeza, segalalnya berbeza sekarang Cheguman.
Permikiran orang Melayu pun telah berbeza. Masing masing sekarang lebih cerdik dan terpelajar. Malang masing masing juga ramai benar masih tidak mensyukuri atas segala nikmat hidup dibumi bertuah ini.
Ramai juga terlalu mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu memporak perandakan perpaduan Orang Melayu khasnya dan Negara amnya.
Rasanya telah tiba kita semua bersuara lebih lantang, mengigatkan diri masing masing dan orang Melayu bahawa keretakkan sesama kita hanya merugikan bangsa sendiri sahaja. Mungkin kesannya tidak terasa sangat sekarang, tapi pasti bila kita semua sudah tiada lagi nanti.
WaAllahuAlam.
Che Gu Man...albanjari boleh ampun sebab banyak penulisan dia, dia merepek sendri, Kedah Lanie...semua copy paste orang punya...iklan penuh satu muka!
cite skit, ape ade ngn melayu leh x???
kalo g tnya pmimpin UMNO, dpa gelak aje leww kwn....
"kami dah juai tanah2 ibunda kami pd tokei2 laaa kwn..."
pstu kami beli tnah2 tmpt lain, lpas dua tahun tiga tahun kami bgun kan plk tmpt tuuu...
yg kaya anak2 beranak kami jaaa lahh...
ckp melayu konon!!!!
ISLAM TU PENTING NGOK!!!!!
Anon 4:19 PM,
Anda mengidap penyakit hati iaitu dengki kepada kaum sendiri. Tahniah, anda memang layak jadi pembangkang.
Post a Comment