Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, May 29, 2009

PR kelam kabut




Depa tuleh...

“Kelihatan orang ramai bersesak-sesak ketika menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Guar Jering dalam kawasan DUN Penanti semalam”

Pakteh tergelak sorang-sorang baca tulisan tu. Pakteh jumpa dalam blog 'puak-puak yang tak puas hati tu...'
Apa taknya, PR kata depa hebat sangat. Tapi Pakteh tengok, nak lawan calon bebas pun depa dah kelam kabut. Sampai Mursyidul Am PAS dan Penasihat PKR pun terpaksa turun padang nak pastikan depa menang.

Pakteh rasa DS Najib mesti gelak punya tengok kelakuan puak-puak PR bergaduh sama sendiri kat Penanti.

Mengenai ’orang ramai bersesak-sesak...’ tu, biasa la. Orang PR memang sentiasa sesak. Kalu tak sesak, tu bukan pembangkang namanya.

Pakteh tengok, bulan Jun ni Anwar lagi sesak! Huiii... dah dekat 1 Julai. Mampuih Pak Seikh!

Thursday, May 28, 2009

Gebang Pakteh


Salam pada semua. Sebenaqnya Pakteh ada blog sendiri. Bolehla pi jengok blog Pakteh yang Pakteh bubuh nama Al-Banjiri Online 2009. Ish... Sekali imbas macam nama blog puak penentang kerajaan pulak.

Memang Pakteh tiru depa. Pakteh ingat kalu guna nama tu, ada 'onk'. Tapi nampaknya tak 'onk' jugak. Selalunya lepas Pakteh tuleh, Pakteh la jugak yang baca sendiri. Pengunjung lain ada la 2-3 orang. Itupun kawan-kawan lama Pakteh.

Last-last, Cheguman iaitu kawan lama Pakteh 'offer' Pakteh guna blog Waadat ni untuk Pakteh menuleh. Alhamdulillah.
Pakteh cuba la dulu.

Rosmah saman Raja Petra Kamarudin



Kalau anda biasa menggunakan lebuhraya, R&R bukanlah asing bagi anda. Namun Demang percaya masih ramai yang tidak tahu maksud R&R tersebut. Sebenarnya ia merupakan akronim dwiguna atau dwibahasa. Anda boleh fahamkannya dengan Rest & Repair atau boleh juga Rehat & Rawat.

Namun kali ini Demang tafsrkan R&R sebagai Raja Petra & Rosmah Mansur.

Jika masih ingat dalam artikal Demang dulu, Demang pernah menulis panjang lebar kenapa Najib atau Rosmah TIDAK BOLEH sama sekali dikaitkan dengan pembunuhan Attantuya. Seterusnya Demang menyeru agar RPK atau sesiapa yang tidak berpuas hati membuat aduan di balai polis.

Nampaknya bukan sahaja RPK tidak mampu membuat laporan polis sebaliknya RPK pula yang disaman oleh Rosmah.

Sesiapa yang mengikuti perkembangan RPK dapat melihat betapa huru-haranya keluarga RPK sekarang. Setelah disaman 4 juta oleh TS Nordin Kardi, ditahan ISA, isterinya turut didakwa, dan terbaru anaknya pula mengaku salah melakukan jenayah curi motorsikal.

Kini RPK sedang menghadapi saman daripada Rosmah pula.

Maka Demang cadangkan RPK berhentilah sekejap di R&R. Rehatkan minda & Rawatlah hati yang bermasalah itu di Kemunting atau di mana-mana pusat tahanan setahun dua.

Selepas keluar nanti, carilah mana-mana guru murshid berkaitan tasawuf dan beramallah. Hidup di dunia ini bukanlah lama sangat.

"Jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka".

Demang juga mengingatkan diri sendiri.

Foto: andrewraj.wordpress.com

Wednesday, May 27, 2009

TKO untuk Husam



Sejak malam tadi blog-blog utama menyiarkan isu kegagalan Husam meneruskan debat dengan Ezam M. Nor iaitu bekas orang kuat Anwar Ibrahim. Demang rasa tidak perlu memberi komen peribadi sebab Demangpun kali terakhir bertemu Ezam kira-kira 5 bulan yang lalu.

Cuma satu kesimpulan yang Demang buat iaitu ‘jerat makan tuan’. Untuk mengetahui maksud Demang, semaklah sendiri kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pengendali-pengendali blog yang mempunyai hubungan rapat dengan Ezam dan Husam ini:

(1)
Saya menyimpulkan kegagalan Husam hadir pada malam ini ialah kerana Ezam mengganti tempat Zahid. Saya percaya kalau Zahid diganti dengan Azalina Othman Said, Sharizat Abdul Jalil ataupun Ketua Puteri Umno, Rosnah Abdul Rashid Shirlin pasti Husam bersedia berhujah malam ini walaupun regu asalnya tidak hadir.
Mohd Sayuti Omar, Penulis Politik http://msomelayu.blogspot.com

(2)
Tiada siapa boleh nafikan bahawa Husam mempunyai hubungan istimewa dengan pihak media kerana beliau juga merupakan bekas wartawan. Di antara pihak media yang agak rapat dengan beliau ialah Malaysiakini (hubungan kelamin),The Star dan Media Prima (TV3 & TV9).
http://muktamarpas.blogspot.com

(3)
penggantian nama zahid kepada ezam sebagai wakil pendebat umno telah dimaklumkan oleh pihak tv. malah 2 hari sebelum perdebatan berlangsung, press secretary husam telah mengeluarkan kenyataan balas kepada penerbit tv menyatakan KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN HUSAM BERDEBAT DENGAN EZAM, SELAKU WAKIL PENDEBAT UMNO.

2 hari iklan debat dalam siri hujah ini telah dilakukan. bila tiba masanya...
http://www.gerakan-anti-pkr.com

Tuesday, May 26, 2009

Erdogan: perubahan yang bakal merebahkan




Apa ertinya perjuangan PAS tanpa barisan ulama’? Sekian lama PAS menyumbang jasa, memberi tekanan pada kerajaan agar tidak mengabaikan prinsip Islam. Adakah begini akhirnya nanti perjuangan PAS? Adakah puak Erdogan akan mengambil alih sepenuhnya barisan kepimpinan PAS? Kekalahan Nik Abduh merupakan berakhirnya suara akar umbi dan pejuang PAS tulen. Kini kita akan menyaksikan pertarungan peringkat kedua yang sudah tidak ada apa-apa lagi.

Apa ertinya presiden seorang ulama’ sedangkan di sekelilingnya adalah bekas pejuang sekular yang kecewa dalam perjuangan lama?

Demang melihat masa-masa yang mendatang begitu suram dan kelam.

foto: flickr.com

Saudara kita




Semalam Demang terima email daripada seorang sahabat. Oleh kerana Demang fikir persoalan yang dikemukakan itu bersifat perkongsian maklumat, maka Demang siarkan di sini untuk kita fikirkan bersama.

Sengaja Demang tidak edit email ini, kecuali Demang padamkan nama kami sahaja.

Selamat membaca dan jika sudi, berikan komen anda.

soalan hypothetical ni selalu saya bertanya kepada peserta saya semasa kursus. kenapa bencikan sangat saudara kita sama ada mereka itu ahli umno (jika dia pas) atau pas (jika dia umno). sebenarnya, soalan ini lebih ditujukan kepada ahli pas kerana mereka sangat membenci ahli umno sehingga sanggup memboikot perniagaan kecilan/runcit/pasar malam yg dijalankan oleh orang umno dan lebih sanggup membeli dari kedai kepunyaan orang cina dan india. lebih buruk lagi, kesan fatwa hj hadi yg mengkafirkan orang umno masih lagi dipegang. begitu juga kenyataan setiausaha agung pas perak yg mengatakan kami lebih sanggup bersekongkol dengan orang2 kafir dari dari bekerjasama dengan orang2 umno yang zalim.

pertama, saya selalu ajukan soalan : jika kamu pergi sembahyang jumaat di masjid, bila ada tabung masjid ditolak di hadapan kita, kamu masukkan duit tak? mereka akan jawab ya. kemudian saya tanyakan berapa selalu bagi? mereka jawab, seringgit dua. jika ada peserta india/cina, saya tanyakan juga kepada mereka: kamu pergi tokong ada tabung derma utk tokong tak? mereka jawab ada. kemudian saya tanya "berapa selalu bagi?" mereka jawab seringgit dua jugak. kalau kamu bagi seringgit dua kat tabung masjid, begitu juga org india dan cina. kalau kamu pergi beli barang di kedia org islam/melayu, keuntungan mereka bayar zakat, bagi derma utk anak yatim, ibu tunggal dan masjid. duit itu digunakan utk membangunkan ummah dan isalm jugak. kalau masjid, boleh buat bayar bil dan kos pengurusan, besarkan masjid, buat aktiviti dan adakan kelas mengaji dan sebagainya. siapa untung? kita jugak.

memang kebiasaannya kedai melayu selalu harga mahal sekupang dua sebab mereka dapat harga lebih mahal dari pemborong berbanding ngan peniaga cina. kekadang barang pon tak banyak dalam kedai tak seperti kedai cina. ni kerana peniaga cina selain dapat harga murah, dapat kredit yg panjang dan juga wang pusingan banyak sebab kita dok support. tidak seperti kedai melayu, kita tak suka masuk jadi wang pusingan kurang utk tambah barang. tapi kalau kamu beli barang dari kedai org kafir dan bagi keuntungan kat kafir, maka kamu juga ada saham perbesarkan tokong, buat kuil baru dan sebagainya. pernah fikir tentang perkara ini?

kedua, saya ajukan soalan hypothetical tadi. andaikan kamu pergi belayar naik bot/kapal dan tetiba kapal tersebut karam. habis orang lain mati kecuali kamu, seorang india/hindu, seorang cina buddha dan seorang umno (jika dia penyokong pas dan orang pas jika dia penyokong umno) sahaja yang terselamat dan terdampar di sebuah pulau yg terpencil. oleh kerana tiada siapa yg tahu mereka terselamat, maka tinggallah mereka dipulau itu 4 orang. maka ditakdirkan maka matilah melayu yang seorang lagi tu.

saya tanya "adakah kamu akan bertepuk sorak kerana yang mati tu adalah musuh kamu. "biag mampiuh dia kat situ. pada muka hang. zalim sangat. masa hidup tak ingat dunia, rasuah! kroni! la ni biag hang keraih kong kat situ. biag ulat dan semut hurung bangkai hang. biag burung mai makan bijik mata hang. baru padan muka hang. tak sedag kediri. mampiuh la hang tang tu. baru padan dengan muka hang". betul tak??

atau ditakdirkan sebaliknya, kamu yang mati. adakah kamu lebih suka dan rela kamu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan, ditalqinkan dan dikambus oleh orang cina dan india tadi kerana kamu sangat bencikan orang melayu yang satu lagi atau kamu nak melayu yang kamu tuduh zalim dan kroni dan rasuah tadi yg nak mandikan, kafankan, sembahyangkan, talqinkan dan kebumikan kamu? kenapa bila dah mati baru nak mengaku saudara? suruh je lah kafir harbi yg kamu kasihkan sangat tu buat semua benda tu. sembahyang pakai colok lepastu bakag je bangkai kamu ikut cara depa?

fikir fikirkanlah kerana selagi seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah, mengaku yg tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, tidak kira apa bangsa dia, dia adalah saudara kita lebih2 lagi jika dia melayu.

rujuk kepada ayat An-Nisa ayat 59:

Bismillahirrahmanirrahim.

"Wahai Orang Orang Yang Beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan juga kepada Ulil Amri. Dan jika kamu berbantah bantah dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan Rasul (Al Quran & Sunnah) jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya"

Ulil Amri adalah pemerintah yg dilantik dikalangan kamu.

jika kamu berbantah bantah dalam sesuatu perkara (termasuk politik la tu), Allah suruh rujuk kepada Quran dan Hadis. hadis Rasulullah kata, "tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri".

jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Allah warning kita ni!!

maka "Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu". ini nasihat Allah kepada kita.

dan lebih elok pula kesudahannya dan juga janji Allah kepada kita.

Apa lagi yang kita mau? kita nak ikut tok guru kita ka atau nak ikut perintah Allah dan sunnah Rasulullah? Awat? tok guru kita lebih besar dari Allah ka? atau tok guru kita tak boleh buat silap sebab dia lebih maksum dari Rasulullah? Dalam dunia ni, semua orang buat silap termasuk para2 nabi termasuk Adam (sampai kena halau keluar dari syurga), nabi musa, nabi nuh da nabi2 lain. yang maksum cuma Rasulullah sahaja.

ingat, Rasulullah nak ramaikan umatnya dan nak kita bersatu, baru kita kuat dan orang tak berani nak tindas kita. kita pulak, suka nak pecahkan umat rasulullah yang dah sedia lemah dan berselerak masa ni dan benci mereka dan kafirkan mereka dan jahanamkan mereka lagi. elok la tu. fikir2 kan lah.

Monday, May 25, 2009

Silat Bayang



Bila kali terakhir anda menonton pertunjukan silat? Jika anda menjawab sekitar 7 hari yang lepas, bermakna anda dianggap orang yang beruntung sebab di zaman ini bukan senang nak menonton orang bersilat.

Namun, Demang lebih beruntung kerana baru pagi tadi Demang menontonnya.

Apapun, jangan sedih dan kecewa. Dalam zaman yang menawarkan cabaran dan peluang ini, kita tidak boleh cepat kecewa. Menurut kajian, antara faktor penting orang menjadi pembangkang ialah kerana kecewa.

Untuk makluman, anda kini boleh menyaksikan pertunjukan silat yang sedang berlangsung ketika ini setiap hari. Lihat jadual di bawah:

Pertunjukan Silat Ganjil (Silat Bayang/Gila Bayang)
Tempat: DUN Penanti
Tuan Rumah: PKR
Pihak Lawan: Bayang-bayang Sendiri

Datanglah beramai-ramai. Bukan senang nak tengok orang bersilat dengan bayang-bayang sendiri.

PS: Hari ini seorang calon bebas yang pernah menjadi pemimpin PKR mencabar agar parti itu dibubarkan sekiranya beliau dapat membuktikan bahawa terdapat percubaan merasuah beliau oleh kepimpinan PKR.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)