Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, June 16, 2010

demokrasi ala DAP

Sebentar tadi DAP Perak menyatakan akan mendakwa ADUN Malim Nawar yang keluar daripada parti itu kerana dikatakan melanggar perjanjian.

Menurut parti chauvinis tersebut, para ADUN mereka terikat dengan kontrak iaitu perlu membayar RM4juta jika meninggalkan DAP.

Sebelum ini kita dimaklumkan jika ADUN PAS keluar parti maka isteri YB berkenaan akan tertalaq secara automatik.

Kata isteri Demang; "kalau benarlah YB pembangkang keluar parti kerana dipujuk dengan wang, maka terbuktilah betapa pemimpin pembangkang tidak berkualiti dan mudah dibeli! jika dakwaan tersebut tidak benar pula, maka ternyata parti pembangkanglah yang tidak berkualiti. Apapun andaian yang kita buat, ada dua kesimpulan di situ:

Pertama; parti pembangkang tiada kualiti dan kedua; pemimpin pembangkang tidak boleh dipercayai.

Salah satu di atas adalah betul kalaupun bukan kedua-duanya sekali.


Salam,

Najib naik elaun KAFA


Apa pun yang orang katakan terhadapnya, Najib tetap Najib.

Justeru Demang tidak begitu hairan dengan pengumuman beliau untuk menaikkan elaun guru KAFA semalam. Sejak dulu lagi, jabatan atau kementerian manapun Najib berada, akan berlakulah kenaikan gaji, elaun, dan sebagainya. Bahkan dalam jumlah yang tidak disangka-sangka.

Ketika Demang keluar maktab tahun 1990, gaji kami cuma RM435 sebulan. Sebaik sahaja Najib memegang potfolio pendidikan, serta merta skim gaji guru diubah dan hari ini kita boleh lihat taraf hidup para guru sudah jauh meningkat.

Dengan pengumuman Najib semalam Demang percaya guru-guru KAFA bukan sahaja akan menyambutnya dengan riang bahkan akan mengejapkan sokongan terhadap kerajaan. Lagipun, mereka memang pegawai kerajaan.

Bagi yang masih ragu-ragu dengan akidah orang UMNO, singkirkan semua itu dan insaflah bahawa kita bukan tentu lagi lebih baik daripada orang Islam yang lain. Bahkan iman kita di masa depan pun belum pasti.

Bukankah keimanan kita juga ditentukan Allah SWT?

Kalau nak kata ulama semestinya betul, lihat sahajalah berapa ramai ulama yang dikatakan 'tersungkur di kaki syurga'.

Kalau nak samakan bahawa kelompok anda yang kecil sama seperti kelompok Rasululullah dahulu yang juga kecil, maka ingatlah bahawa kelompok 'Ayah Pin' dan beberapa ajaran sesat lain juga kecil. Mereka juga menentang masyarakat besar.

Adakah anda mahu mengatakan mereka betul?

Jika anda jawab 'mereka belum tentu salah' maka sedarlah bahawa UMNO juga belum tentu salah. Yang nyata, parti 'tidak bertuan' itulah yang telah terbukti berjasa.

Semoga Allah SWT terus memberkati dan meredhai wadah perjuangan Islam itu.



Salam,

Tuesday, June 15, 2010

terkini: YB DAP keluar parti sokong BN


Adun Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh umum keluar DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas yang sokong BN berkuatkuasa serta-merta.

Tahniah YB. Demi negara kita bersama.

ucapkan Good bye pada Anwar juga.

Salam 1 Malaysia,



Sumber:
BH 15/06

tetap pilih Brazil


Walaupun hampir tiada masa lagi untuk menonton sesuatu perlawanan bola sepak hingga selesai, namun Demang bertekad untuk menonton setiap perlawanan Brazil.

Itulah satu-satunya pasukan yang cukup hebat pada pandangan Demang.

Jika ditanya nama pemain Brazil yang Demang gemar, sudah tentu Demang akan jawab Pele.

Jangan ketawa. Memang Demang hanya tahu nama Pele sahaja.

Barangkali orang macam Demang sudah tidak ramai, namun kelompok kami masih berperanan menambah jumlah penyokong Brazil.

Justeru Demang yakin dalam PRU13 nanti UMNO akan terus disokong orang Melayu dan sebarang usaha menentangnya hanya akan menimbulkan perpecahan yang berlarutan.

Sebenarnya Demang nak beritahu bahawa di samping pelbagai perubahan yang dilakukan Najib bagi memperkasa UMNO, parti keramat tersebut juga turut disokong oleh sekumpulan orang yang tegar mempertahan UMNO atas faktor yang sukar diperjelas; salah satunya faktor sejarah.

Demang juga nak katakan bahawa jika orang lain nak tumbangkan UMNO maka mereka perlu berdepan dengan tentangan yang amat keras.

Implikasi daripada pertentangan tersebut ialah politik negara akan tidak stabil bahkan akan mengundang bahaya pada negara.

Atas faktor itu jugalah parti serpihan seperti PAS dan PKR wajib mengambil iktibar daripada Semangat 46 yang telah tumbang lebih awal.

Nota:
PAS kini cuma mempunyai 23 kerusi berbanding 222 kerusi parlimen. Masih jauh ketinggalan.
Penyatuan orang Melayu ke dalam UMNO akan menyingkirkan impian kaum Cina untuk menguasai politik Malaysia setelah mereka berjaya menguasai ekonomi.
Kawasan parlimen yang majoriti pengundinya orang Islam berjumlah 153 daripada 222 kerusi. Hal ini bermakna jika orang Islam bersatu dalam PRU13, sokongan kaum lain tidak diperlukan bagi membentuk kerajaan 2/3 (majoriti duapertiga).




Salam,


ffoto:
402x440 - 63kB - jpg
www.ioffer.com

Monday, June 14, 2010

Hebat Nik Aziz




Kata Nik Aziz sebentar tadi, beliau tidak mahu menjadi ketua jika pakatan pembangkang membentuk kerajaan.

Nik Aziz memang hebat. Sekali imbas nampak betapa tawadhuknya beliau kerana tidak mengidam jawatan itu.

Cuma Demang musykil sikit, tak teringin atau tak layak? Semenetara itu, Hj Hadi nak kita letak di mana? Anwar tak apalah sebab nasib dia masih kesamaran.

Maklumlah, dalam keadaan PAS dilihat cukup kuat dan UMNO begitu dhaif pun PAS cuma memperolehi 23/222 kerusi, bagaimanakah nasib PAS dalam PRU13 nanti?

Yang jelas, DAP semakin kuat sekarang manakala PAS pula semakin kehilangan arah dan mengelirukan orang Melayu. Mungkin PAS tidak berniat untuk mengelirukan orang Melayu namun orang Melayu memang semakin keliru dengan hala tuju PAS.

PKR? Demang lihat parti itu sekadar menampung bekas ahli UMNO dan MIC yang kecewa dengan parti asal mereka. Ia hanya tempat pelarian sahaja. Manakala orang cina meletakkan wakil-wakil mereka bagi mengimbangi kuasa Melayu atau India agar tidak mendominasi parti itu.


Kaum itu memang ’cerdik’ berpolitik.


Salam,

Saturday, June 12, 2010

memilih strategi

Ini adalah berita basi.

Seorang guru wanita di Belgium ditamatkan perkhidmatan kerana enggan membuka purdah ketika mengajar di dalam kelas.

Demang tidak mahu menyebelahi sesiapa. Ada orang kata 'cikgu' itu berhak untuk tidak membuka purdahnya. Bagi Demang, tiada hak apa-apa jika kita tidak memegang kuasa. Maksud Demang, ikut sahajalah peraturan jika kita tiada kuasa.

Kata rangtua, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Orang Islam perlu sedar diri apabila empayar Andalusia berakhir di Granada dan Kesultanan Melayu Islam tumbang di Melaka, menjadi ummat Islam tidak lagi dipandang hebat. Itu belum apa-apa lagi memandangkan kini ummat Islam dipromosi sebagai pengganas!

Majlis perasmian dan pengiktirafan Islam sebagai ikon pengganas dilakukan secara besar-besaran di New York dan disambut pada 11 September setiap tahun! WTC menjadi bunga apinya.

Justeru pendekatan dakwah bukan lagi dengan berlagak sombong mempertahankan sesuatu yang berbeza daripada orang lain. Bahkan, jangan sekali-kali menentang arus.

Penyamaran dan penyusupan adalah gerakan paling praktikal.

Melalui penyamaran, kita tidak boleh dilihat berbeza dari orang lain. Itu lebih baik daripada berpakaian Islam tetapi perangai menjijikkan. Ia juga lebih baik daripada memiliki hati yang busuk terhadap sesama makhluk.

Penyusupan adalah tindakan untuk berada di kalangan sasaran, bergaul dan berusaha memenuhi keperluan mereka. Bukan untuk merosakkan mereka bahkan menjadikan mereka menghormati kita.

Jika anda ingin berjuang, tidak cukup dengan hanya belajar di pondok-pondok atau pesantrian, hatta di dewan kuliah berhawa dingin. Belum memadai jika sekadar menyambung pelajaran ke barat atau timur tengah. Tidak cukup hanya pulang, bergaul sesama sendiri dalam jaket, topi, jubah dan serban; tanpa memahami perjalanan sebenar denyut nadi politik negara.

Politik bukan sekadar niat hati yang tidak diketahui orang. Bukan juga impian muluk yang dicanang ke sana ke mari berupa janji. Politik adalah menguruskan keperluan masyarakat yang berbagai-bagai. Politik adalah mendapatkan jalan tengah yang terpaksa diterima dengan redha.

Sudah tentu tidak semua kita setujui. Namun yang menariknya, yang tidak kita setujui itu pun perlu kita terima. Dan, ia baik untuk kita.

"Jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka"

Memiliki sebuah negara sebelum berhijrah ke negeri akhirat bukan mudah. Apatah lagi dengan membawa sekalian ahli keluarga. Jangan tinggalkan mereka walaupun seorang meskipun akhirnya terpaksa diakui akan ada yang tercicir.

Bersambung.

Friday, June 11, 2010

asal usul hubungan Anwar dengan Yahudi


Demang copy & paste kandungan email yang diterima daripada AIDC. Artikal ini adalah sebahagian daripada siri 'menjejaki Anwar dalam hubungan dengan Yahudi'.

Selamat membaca.

Sekembalinya dari menemui Elliots Abrams dari White House, 24 Februari 2005, pada sebelah malamnya, Anwar dijamu pula makan malam oleh sahabat lamanya Sir William Sebastian Cohen.

Makan malam itu disusun secara formal oleh The Cohen Group (syarikat milik William Cohen)[klik di sini] di hotel kediaman Anwar iaitu Hotel Washington DC. Turut hadir dalam majlis itu, adalah Paul Wolfowitz (Timbalan Setiausaha Pertahanan AS/Zionis), Jeneral Pete Pace (Pegawai Angkatan Tertinggi Tentera US/Pentagon), Dr. Surin Pitsuwan (bekas Menteri Luar Thailand/Agen US di Asia Tenggara), Alvin Toffler(Penulis Yahudi pro Bush) dan lain-lain.

Siapa William Cohen ? Bagaimana Cohen boleh mengenali Anwar ?

Sir William Cohen merupakan seorang zionis yang pernah memegang jawatan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (1997-2001), semasa Presiden Bill Clinton. Beliau dari Parti Demokrat. Ketika itu Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.

Cohen mengenali Anwar melalui 'Projek Dailog Pasifik' yang dianjurkan oleh badan pemikir Anwar, IKD (Institut Kajian Dasar) dengan kerjasama penaja utama Anwar iaitu yayasan Kristian Jerman, KAF (Konrad Adenauer Foundation). 'Projek Dailog Pasifik' dianjurkan oleh Anwar sekitar tahun 1994-1998, sebaik sahaja Anwar berjaya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk mengangkat imej Anwar sebagai bakal PM Malaysia.

Kejayaan utama 'Projek Dailog Pasifik' adalah berhasil membawa tokoh-tokoh Zionis dari Amerika Syarikat seperti William S. Cohen, (Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan Henry Kissinger, (bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) ke Malaysia untuk menjalinkan persahabatan dengan Anwar yang ketika itu disebut-sebut sebagai bakal PM. Klik di sini

Ezam Mohd Nor ketika itu Timbalan Pengerusi IKD mengakui hubungan Anwar dengan Zionis, 'Sangat mendalam dan lama'. Beliau juga turut terlibat secara langsung dalam Projek Dailog Pasifik tersebut. Klik di sini

Sebelum Anwar dipecat daripada TPM dan Menteri Kewangan, rakyat Malaysia tidak tahu siapakah sebenarnya di belakang Projek Dailog Pasifik itu, kecuali yang disebut Anwar iaitu IKD dan KAF.

Namun pada 26 Oktober 1999, bekas kroni Anwar, Dato Abdul Murad Khalid (bekas penolong Gabenor Bank Negara) mendedahkan dalam pengakuan bersumpahnya, bahawa Anwar Ibrahim mengarahkannya membayar sebanyak RM 38 million kepada sebuah badan pelobi Zionis yang dinamakan APPC (Asia Pacific Policy Centre) untuk menganjurkan 'Projek Dailog Pasifik', pada tahun 1994-1998.

Dato Abdul Murad mendedahkan Anwar mengarahkannya membayar kepada Douglas H. Pall sebanyak $10 milion dan APPC sebanyak RM38 million. Klik di sini


Selepas pendedahan bekas penolong Gabenor Bank Negara barulah rakyat Malaysia tahu bahawa penganjuran Dailog Pasifik itu dilakukan oleh APPC milik Douglas Paal, sebuah badan pemikir zionis yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Tanpa pendedahan Datuk Abdul Murad, pada tahun 1999, berkemungkinan besar, peranan Douglas Paal dan APPC tidak akan terbongkar sampai sekarang. Bermakna rakyat Malaysia ditipu oleh Anwar sebelum ini dari tahun 1994-1998 yang mendakwa projek itu hanya dilakukan oleh IKD dengan kerjasama KAF.

Hubungan dua hala Anwar - Cohen

Projek Dialog Pasifik anjuran APPC itu berjaya menerbangkan Cohen, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat tiga kali ke Malaysia. Kali pertama pada 13-15 November 1994, kali kedua pada 21-22 November 1996 dan kali ketiga pada 13-15 Januari 1998. Turut bersama mengiringi Cohen adalah Henry Kissinger(bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat) dan Senator Sam Nunn (Pengerusi Senat Jawatan Perkhidmatan Senjata Amerika Syarikat). Klik di sini

Cohen pula mengadakan jemputan balas dengan menjemput Anwar bermesyuarat secara empat mata dengannya di Pentagon pada 16 April 1998. Kedatangan Anwar ke Pentagon disambut dengan acara perbarisan anggota tentera Amerika Syarikat di ketuai oleh Kolonel Gregory Gardner, Komender Ketiga Angkatan Bersenjata (Old Guard), Amerika Syarikat. Acara pembarisan sambutan tentera ke atas Anwar itu diadakan di River Parade Field, Pentagon.

Pentagon bertempat di Virginia itu bermakna 'bangunan lima persegi' kerana rekabentuk Pusat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat itu memang berbentuk segi lima yang sama sisi. Selain sebagai markas Jabatan Pertahanan, Pentagon juga merupakan pusat Jabatan Angkatan Darat, Angkatan Laut dan Angkatan Udara Amerika Syarikat.

Selain CIA dan FBI, Pentagon dikenali sebagai 'pusat penyelidikan/pegumpulan maklumat' Amerika Syarikat. Bahkan peranan Pentagon lebih besar kerana jabatan itu mengawal NSA (National Security Agency) yang turut bekerjasama dengan CIA dan FBI [klik di sini]. Tidak semua warganegara Amerika Syarikat bebas keluar masuk ke bangunan Pentagon, kerana kawalannya sangat ketat, apabila lagi warganegara asing.

Begitu juga tidak semua pemimpin-pemimpin negara asing dijemput bermesyuarat ke Pentagon, kecuali yang telah ditapis secara rapi sebelum ini. Anwar dicadangkan ke Pentagon dengan sokongan daripada Douglas Paal yang juga merupakan anggota NSA.

Untuk mengenali agen Amerika, soalan pertama yang perlu ditanya, "anda direkrut oleh CIA atau NSA atau kedua-duanya sekali " ?

Sebab itu laman aangirfan.blogspot.com, mengklasifikasikan Anwar sebagain 'agen CIA' kerana menggunakan khidmat APPC yang merupakan operasi sulit CIA yang dilakukan oleh Douglas Paal, penganalisis kanan CIA dan anggota NSA. Klik di sini



The Cohen Group iktiraf peranan Anwar

Menurut pengakuan Wolfowitz, semasa Anwar dipenjarakan di Sungai Buloh, bersama bersama Cohen dan Senator Sam Nunn mengambil inisiatif mengecam kerajaan Malaysia dan menggesa supaya Anwar dibebaskan. Klik di sini. Sebab itu, apabila Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, Wolfowitz meluangkan masa melawat Anwar di Munich dan Cohen mengadakan makan malam di Hotel Washington, DC pada 24 Februari 2005.

Walaupun Cohen dan Wolfowitz berbeza parti - Cohen, pro Demokrat, Wolfowitz, pro Republikan, tetapi mereka sealiran dari segi aliran zionis yang sama-sama berkongsi aset (Anwar) untuk kepentingan mereka.

Selepas dijamu dengan makan malam, pada keesokan harinya, 25 Februari, Cohen menjemput Anwar menyertai diskusi "Hubungan Amerika Syarikat dengan Dunia Islam", di di Jacksonville, Florida. Program ini merupakan program dwi-tahunan yang dianjurkan oleh The Cohen Group. Klik di sini

Sir William Cohen mempengerusikan diskusi itu dengan menjemput tokoh-tokoh Islam pro Amerika Syarikat dengan tokoh-tokoh zionis yang terlibat dalam pembuat dasar Amerika Syarikat. Antara tokoh Islam pro Amerika adalah Anwar Ibrahim, Dr. Surin Pitsuwan (bekas Menteri Luar Thailand/Asia Foundation), Dr. Shibley Telhami (Profesor yang mengkaji pemikiran Anwar Sadat di Universiti Maryland), Dr. Ahmed Kamal Aboulmagd (Profesor of Public Law di Cairo Umiversity) dan Hala Shakir Mustafa Saleem (Timbalan Menteri Dalam Negeri Iraq).

Manakala pembuat dasar Amerika pula terdiri daripada; Jeneral John Abizaid (Commander of The U.S Central Command of The Armed Forces); Senator George Allen (Virginia) ; David D. Arnold (President of The American University in Cairo); Howard Berman (Member of United States House of Representatives, California) ; Wolf Blitzer (CNN); William Burns (Penolong Setiausaha Negara AS); Susan Eiseenhower (President of The Eisenhower Group); Senator Lindsey O. Graham (South Carolina), Senator Lindsey O. Graham (South Carolina); David Ignatius (Washington Post); Jim Kolbe (Member of The United State House of Representatives, Arizona).


Sementara itu Cheguman masih menulis tentang bangsanya yang teraniaya di tangan penjajah dan usaha melepaskan mereka dari belengu kedaifan di tanah air sendiri. Teruskan membaca di sini.



sumber & foto:
anwaribrahimdotcom (AIDC)

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)