Akhirnya video hangat yang dikatakan melibatkan talibarut Amerika keluar di Youtube. Akupun tak ketinggalan menonton sedutannya tadi.
Namun benarkah pelakunya Anwar? Aku tengok memang mirip Anwar tapi ada kejanggalan padanya. Malah tambah menyakinkan aku bahawa ia bukan Anwar.
Rakaman tersebut nampak sangat sengaja dilakonkan. Kenapa wajah pelacur itu boleh nampak jelas manakala wajah kedua-dua jantan sikit-sikit sahaja?
KPN tidak berdusta apabila mengeluarkan kenyataan bahawa video tersebut tulen. Namun itu tidak membawa maksud watak Anwar juga tulen. Seseorang boleh ditampilkan seolah wajah dan susuk tubuh Anwar. Ramai lagi manusia yang seiras laki presiden PKR itu.
Aku percaya, di hujung episod ini Anwar akan tampil dengan bukti dan saksi yang sukar disangkal bahawa dia bukanlah jantan dalam video itu.
DengAn itu PKR akan mendakwa bukan sahaja video itu malah semua tuduhan sebelum ini adalah fitnah semata-mata. Jika video ini boleh direka, apa bezanya dengan kisah dulu?
Bukankah Anwar sudah memberitahu seluruh dunia sebelum ini bahawa semua tuduhan hanyalah rekaan sekumpulan ahli UMNO bagi menyingkirkannya yang sepatutnya menjadi PM.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
6 years ago




