
Pihak-pihak berkenaan terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk pasukan risik atau SB. mereka akan berada di lokasi-lokasi strategik seperti warung, masjid, rumah kenduri dan sebagainya. kadang-kadang kehadiran mereka disedari oleh penduduk tempatan tetapi selalunya tidak.
Laporan daripada pelbagai pihak ini akhirnya tiba di meja PM dan berdasarkan itulah PM membuat keputusan bagi menentukan calon BN di sesuatu kawasan.
Itulah sebabnya jangan dihairankan jika Ketua Bahagian tidak menjadi calon manakala AJK cawangan atau ahli biasa sahaja akhirnya dicalonkan!
Apa pendapat anda? Penyalahgunaan kuasa oleh PM?
Namun bagi Demang itulah gunanya agensi kerajaan iaitu menyalurkan maklumat kepada PM bagi membuat keputusan terbaik untuk rakyat.
Itulah sebabnya Demang buat kesimpulan bahawa calon-calon yang dikemukakan BN dalam pilihanraya adalah calon terbaik yang dikehendaki rakyat.
Demang yakin, calon-calon seperti itu pasti dipilih oleh rakyat melainkan jika ada pihak lain pula yang menghasut dan meracun pemikiran rakyat untuk memilih yang sebaliknya.
No comments:
Post a Comment