Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, August 12, 2011

murtad satu pencerobohan ke atas orang Melayu

Jika kita ambil bola dan baling ke dinding, apakah yang akan berlaku? Bolehkah kita ramalkan ke mana bola itu akan melantun?

Bagaimana jika bola yang digunakan itu bola rugbi? Masih bolehkah kita ramalkan arah lantunannya?

Sebenarnya bukan hanya bola yang boleh melantun dan bukan hanya dinding yang membenarkan objek yang dikenakan padanya sahaja berupaya membalik semula.

Banyak lagi benda di dunia ini mampu melantun semula jika tertampan sesuatu yang ia tidak boleh tembusi.

Hal tersebut termasuklah orang Melayu. Jangan fikir orang Melayu itu hanya tahu menyerap dan memerap. Kita bimbang pada suatu ketika orang Melayu terlatah dan sudah tidak mahu peduli apa akan terjadi.

Kita bimbang pada masa itu orang Melayu sudah tidak peduli negara mahu hancur atau mahu jadi apa. Ketika itu, tidak ada siapa yang untung.

Soal akidah sangat sensitif. Kalaupun makin ramai orang Melayu yang tidak peduli tentang akidah namun masih ramai yang sangat peduli dan sanggup berkorban demi mempertahankannya.

Ingat, kita tidak perlu terlalu ramai orang yang sebegitu untuk melakukan kekacauan di negara ini.

Justeru Demang beri amaran agar mubaligh Kristian jangan ambil ringan perkara ini. Lebih baik kita biarkan sebagaimana pegangan ummat Islam, 'bagimu agamamu dan bagiku agamaku'. Tindakan menyebarkan agama lain kepada ummat Islam di Tanah Melayu adalah pencerobohan yang tak akan dibiarkan orang Melayu.

Jika berlaku sengketa dan huru hara, tiada siapa yang untung.

Thursday, August 11, 2011

Tangan ghaib di belakang khalid

Sebelum aktif berblog, Demang agak aktif dalam Wikipedia. Demang katakan 'agak aktif' sebab ramai lagi yang lebih aktif berbanding Demang.

Demang cukup tabik dengan para 'wikier' (boleh ke istilah ni?) yang ada. Mereka memang rajin menulis, menterjemah, dan membuat rujukan.

Dalam ramai-ramai tu, Demang dapati ada seorang pelajar sekolah menengah yang turut aktif. Agaknya sekarang ni beliau dah di universiti atau kolej.

Biasalah, budak-budak baru naik ni selain bersemangat dan aktif mereka juga agak idealis. Salah satu perjuangannya ialah kebebasan media. Dia sangat marah pada media arus perdana yang dikatakannya dikongkong tangan ghaib.

Justeru dia cenderung dan condong ke arah pembangkang kerana berkongsi isu kebebasan media.

Demang teringat pada anak muda ini ketika membaca kenyataan MB Khalid di Selangor yang melarang exco Selangor memberi sebarang komen dalam isu besar usaha memurtadkan orang Islam.

Kalau beliau terbaca entri ini, harap dapat lah beri komen sikit.

Sebenarnya, dalam isu murtad bukan semua kes dilayan dengan cara yang sama. Jika berkenaan kes beberapa orang Islam cuba bertindak murtad, maka perkara tersebut lebih baik tidak dihebohkan. Usaha dakwah perlu diteruskan tanpa kecoh-kecoh.

Sebaliknya, jika terdapat usaha untuk menyebarkan ajaran agama lain kepada orang Islam maka ia perlu dibanteras segera dan tidak boleh didiamkan begitu sahaja.

Dalam hal ini rakyat tertanya-tanya kenapa Khalid cuba 'mendiamkan' isu.

Tangan ghaib?

PENGUMUMAN:
Assalamualaikum. Seluruh Umat Islam bangkitlah mengekalkan akidah saudara kita yang cuba dipesongkan oleh musuh2 lslam. Pagi ini jam 10.30 beramai2lah kita berkumpul dikawasan Masjid Shah Alam utk ke JAIS menyokong tindakannya. Dan esok bersama berhimpun selepas sembahayang Jumaat diMasjid S.Alam, bagi memberi sokongan pd badan agama Islam JAIS utk bertindak dgn bebas demi menjaga kedudukan AGAMA ISLAM, Berjihadlah demi Agama Islam tercinta. Allahuakbar.

Wednesday, August 10, 2011

pegawai kerajaan yang paling tadah pun dapat bonus



Alhamdulillah. Semua kakitangan awam dan pesara samada masih menyokong kerajaan atau sudah berpuluh tahun berpaling tadah menghentam kerajaan akan menerima bonus.

Bila Demang tulis begitu, kelam kabutlah puak pembangkang bagi hujah bahawa duit tu duit rakyat dan mereka pun layak jugak menerima bonus walaupun tak pernah nampak kebaikan kerajaan.

Mereka lupa bahawa manusia yang kebuluran di Somalia pun ada kerajaan jugak! Rakyat Iraq, Afghanistan, Indonesia, Myamar pun ada kerajaan jugak.

Ertinya Barisan Nasional adalah salah sebuah kerajaan yang berjaya memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyatnya.


* Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.


* Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan.

* Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Tuesday, August 9, 2011

Isu Jais serbu gereja di Selangor

Dari jumlah hadirin itu, terhadap tiga lelaki, sembilan perempuan dan lapan kanak-kanak yang beragama Islam.

Lihat seterusnya

Bonus pegawai kerajaan



Alhamdulillah. Semua kakitangan awam dan pesara samada masih menyokong kerajaan atau sudah berpaling tadah menghentam kerajaan akan menerima bonus sekali lagi.

Bila Demang tulis begitu, kelam kabutlah puak pembangkang bagi hujah bahawa duit tu duit rakyat.

Memanglah duit rakyat, tetapi adakah semua rakyat berpeluang menerimanya? Cuba tanya rakyat Somalia; adakah mereka dapat sebagaimana orang Malaysia dapat daripada kerajaan masing-masing?

Seronokkah mempunyai negara seperti Iraq, Palestin, Afghanistan dan sebagainya?

Ertinya, kerajaan BN telah berjaya memberi kebajikan dan melakukan yang terbaik pada rakyatnya.

Maknanya, slogan Negara Berkebajikan yang diteriak PAS untuk membeli jiwa orang cina dan India tidak perlu lagi.

Adalah sangat bodoh, bebal, dan bangang apabila menukar benda yang baik hanya sekadar percaya yang kita boleh dapat benda yang lebih baik lagi.

Ingatlah, cerita Aladin dengan lampu ajaibnya itu bukan sekadar untuk jadi bahan ketawa. Ada banyak falsafah tersirat di sebaliknya, kecuali bagi yang enggan menggunakan akalnya.

Mari kita baca pengumuman kerajaan semalam:

1) Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.

2) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan.

3) Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.


Monday, August 8, 2011

Mat Sabu yang terdesak kerana masih dibayangi isu ditangkap khalwat dengan isteri orang dan dalam masa yang sama perlu mengaut populariti setelah menang timbalan presiden rupa-rupanya mahu terus mengelabui mata rakyat menumpang isu tuntutan Bersih.

Agaknya setelah sebulan berlalu, Mat Sabu rasa yakin rakyat sudah lupa dengan keputusan kepimpinan PAS untuk menyokong 4 tuntutan Ambiga.

Perhatikan baik-baik ayat di atas. 4 TUNTUTAN.

4 tuntutan? Bukankah 8 tuntutan?

Ya. Ambiga memang kemukakan 8 tuntutan tetapi hanya 4 perkara yang pucuk pimpinan PAS setuju. Hal ini kerana 4 perkara lagi amat merugikan orang Islam.

Ternyata nafsu Mat Sabu sudah tidak boleh dikawal. Mat Sabu sanggup meletakkan risiko yang amat tinggi demi survival politik.

Hari ini Mat Sabu menyebut 8 tuntutan. Mat Sabu ingat rakyat tak tahu atau lupa?

Maaf, banyak perkara lain Demang boleh lupa tetapi bukan yang ini! Sebab Demang tahu ada dua perkara lagi yang Ambiga sorokkan dalam tuntutan Bersih dan itulah agenda tersembunyi Ambiga dan pihak yang mengupahnya.

Sunday, August 7, 2011

edisi tak sempat

sibuk bebenor?

Demang tak sempat berblog minggu ni. Semepena isu sosialis sekarang, jom layan layan coretan lama Cheguman dalam isu berkaitan sosialis dan ketamadunan Melayu

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)