Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, August 30, 2011

lembu, PAS dan Mat Sabu

Demang ucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh ummt Islam, terutamanya para penyokong PAS dan PKR.
Demang minta maaf pada kepada para penyokong tegar kedua-dua parti tersebut untuk kali terakhir sebab raya tahun depang kemungkinan kedua-dua parti tersebut sudah tinggal nama dalam lipatan sejarah.

Banyak sebab untuk Demang berkata begitu. Isu terbaru, apabila Mat Sabu menghina anggota keselamatan yang terbunuh di Bukit Kepong, majoriti pengundi atas pagar dan pengundi yang baru nak berjinak-jinak dengan PAS  segera angkat kaki.

Rata-rata yang Demang temui sambil berhari raya menyuarakan rasa kesal dan marah. Ada yang kurang percaya tetapi akhirnya terpaksa mengakui kebenaran apabila menonton sendiri rakaman video ceramah Mat Sabu tersebut.

Hujah Demang senang sahaja: 

Jika komunis menang pada masa itu dan berjaya menghalau British, bagaimanakah bentuk kerajaan Malaysia hari ini? Mat Sabu ada otak tak? Atau, otak setaraf dengan lembu?

Saturday, August 27, 2011

Hantar Ambiga Ke Soma;ia

Para pemimpin asyik bergaduh. Bukannya nak bekerjasama!

Para ulama asyik nak bertelagah. Hal kecik pun tak boleh nak kompromi. Soal salam ke kiri pada tahyat akhir pun jadi masalah besar. Pasal nak sapu muka atau kepala selepas salam pun jadi bahan debat. Soal qunut pun kelam kabut!

Rakyat? Ummat?

Pemimpin kerajaan atau pemimpin pembangkang sama-sama hidup mewah. Kalau Najib kaya raya, Anwar tak mewah? Azmin tak kaya? Nik Aziz susah?? Haji Hadi merempat?

Kalau jadi macam ni, sapa nak jawab?




Mat Sabu yang gila



KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.

Sumber:
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Friday, August 26, 2011

Mimpi Rakyat Malaysia


Mimpi DAP: mengambil alih pemerintahan. Ia adalah impian tradisi segelintir pemimpin cina sejak zaman Chin Peng.

Modus operandi:
Bermula secara agresif melalui gerakan komunis tetapi gagal. Kemunculan fahaman sosialis cuba dimanipulasi dengan bijak oleh Lee Kuan Yew sehingga Singapura diterima menyertai Malaysia. Namun muslihat ini dapat dikesan oleh Tunku Abdul Rahman. Akibatnya Singapura dikeluarkan semula daripada Persekutuan Malaysia.

Apabila strategi awal dilihat tidak berkesan, pemimpin chauvinis cina merancang strategi baru. Keberkesanan taktik pemerintahan Inggeris menggunakan dasar pecah dan perintah memberi ilham pada mereka. Kebetulan, beberapa isu besar yang.muncul kemudiannya membuka peluang untuk mereka merealisasikan impian.

Contohnya isu Anwar Ibrahim!

Orang Melayu mewakili kira-kira 50% daripada penduduk Malaysia. Itulah sebabnya Tunku menjemput Sabah, Sarawak, dan Brunei untuk turut bersekutu bagi menguatkan dominasi muslim. Hikmah dari tindakan Tunku itu, sejak dulu hingga hari ini kelompok Melayu-Bumiputra mewakili hampir 70% penduduk Malaysia.

Keadaan ini menjadi tembok penghalang paling kental terhadap rancangan besar Lee Kuan Yew untuk menguasai politik 4S: Singapura, Semenanjung, Sabah, dan Sarawak.

Untuk itu, strategi paling praktikal yang perlu dilakukan adalah dengan memecahkan semula orang Melayu dengan bumiputra Sabah dan Sarawak serta membahagi dua orang Melayu.

Secara matematiknya, apabila undi melayu pecah dua automatik DAP menang.

Mimpi UMNO: mempertahankan kerajaan sedia ada bagi meneruskan pegangan politik orang Melayu yang ditafsir sebagai Islam melalui perlembagaan.

Modus operandi: satukan orang melayu dan berusaha mengembalikan sokongan bukan melayu.

Mimpi PAS: menggantikan UMNO dengan mengajak orang Melayu menukar sokongan.

Modus operandi: sebelum ini menggunakan Jenama Negara Islam sebagai mengambil kesempatan terhadap orang Melayu yang begitu sensitif dengan istilah agama.

Itu dulu. Sekarang PAS menggunakan nama 'Negara Berkebajikan' bagi menarik sokongan orang bukan Islam.


Kenapa mereka bekerjasama?

UMNO bekerjasama dengan MCA sejak sebelum merdeka kerana tiada pilihan lain. British meletakkan syarat iaitu orang Cina mesti dibenarkan menetap di Tanah Melayu sebagai warganegara jika orang Melayu mahu mencapai kemerdekaan.

Pemimpin awal MCA bekerjasama dengan UMNO kerana mereka menghormati hak orang Melayu untuk menjadi pemimpin utama sampai bila-bila kerana faktor sejarah dan kesediaan dan kesudian orang Melayu berkongsi negara.

Sebagaimana MCA, begitu juga hubungan UMNO dengan MIC. Meskipun kaum India cuma kaum minoriti namun UMNO sedar bahawa orang India perlu ada wakil dalam kerajaan yang memerintah.

PAS asalnya sebahagian daripada UMNO iaitu daripada sayap agama UMNO. PAS menolak kerjasama dengan kaum lain yang bukan beragama Islm. PAS tahu bahawa jika orang Islam tidak bekerjasama dengan MCA dan MIC sekalipun, orang Islam tetap menguasai kerajaan Malaysia.

Itulah sebabnya masih ramai penceramah PAS yang mengungkit perkara ini hingga sekarang. Mereka menuduh pemimpin UMNO bodoh kerana tetap bekerjasama dengan orajg kafir padahal orang Islam mampu memerintah sendiri. Hal ini kerana bilangan kawasan parlimen yang majoriti pengundinya beragama Islam sudah cukup bagi membentuk kerajaan 2/3.

DAP adalah parti yang sempat dilahirkan oleh Lee Kuan Yew dan PAP apabila Singapura dikeluarkan daripada Malaysia. Tujuan khususnya ialah bagi melanjutkan impian golongan radikal cina untuk menguasai Tanah Melayu. Usaha ini asalnya dimulakan melalui gerakan komunis namun tidak berjaya.

Hasrat golongan kiri dalam masyarakat cina tersebut tidak pernah pudar. Biarpun mereka bukan mewakili masyarakat cina secara keseluruhan namun beberapa isu yang mereka gunakan sedikit demi sedikit menarik minat kaum mereka.

Kumpulan tersebut sering memberi contoh kejayaan parti cina memajukan Singapura bagi menarik sokongan golongan muda. Apatah lagi umum mengetahui bahawa Lim Kit Siang adalah murid dan orang kanan Lee Kuan Yew sejak dulu. Justeru jika LKY boleh berjaya, kenapa LKS dan LGE tidak boleh?

Kini, Lim Guan Eng menjadi harapan mereka. Ini dibuktikan dengan kunjungan demi kunjungan antara keduanya tanpa sempat berselindung lagi.

Hari ini, persaingan dan perebutan kuasa sedang sengit berlangsung tanpa dencingan pedang ataupun dentuman meriam.

DAP bermain dengan cukup licik. Isu demi isu dimanipulasi agar orang Melayu menjadi semakin renggang. Mereka memang batu api yang hebat!

Sayangnya PAS seolah terbius dan terpukau kecuali beberapa pemimpin yang sesekali cuba menongkah arus. Sebahagian pemimpin PAS merasa seolah mereka amat kuat sekarang. Padahal PAS cuma memiliki 23 kerusi parlimen. Kedudukan tersebut menjadikan PAS parti tercorot dalam pakatan pembangkang.

Hal tersebut bermakna jika pun DAP memilih Nik Azis atau Hadi sebagai PM nanti, maka tarafnya hanyalah sebagai PM boneka sahaja.

Mungkinkah orang Melayu akan beralih kepada PAS? Kalaupun ia bukanlah mustahil namun terlalu sukar. Kalaupun boleh, ia memerlukan masa yang panjang. Malangnya dalam proses peralihan itu, terdapat ruang yang amat besar untuk DAP bertindak!

Cuba renungkan. Dalam PRU ke12 yang lalu pembangkang dilihat begitu hebat dan kuat. UMNO dikatakan dalam keadaan yang sangat lemah. Semua orang marahkan UMNO. Semua kelemahan dikaitkan dengan UMNO. Hatta jika anak ayam dilanggar lori atau pokok kelapa tumbang pun dikatakan salah UMNO juga.

Ironinya, Tika itu PAS cuma mampu mendapat 23 daripada 222 kawasan parlimen yang ada.

Itu, ketika UMNO lemah. Bagaimana dengan PRU13 nanti? Setakat ini, walaupun BN masih nelum pulih sepenuhnya namun UMNO terbukti semakin kuat. Najib begitu gagah menangani satu demi satu permasalahan dan setiap hari semakin ramai yang mengagumi beliau. Ini kenyataan.

Jika demikian, peluang PAS untuk menambah bilangan kerusi pasti semakin sukar. Jika PRU12 yang memperlihatkan kelemahan ketara UMNO pun PAS cuma mampu raih 23 kerusi, bagaimana ketika UMNO dilihat semakin kuat sekarang?

Hati-hati dengan DAP.

Thursday, August 25, 2011

DAP parti berbilang kaum?

Ketika Demang menulis artikal Mimpi Rakyat Malaysia yang cuba membongkar cita-cita kumpulan-kumpulan politik di negara ini, Demang terjumpa artikal berikut. Maka Demang salin semula di sini bagi memudahkan rujukan apabila membaca artikal Demang itu nanti.

DAP parti pelbagai kaum?
(Utusan Malaysia)

BENARKAH hipotesis bahawa Pilihan Raya Umum Ke-12 telah mengubah landskap politik Malaysia secara monumental dengan menjadikan parti-parti politik yang berasaskan kaum seperti UMNO, MCA dan MIC tidak lagi relevan?

Untuk mengesahkan kebenaran atau kepalsuan hipotesis itu, maka rakyat Malaysia perlu mengkaji sama ada parti-parti yang hari ini mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum adalah tulen dakwaannya dan bukan semata-mata bersifat pelbagai kaum secara kosmetik.

Oleh itu mari kita meletakkan sebuah parti politik tempatan yang amat gah mendakwa bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada masyarakat antarabangsa bahawa ia adalah parti politik untuk semua kaum di Malaysia di bawah mikroskop sebagai bahan kajian. Parti yang dimaksudkan adalah Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Slogan Malaysia untuk orang Malaysia atau Malaysian Malaysia adalah asas perjuangan DAP. Di bawah konsep ini DAP menentang hak istimewa yang berasaskan kaum dan memperjuangkan sistem meritokrasi di mana pembahagian sumber hendaklah kepada individu yang terbaik, paling berkebolehan, rajin dan yang tercekap.

Sekali pandang amat muluk matlamat perjuangan DAP, namun kita harus mengkaji sama ada kemulukan slogan memperjuangkan kepentingan semua kaum diikuti dengan pelaksanaanya.

Pertama mari kita lihat sama ada dilihat dari segi keahliannya DAP memenuhi kriteria pelbagai kaum atau hanya beretorik.

Statistik menunjukkan bahawa pecahan penduduk Malaysia mengikut kaum adalah 65.1 peratus daripada etnik Melayu dan bumiputera, 26 peratus etnik Cina dan 7.7 peratus etnik India. Maka untuk sesebuah parti mengaku bersifat pelbagai kaum parti berkenaan haruslah tidak mempunyai keanggotaan satu kaum melebihi 50 peratus dari keseluruhan keahlian parti tersebut.

Oleh kerana tidak ada sebarang statistik pecahan keahlian DAP mengikut kaum, maka kita boleh membuat ujian terhadap sifat kepelbagaian DAP dengan meninjau barisan kepemimpinannya.

Kajian yang dibuat berdasarkan maklumat yang terkandung di laman web DAP menyaksikan dari 30 orang ahli jawatankuasa pusatnya, 22 (73 peratus) adalah terdiri daripada kaum Cina, 6 (20 peratus) adalah kaum India dan hanya 2 (7 peratus) adalah orang Melayu. Jelas barisan kepemimpinan DAP tidak membuktikan ia sebuah parti yang bersifat pelbagai kaum.

Untuk berlaku adil kepada DAP oleh kerana dari segi statistik kepemimpinannya DAP tidak membayangkan ia sebuah parti politik untuk semua kaum di Malaysia, maka marilah kita melihat pula kepada corak perjuangan parti berkenaan manalah tahu jikalau perjuangannya membuktikan ia sebuah parti untuk semua kaum sepertimana slogannya Malaysia untuk orang Malaysia. Sudah tentu semua rakyat Malaysia bermaksud untuk orang Melayu, kaum bumiputera, Cina, India dan kaum-kaum lain di Malaysia.

PersepsiTetapi apabila melihat isu-isu yang diperjuangkan parti DAP akan semakin terbukti bahawa bagi DAP slogan Malaysia untuk orang Malaysia tidak termasuk untuk orang Melayu. Persepsi ini timbul kerana apa yang dilihat sebagai penentangan DAP terhadap segala simbol kemelayuan yang terdapat kehidupan bernegara kita.

Contohnya keputusan memakai atau tidak memakai songkok telah dijadikan polemik oleh DAP. Perkara ini berlaku walaupun memakai songkok telah menjadi sebahagian pakaian formal bagi majlis yang melibatkan raja-raja Melayu sebagai tanda kesopanan.

Persepsinya DAP melihat songkok sebagai tanda dominasi orang Melayu. Walaupun setelah menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran di Selangor dan Perak (negeri beraja) di mana anggota DAP yang menjadi anggota pentadbiran terpaksa memakai songkok namun masih terdapat penentangan seperti yang berlaku di Johor.

Soalan cepu emas yang perlu ditanya oleh orang Melayu dan perlu dijawab secara jujur oleh DAP ialah adakah pernah pada sebarang masa badan pembuat dasar tertinggi DAP iaitu Jawatankuasa Pusatnya mengeluarkan arahan melarang pemakaian songkok, adakah larangan ini masih berkuat kuasa dan kenapa ia berlaku.

Begitu juga tindakan DAP yang lantang menentang sebarang usaha untuk mengkelaskan Malaysia sebagai negara Islam walaupun Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia.

Kenapa terdapat kedegilan di pihak DAP untuk terus mempertahankan status Malaysia sebagai negara sekular? Selain usaha untuk menyempitkan signifikan peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan DAP juga menentang peruntukan Perkara 121 (1A) yang tidak membenarkan campur tangan mahkamah sivil di dalam apa yang menjadi bidang kuasa mahkamah syariah. Kedua-dua peruntukan perlembagaan ini menjadi teras kepada status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Walaupun bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan sekolah kebangsaan adalah sekolah untuk semua kaum DAP dikenali sebagai parti yang paling lantang memperjuangkan bahasa dan sekolah Cina.

Begitu kerasnya pendirian DAP di dalam persoalan bahasa dan pendidikan ini sehingga mereka menentang pengajaran matapelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan penubuhan sekolah wawasan yang pernah dicadangkan kerajaan satu ketika dahulu.

Bukan sahaja kepentingan agama, bahasa dan pendidikan orang Melayu tidak diperjuangkan oleh DAP malah ia ditentang hebat oleh parti berkenaan. Begitu juga hak-hak istimewa orang Melayu juga ditentang oleh DAP kerana hak istimewa orang Melayu ini disifatkan sebagai antimeritokrasi.

Penentangan ini berlaku walaupun hak-hak istimewa ini telah terbukti berjaya membantu orang Melayu dan bumiputera untuk memperoleh sedikit keadilan sosial. Begitu antiDAP kepada hak-hak istimewa orang Melayu sehinggakan walaupun hanya 30 peratus pemilikan ekuiti negara disasarkan untuk orang Melayu, telah diasak dengan begitu hebat oleh DAP.

Hakikatnya hari ini majoriti 65.1 peratus (orang Melayu) penduduk Malaysia hanya menguasai 19.4 peratus kekayaan negara berbanding minoriti 26 peratus rakyat Malaysia (kaum Cina) yang menguasai 42.4 peratus.

Nampaknya kejayaan yang sedikit ini pun hendak dicemburui dan mahu dihapuskan. Bagi DAP sebarang kejayaan orang Melayu akan dikaitkan dengan faktor rasuah atau pilih kasih bukannya usaha kaum tersebut.

Terbukti dari semua segi sama ada statistik kepemimpinan mahukan corak perjuangannya DAP bukanlah parti untuk semua kaum apatah lagi untuk orang Melayu. DAP adalah sebenarnya sebuah parti untuk orang Cina. Tanggapan terhadap DAP juga sebagai parti yang secara agresif memperjuangkan kepentingan untuk semua ras sebenarnya hanyalah ilusi.

Menggunakan kriteria ujian yang sama terhadap parti-parti politik lain di Malaysia yang juga mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum sepertimana ujian kriteria yang digunakan terhadap DAP maka kita boleh menyimpulkan bahawa dakwaan landskap politik berhubung peranan ras yang dikatakan berubah pasca-Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah sebenarnya lebih bersifat indah khabar dari rupa.

Amat perlu bagi parti-parti politik Malaysia duduk semeja dan merangka satu tata etika agar mereka tidak terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung untuk menipu rakyat dalam konteks sifat kepelbagaian kaum.

Salah satu tataetika utama yang harus di persetujui semua adalah mana-mana parti politik yang ingin mendakwa bahawa mereka bersifat pelbagai kaum tidak boleh mempunyai dominasi keahlian sesuatu kaum melebihi 50 peratus sama ada dari segi ahli mahupun barisan kepemimpinannya, parti yang mendakwa bersifat pelbagai kaum juga perlu melambangkan komitmen berkenaan di dalam platform dasar mereka.

Jika tidak dapat memenuhi syarat-syarat ini maka sebarang parti politik hendaklah dilarang daripada menggunakan label pelbagai kaum.

SHAMSHAWAL AZRAAI

Kuala Berang, Terengganu

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm)

Wednesday, August 24, 2011

SEGERA wanita koma kemalangan


Tahukah anda pemilik kenderaan

Myvi: AGM 4282?

Gadis yang memandu kereta ini terlibat dalam kemalangan dan pihak polis tidak dapat menghubungi keluarganya. Dia dipercayai bekerja di Solution Balda Malaysia.

Kini berada di Hospital Besar Ipoh dalam keadaan koma.

Sila hubungi 0125454564.

Sebarkan.

Foto di atas sekadar hiasan.

Sumber:
http://taipingmali.blogspot.com/2011/08/mayday-mayday-mayday-sos-bantu-cepat.html

Tuesday, August 23, 2011

Najib maju, Anwar undur

Sambil mengulas isu permohonan maaf akhbar Kompas kerana memfitnah beliau, Najib berkata:

"Tetapi sayapun bersikap realistik juga. Sebab pilihan raya kecil tidak boleh dijadikan ukuran yang mutlak (walaupun sejak 2 tahun terakhir BN menang di hampir semua PRK). Ukuran mutlak tentunya adalah pilihan raya umum, yang mungkin suasananya akan berbeza."

"Jadi perlulah kita berusaha dengan segala daya upaya untuk membentangkan agenda dan program yang dapat memberi kepuasan dan keyakinan kepada rakyat. Bukan sahaja dengan (membentangkan) program-program kerajaan, program ekonomi, tetapi juga program-program yang menyentuh rakyat."

Lihat bagaimana Najib positif dan proaktif dalam mendapatkan kembali kepercayaan rakyat.

Namun pemimpin yang lagi satu bersikap pengecut dengan memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah di kandang bersalah (tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tiada soal balas DPP).

Kata orang, 'berani kerana benar, takut kerana...'

Rakyat semakin meluat dengan Anwar Ibrahim.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)