Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, August 27, 2011

Mat Sabu yang gila



KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.

Sumber:
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

4 comments:

Panglima Perang Cyber said...

Mereka dah nak main api. Kt jgn bg muka pada mereka lg.

Anonymous said...

kalau nak ubah sejarah suh sekali ubah sejarah zaman paleolitik,noelitik,mesolitik dan politik haram jadah pas.ubah sejarah turki bagi tau sapa dia kepada dunia.ubah juga sejarah night templer.kupas dan bt sejarah baru ttg freemason dan iluminati.sejarah malaysia ko sibuk sangat.sejarah islam ko bacul.

lu rembat sejarah melayu malaysia,
wa rembat lu.

pejuang hamas...

Inai Merah said...

Bukan apa dia nak ubah Sejarah dia kena cekup dengan bini orang.

Semua sejarah busuk tentang diri dia pun dia akan ubah.

Syurga & neraka pun dia nak ubah.

Dia memang cekap bab ubah mengubah ni.

Berapa banyak DUN dah dia berubah.
Itu lah Mat Sabu dua beradik dengan Al Jubori Sesumpah.

Nordin said...

Saya ialah kawan baik Mat Sabu di ITM, Mat Sabu tu gagal dlm pelajaran. Memang orang bodoh pun dia tu. Pengkianat negara dan bangsa melayu pula tu. Nasib baik Malaysia dah ada undang2, kalau tidak kita hukum pancung atau tanam hidup2 macam komunis buat kat orang Melayu semasa depa perintah Malaysia selama 14 hari dalam tahun 1948 dulu.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)