Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, August 13, 2011

62 NGO Bumiputera desak Idris Jala letak jawatan




KUALA LUMPUR: Lebih 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut dianggotai ahli perniagaan Melayu dan bernaung di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) meminta kerajaan mengkaji kedudukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) yang didakwa menganaktirikan peniaga Bumiputra.

MTEM juga mendesak kerajaan mengkaji semula kedudukan menteri bertanggungjawab, Datuk Seri Idris Jala yang didakwa gagal memberi peluang kepada peniaga Bumiputera.

Ahli jawatankuasa MTEM, Datuk Seri Mohd Nasir Abu Hassan, mendakwa ketika kerajaan melaksanakan pelbagai program transformasi ekonomi melalui GTP dan ETP, format pelaksanaan PEMANDU menyebabkan peniaga Bumiputera menanggung kerugian dan dilanda tragedi paling serius.

“PEMANDU meminggirkan peranan agensi kerajaan sedia ada dalam program agenda Melayu. Ketelusan dan akauntabiliti dalam PEMANDU sangat rendah dalam membantu agenda Melayu. Justeru, MTEM telah hilang keyakinan kepada kepimpinan PEMANDU dan menuntut Idris Jala meletak jawatan,” katanya yang mendakwa ia dipersetujui sebulat suara semua ahli MTEM.

MTEM adalah badan yang masih dalam proses penubuhan dan disertai 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ekonomi Melayu terdiri daripada pengusaha, pedagang, profesional dan cendekiawan Melayu.

Mohd Nasir berkata, semua NGO Melayu itu sebulat suara bersetuju bersatu di bawah MTEM bagi menangani cabaran membentuk program transformasi ekonomi Melayu yang lestari.
Katanya, MTEM menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, tetapi Perdana Menteri perlu mengkaji semula semua keputusan dan cara pengurusan PEMANDU yang didakwa memberi lebih banyak memberi manfaat kepada peniaga Cina yang mengamal sistem kartel dalam pelbagai industri perniagaan di negara ini.

Mohd Nasir berkata, antara tuntutan MTEM kepada Pemandu adalah:

Menetapkan sasaran ETP (Program Transformasi Ekonomi) yang jelas untuk masyarakat Melayu sesuai dengan populasi masyarakat Melayu di Malaysia, sekurang-kurangnya 30 peratus daripada KDNK RM1.7 trilion setahun dan 60 peratus daripada 3.3 juta peluang pekerjaan.

Menyediakan rangka kerja institusi dalam mengintegrasikan isu ekonomi orang Melayu ke dalam ETP dan GTP (Pelan Transformasi Kerajaan).

Memastikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) mempunyai rangka kerja pembangunan ekonomi Melayu yang menyeluruh dan lestari.

MTAB perlu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan untuk mencipta, membangun dan memantau Program Transformasi Ekonomi Melayu yang lestari.

TERAJU Unit Peneraju Agenda Bumiputera) diperkukuhkan supaya lebih efektif dan berkesan.

Memberi tempat kepada wakil MTEM untuk turut menganggotai Pemandu dan Teraju.

Mohd Nasir berkata, bagi memastikan semua tuntutan dipenuhi, MTEM akan melancarkan PEMANDU Watch atau Pemerhati PEMANDU untuk memantau program kerajaan dan memastikan semua program transformasi ekonomi Melayu disepadukan.

Di samping itu, MTEM mendesak kerajaan mengkaji semula format TERAJU kerana format sedia ada didakwa tidak efektif, mengelirukan dan tidak berkuasa.

“Kami juga meminta meminta menteri-menteri Melayu dalam MTAB supaya mengambil l sikap dan inisiatif yang lebih proaktif, tegas dan cepat dalam menjuarai agenda ekonomi Melayu melalui TERAJU. TERAJU juga wajib diberi dana yang cukup untuk menjana aktiviti strategik serta inisiatif untuk membangunkan Program Transformasi Ekonomi Melayu yang lestari,” katanya.

Oleh Jamhariah Jaafar Berita Harian
jamhariah@bharian.com.my
2011/08/12

Demang nak komen sikit sahaja:
"Idris Jala, walaupun anda sudah bertaraf dunia tetapi sebagai bumiputra anda perlu ingat bahawa Melayu dan Bumiputra berkongsi satu agenda. Orang Melayu dan bumiputra tidak terikat untuk mempertahankan anda seorang sahaja. Masih ramai tokoh Melayu dan Bumiputra lain yang boleh diangkat menggantikan anda. Kejayaan anda sekarang pun bukan kerana diri anda seorang BAHKAN terlalu banyak sokongan dan bantuan daripada kerajaan bagi memastikan kejayaan anda."


No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)