Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, April 28, 2012

Video demo BERSIH 3.0


Emosi meluap tidak terkawal. Demikian fitrah jiwa anak muda.

Setakat manakah kefahaman remaja yang berteriak-teriak dalam video itu terhadap realiti politik?

Ya, sememangnya mereka faham. Mereka amat faham dan sedar tentang realiti politik di Malaysia... setakat usia dan pengalaman mereka.

Kefahaman yang mereka sangkakan sebgi benar. Bagaimana jika sangkaan tersebut tidak benar?

Adakah usia dan pengalaman mereka sudah cukup untuk membuat keputusan untuk keseluruhan rakyat Malaysia?

Ataukah mereka sekadar terperangkap dengan luapan emosi dan tiupan semangat pihak lain yang berkepentingan peribadi?

Adakah Anwar dan Ambiga tidak mempunyai agenda lain selain BERSIH? Sudahkah para pelajar itu menyelidik dan mengenali benar-benar latar belakang Ambiga dan Anwar?

Justeru pendidikan amat penting dan ia bermula di rumah. Anak yang terbiasa dengan tingkah laku yang kurang beradab di rumah akan terbawa-bawa ke luar.

Adalah malang apabila anak-anak lain yang diasuh dengan baik akhirnya terikut-ikut dengan rakan-rakan dan kelompok mereka yang tidak beradab ini.

Demang percaya dan yakin, gerombolan yang berhimpun dan menimbulkan keresahan ibu bapa itu hanyalah kelompok kecil dan tidak mewakili sikap sebenar remaja lain yang terdidik dengan tata susila sesuai dengan ajaran Islam.



Memo penting sebelum pergi BERSIH

SMS yang Demang terima tadi. Mulanya Demang sangka SMS berantai yang karut marut namun setelah dibaca rupa-rupanya suatu amaranbl yang amat penting agar kita tidak terus terjebak dan terpedaya dalam jerat yang tidak kita sangka.

Tolong sebarkan kpd umat islam. Saya tidak mewakili parti mana2, bercakap sbg seorang islam.
Rasanya adakah Allah REDHA kerana kita merestui perempuan kafir bernama Ambiga sbg ketua kita? Memang isu bersih tidak sama,tapi Ambiga ini adalah penentang tegar islam, dimana dia adalah peguam kes lina joy murtad, pengerusi 14 tuntutan fic antaranya,bukan islam tak perlu tukar agama bila nak kahwin dgn org islam. Bukankah kita boleh dianggap bersyubahah. Kita tidak harus memberi kredit kpd ambiga. Tarik diri dgn segera. Sbg org islam kita ada cara kita menyatakan ketidakpuasanhati terhadap sesuatu isu, kita harus utamakan keselamatan maslahat umum dan menjunjung tinggi akhlak rasulallah s.a.w. Ambiga tau apa tentang rasulallah s.a.w,dia tunggu masa yg sesuai nak sesatkan akidah anak cucu kita. Sempat lagi untuk kita tarik diri. Carilah redha Allah dalam perjuangan.

Friday, April 27, 2012

Nizar pembohong bakal didakwa ATM

Dakwa PM minta tentera buat sesuatu jika BN kalah PRU-13

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menafikan dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi tentera dan meminta mereka berbuat sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

“Saya selaku Panglima Angkatan Tentera mewakili semua panglima Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta semua warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menafikan sekeras-kerasnya kenyataan itu. Segala dakwaan dan kenyataan Mohammad Nizar adalah tidak benar dan satu pembohongan.

“Sehubungan itu, saya sudah mengarahkan satu laporan polis dibuat berhubung perkara ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan tuduhan itu,” katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, di sini semalam.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin; Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali.

Sementara itu, Mohammad Nizar ketika dihubungi semalam mengakui beliau tidak mempunyai bukti ada pertemuan antara Datuk Seri Najib Razak dengan pegawai tertinggi ATM untuk membincangkan isu politik, sebaliknya hanya mendengar khabar angin. 

“Itu perkhabaran yang kita terima. Wallahualam, kita pun tidak tahu... jadi saya minta pihak berkaitan melakukan siasatan terhadap khabar ini. Sama ada mereka (Perdana Menteri dan Panglima dalam ATM) nak nafikan atau terima (khabar)... itu terserah,” katanya. 

Mohammad Nizar dalam ceramahnya di Taman Desa Pakatan, Pengkalan, dekat Ipoh pada malam Isnin lalu mendakwa Najib mengadakan pertemuan dengan semua panglima ATM dan meminta mereka melakukan sesuatu jika BN kalah pada PRU-13 nanti.

Ceramah Mohamad Nizar yang turut dimuat naik dalam laman Youtube mendakwa semua panglima yang ditemui, enggan menuruti permintaan itu dengan mengatakan mereka akan mematuhi keputusan rakyat.

Zulkifeli juga berkata, seluruh warga ATM amat kecewa dengan tuduhan tidak berasas yang bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej Perdana Menteri serta ATM.

“Kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara. Kebelakangan ini, wujud banyak pihak tidak bertanggungjawab dan berkepentingan yang sentiasa berusaha meracuni pemikiran rakyat bertujuan menghakis keyakinan terhadap ATM dan kerajaan dalam usaha melindungi kepentingan politik mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan tohmahan pihak berkaitan kerana ATM sentiasa mendukung Perlembagaan dan bersikap profesional.

Demang nak menyampuk sikit sahaja:

Adakah menjadi tugas PAS untuk menyebarkan khabar angin yang boleh menimbulkan keresahan awam?

Di mana tanggungjawab PAS?

Apakah pandangan Islam dalam isu ini?

Thursday, April 26, 2012

Kenyataan yang menghina Anwar





Semalam kakitangan awam menerima gaji serta tunggakan pelarasan gaji baru.

Hari ini mereka berbelanja apa yang patut. Anwar Ibrahim bukan sahaja semakin dilupakan malah dianggap menyusahkan rakyat.

"Malaysia lebih ceria tanpa Anwar"

video demo PTPTN sambil buat maksiat di Dataran Merdeka



Demang rasa tak perlu lah Demang komen apa-apa sebab video di atas sudah menceritakan segala-galanya.

Inilah akibatnya jika kita terlalu bagi muka.

Apa komen orang PAS? Jangan dek kerana nak tambah kerusi pilihanraya, apa pun tak kesah!


Angkara 8 orang, 112635 peneroka nyaris rugi


FGVH disenarai tanpa koperasi
2012/04/26 Berita Harian

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) akan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia sama ada pada akhir Mei atau awal Jun tanpa Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Bhd (KPF) sebagai pemegang saham terbesarnya.

Keputusan itu dibuat kerana kesuntukan masa, khususnya bagi memenuhi tarikh akhir penyenaraian serta jangkaan harga komoditi, terutama minyak sawit mentah yang diramal berada pada puncaknya dalam tempoh berkenaan.

Bagi tujuan itu, FELDA yang mengendali ladang sawit ketiga terbesar dunia akan membentuk sebuah badan khas yang bakal mengambilalih peranan KPF untuk menjaga kepentingan peneroka dalam FGVH.

Pengerusinya, Tan Sri Isa Abdul Samad, berkata nama rasmi badan khas itu akan diumumkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) menerusi terbitan prospektus FGVH dalam tempoh terdekat.

Berikutan itu, semua 112,635 peneroka tanah rancangan FELDA tidak perlu bimbang kerana badan khas berkenaan akan diberi mandat sepenuhnya untuk menguruskan kepentingan mereka. Ia akan berfungsi mengagihkan dividen yang diperoleh daripada keuntungan aktiviti perniagaan FGVH kepada peneroka setiap tahun.

“Proses menjadikan FGVH sebagai syarikat senaraian awam kini berjalan lancar dengan semua keperluan bagi penyenaraian sudah dihantar kepada SC untuk kelulusan.

“Berikutan kekangan masa yang terbuang begitu saja berikutan injunksi oleh lapan peneroka untuk menghalang mesyuarat agung luar biasa (EGM) KPF bagi membuat keputusan memindahkan 51 peratus sahamnya dalam Felda Holdings Bhd (FHB) dan 10 anak syarikat kepada FGVH, menyebabkan KPF sendiri tidak dapat terbabit dalam cadangan tawaran awam permulaan FGVH. 

“Namun, peneroka tidak perlu bimbang kerana mereka akan menerima manfaat dua kali ganda daripada penyenaraian FVGH menerusi dividen tahunan yang diperoleh daripada badan khas itu dan dividen tahunan sebagai ahli KPF,” katanya pada sidang media khas mengenai kemajuan terkini penyenaraian FGVH, di sini semalam.

Isa menjelaskan keputusan tidak membabitkan KPF dalam penyenaraian FGVH sudah dimaklumkan kepada pihak pengurusan koperasi. Selepas EGM pertama KPF dibatalkan, EGM kedua pada 20 April menyaksikan 88 peratus daripada 1,250 ahli yang hadir bersetuju membenarkan koperasi itu terbabit dalam penyenaraian FGVH.

Bagaimanapun, Isa berkata, ada beberapa masalah lain yang melambatkan proses penyenaraian susulan tawaran balas KPF seperti struktur dan terma, tetapi perbincangan untuk mencapai persetujuan mengenainya tidak dapat dilakukan dalam waktu singkat ini.

“Justeru, kita memutuskan KPF tidak akan menyertai penyenaraian FGVH kerana jika kita tunggu hasil perbincangan, ia akan mengambil masa, sekali gus melewatkan proses penyenaraian,” katanya.

Wednesday, April 25, 2012

perhimpunan belia 2012


Sambutan Hari Belia Negara (National Youth Day) adalah untuk memberi penghormatan kepadabelia negara kerana mereka telah memberi sumbangan besar kepada negara dan kerajaan.Mereka tidak harus dilihat sebagai beban tetapi bahkan mereka boleh menjadi aset berhargakepada negara kerana mereka adalah penentu ketahanan dan kekuatan sosial, politik danekonomi di masa hadapan.

Sebanyak 11.9 juta belia untuk dikembalikan kepada proses pembangunan negara dengan meletakkan mereka dalam arus perdana tanggungjawab nasional yang harus disokong olehsemua agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO. Mereka perlu dididik untuk didengar dandihargai oleh pelbagai pergerakan dan program yang sangat baik.

Konsep 1 Belia 1 Malaysia telah dapat menunjukkan potensi mereka dan mereka pula sentiasaperlu dipertingkatkan. Kejayaan Hari Belia Negara 2012 adalah titik perubahan ke arahmembawa darah muda kepada aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah. Penyertaan belia dalam organisasi belia terus meningkat sebagai hasil daripada peningkatan motivasi untuk Hari BeliaNegara 2012 hendaklah dikekalkan.

HARI BELIA NEGARA 2012 di Putrajaya kali ini akan di sambut dengan lebih hebat lagi.




Bermula 23 Mei hingga 27 Mei, Putrajaya akan menjadi "LAUTAN BELIA" apabila lebih DUA JUTA belia akan membanjiri Putrajaya untuk menyaksikan berbagai pertunjukan, pameran, peluang pekerjaan, mempamerkan bakat dan menyaksikan bermacam persembahan dari berbagai kumpulan muzik. 

Saksikanlah bagaimana meriahnya suasana apabila berpuluh pentas disediakan untuk persembahan termasuk persembahan sebuah kumpulan K POP dari Korea Selatan.  Bagi mengetahui berbagai peluang, kehebatan dan keriangan Hari Belia, saksikan HIMPUNAN JUTAAN BELIA dan LIKE web berikut:

Tarikh : 23 – 27 Mei 2012
Tempat : Dataran Putrajaya
Hari : Rabu – Ahad
Masa : 9.00pg – 5.00ptg

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)