Emosi meluap tidak terkawal. Demikian fitrah jiwa anak muda.
Setakat manakah kefahaman remaja yang berteriak-teriak dalam video itu terhadap realiti politik?
Ya, sememangnya mereka faham. Mereka amat faham dan sedar tentang realiti politik di Malaysia... setakat usia dan pengalaman mereka.
Kefahaman yang mereka sangkakan sebgi benar. Bagaimana jika sangkaan tersebut tidak benar?
Adakah usia dan pengalaman mereka sudah cukup untuk membuat keputusan untuk keseluruhan rakyat Malaysia?
Ataukah mereka sekadar terperangkap dengan luapan emosi dan tiupan semangat pihak lain yang berkepentingan peribadi?
Adakah Anwar dan Ambiga tidak mempunyai agenda lain selain BERSIH? Sudahkah para pelajar itu menyelidik dan mengenali benar-benar latar belakang Ambiga dan Anwar?
Justeru pendidikan amat penting dan ia bermula di rumah. Anak yang terbiasa dengan tingkah laku yang kurang beradab di rumah akan terbawa-bawa ke luar.
Adalah malang apabila anak-anak lain yang diasuh dengan baik akhirnya terikut-ikut dengan rakan-rakan dan kelompok mereka yang tidak beradab ini.
Demang percaya dan yakin, gerombolan yang berhimpun dan menimbulkan keresahan ibu bapa itu hanyalah kelompok kecil dan tidak mewakili sikap sebenar remaja lain yang terdidik dengan tata susila sesuai dengan ajaran Islam.
No comments:
Post a Comment