Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, November 25, 2012

Masih ada yang benci



Semasa bersarapan di pagi Ahad di warung bawah pejabat Demang, terdengar perbualan dari meja sebelah.

Tidak banyak yang Demang ikuti namun secara kasar ia berkisar rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.

Apabila Demang sebut kerajaan maka janganlah dilihat pada pucuk pimpinan teratas sahaja. Jentera kerajaan itu sangat luas.

Guru Besar pun sebahagian jentera kerajaan!

Rasa tidak puas hati tersebut berkisar pada sikap saki baki pemimpin yang masih ketinggalan zaman dalam bab perkhidmatan cemerlang.

Demang sendiri mencadangkan spesis begitu dilenyapkan.

Cuma dalam kita membuat penilaian harus dikenalpasti antara persepsi dan realiti.

Mengadili dan menghakimi bukan tanggungjawab enteng. Justeru ia tidak boleh diserah bulat-bulat pada khalayak ramai hatta rakyat jelata sebelum info secukupnya disampaikan.

Namun dalam tuntutan demokrasi, itulah yang sedang kita lakukan. Maka kita harus ada plan kedua (backup).

Demang rasa pemimpin pertengahan memang perlu memahami benar-benar maksud 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' kerana di situlah undi penentu.

Kita memang tidak mampu memenuhi kehendak setiap manusia namun keperluan majoriti perlu dilayani seadil yang mungkin.

Dalam pada itu gangguan-gangguan yang berlebihan seperti yang dicetuskan pelampau Anwarisme perlu ditangani bersama peruntukan undang-undang.

Jika tidak, ia adalah satu kezaliman pada rakyat jelata.

Saturday, November 24, 2012

DAP marah hujan


Walaupun dalam karikatur di atas orang itu melompat gembira namun DAP berduka.

Isu air Selangor adalah peluru bagi membunuh SYABAS yang dimiliki syarikat bumiputra. Ia adalah satu lagi agenda DAP menggunakan orang Melayu sendiri sebagai snipper.

Ia adalah strategi lama tapi masih ampuh iaitu teori 'menebang pohon yang besar menggunakan dahan pohon itu sendiri'.

Friday, November 23, 2012

Negara Islam



Istana mana ni?

Ia adalah kompleks yang bakal menjadi Universiti Perubatan Islam, lanjutan daripada sekolah ulul albab Imtiaz yang diasaskan Idris Jusuh.

Walaupun beliau tidak lagi menjadi menteri besar Terngganu namun masih sangat aktif menangungi program imtiaz.

Demang menemui beliau awal tahun lalu dan beliau menyampaikan azam untuk menjadikan imtiaz sebagai pusat pengajian terbaik di dunia.

Terbaik? Ya, jika Harvard melahirkan jurutera maka Imtiaz melahirkan jurutera berstatus al-hafiz.

Itu pun ada orang kata UMNO tak Islam!

Anwar kata PAS bengong



Betul lah kata orang, dalam politik betul atau salah bukan penentu kebenaran. Yang penting ialah SIAPA.

Jika rakan, maka semuanya molek dan betul sebaliknya jika pihak lawan, maka semuanya tidak betul.

Dalam politik juga tiada kawan atau lawan yang kekal.

Thursday, November 22, 2012

Doa pas vs doa sepatutnya



Kerajaan UMNO takkan bina UIA (dan lain-lain) kalau taknak hudud dilaksanakan sebab apabila intelektual muslim berjaya dikeluarkan dari situ sudah tentu mereka akan membina sebuah negara Islam.

Kerajaan kita praktikal, bukan sekadar retorik atau omong kosong.

Saturday, November 17, 2012

Ingatkan aku paling besar


Kalian kenal aku?

Tentulah kenal sebab aku bukan sahaja amat terkenal bahkan amat berkuasa.

Ada orang kata aku lah yang paling berkuasa di dunia ini.

Contohnya pada suatu hari aku ketemu seorang budak menangis kelaparan. Dia mengadu tidak ada sesiapa sudi membantunya.

Dia menemuiku dan membawaku ke sebuah restauran terkemuka. Sebaik sahaja pengurus restauran itu melihatku, budak itu mendapat layanan seperti anak raja.

Pada suatu ketika yang lain aku bertemu seorang lelaki yang jatuh cinta dengan seorang gadis.

Lelaki duda berusia 54 tahun itu membawaku menemui keluarga si gadis. Tidak lama kemudian mereka diraikan dalam suatu majlis perkahwinan yang gilang gemilang dengan hantaran RM999,999.99.

Aku ada pengalaman yang lebih hebat lagi.

Pada suatu hari seorang lelaki telah ditangkap kerana mengedar dadah. Jika sabit kesalahan maka ia akan dihukum gantung sampai mati.

Keluarga lelaki itu membawaku menemui peguambela paling hebat. Tidak cukup dengan itu mereka membawaku bertemu hakim yang terbabit secara sulit.

Lelaki yang sepatutnya mati itu kini telah pun dibebaskan!

Ada juga kesah yang kejam. Aku dipertemu dengan seseorang pembunuh upahan. Aku pun bertukar tuan lagi. Keesokan harinya seorang lelaki ditemui mati dan aku pasti; aku lah juga penyebabnya.

Bukankah itu membuktikan aku amat berkuasa?

Baru-baru ini seseorang menemuiku. Tak perlulah kunyatakan lelaki atau perempuan.

Dia membawaku ke sebuah kedai alat komunikasi. Setelah berunding maka aku diserahkan kepada pemilik kedai dan orang itu pulang ke rumah dengan hati yang puas.

Beberapa bulan kemudian dia mencariku lagi. Dibawanya lagi ke kedai alat telekomunikasi yang lain pula. Aku dipertaruhkan dan orang itu tersenyum gembira mendapat telefon dengan aplikasi terkini.

Sekarang kulihat orang itu kembali gelisah. Sudah beberapa kali dia membelek-belek iklan telefon baru yang amat canggih. Aku tahu, dalam masa yang terdekat ini dia pasti akan membawaku ke mana-mana kedai yang sesuai dan aku akan bertukar tangan lagi.

Kini keyakinanku terhadap kehebatanku sudah tergugat. Nampaknya aku bukanlah yang paling besar atau paling hebat. Ada yang lebih kuat dari aku.

Kalian sudah tahu siapa aku? Ya, akulah yang digelar WANG dan kini aku sedar bahawa ada yang lebih berkuasa daripada aku di dunia ini.

Ku akui kini bahawa nafsu dan keinginan manusia jauh lebih hebat daripada aku. Nafsu dan keinginan manusia lah yang membuatkan aku terpaksa bertukar pemilik saban waktu.

Monday, November 12, 2012

Bakar kelambu


Demang singgah di masjid Selayang tadi sementara menanti seorang saudara membuat pemeriksaan di hospital berdekatan.

Nampaknya ejekan pembangkang bahawa pelbagai agensi digunakan kerajaan UMNO untuk kempen politik, jadi 2x5 sahaja lah.

Di semua papan kenyataan masjid tersebut tertampal pelbagai isu politik bagi mempengaruhi rakyat agar terus percaya pada kerajaan yang memerintah.

Demang rasa jika setakat itu tidak ada salahnya walaupun sebelum ini pembangkang mengeji perbuatan tersebut.

Cuma Demang amat terkilan apabila kerajaan Khalid dalam usaha mencari alasan isu air akhirnya membuat kesimpulan bahawa masalah air di Selangor adalah semata-mata salah SYABAS.

Antara sebabnya dikatakan 'air tanpa hasil' yang amat tinggi.

Adakah apabila orang ramai mencuri air, SYABAS pula dipersalahkan?

Demang hairan, kenapa apabila sesebuah syarikat besar itu milik orang Islam maka seboleh mungkin akan dimusnahkan?

Lebih hairan lagi apabila pekerja SYABAS sendiri menyokong PKR sedangkan periuk nasi mereka sedang dicurah pasir.

Agaknya mereka fikir, aku peduli apa? Selama ini TS kaya raya, aku kuli sahaja. Biar padan muka. Aku boleh kerja di tempat lain!

Mereka tidak sedar betapa merwka sedang membakar kelambu. Mereka tidak perasan bahawa dengan adanya syarikat Islam lah tabung zakat dapat dipenuhi.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)