Semasa bersarapan di pagi Ahad di warung bawah pejabat Demang, terdengar perbualan dari meja sebelah.
Tidak banyak yang Demang ikuti namun secara kasar ia berkisar rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.
Apabila Demang sebut kerajaan maka janganlah dilihat pada pucuk pimpinan teratas sahaja. Jentera kerajaan itu sangat luas.
Guru Besar pun sebahagian jentera kerajaan!
Rasa tidak puas hati tersebut berkisar pada sikap saki baki pemimpin yang masih ketinggalan zaman dalam bab perkhidmatan cemerlang.
Demang sendiri mencadangkan spesis begitu dilenyapkan.
Cuma dalam kita membuat penilaian harus dikenalpasti antara persepsi dan realiti.
Mengadili dan menghakimi bukan tanggungjawab enteng. Justeru ia tidak boleh diserah bulat-bulat pada khalayak ramai hatta rakyat jelata sebelum info secukupnya disampaikan.
Namun dalam tuntutan demokrasi, itulah yang sedang kita lakukan. Maka kita harus ada plan kedua (backup).
Demang rasa pemimpin pertengahan memang perlu memahami benar-benar maksud 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' kerana di situlah undi penentu.
Kita memang tidak mampu memenuhi kehendak setiap manusia namun keperluan majoriti perlu dilayani seadil yang mungkin.
Dalam pada itu gangguan-gangguan yang berlebihan seperti yang dicetuskan pelampau Anwarisme perlu ditangani bersama peruntukan undang-undang.
Jika tidak, ia adalah satu kezaliman pada rakyat jelata.
No comments:
Post a Comment