Barang lain pun naik harga!
Itulah pembohongan terbesar.
Berapa kenaikan harga gula? 10 sen? 50 sen? 100 sen? 500 sen?
Berapa kilogram penggunaan gula setiap keluarga? 1 kg sebulan? 5 kg sebulan? 20 kg sebulan?
Cuba lihat di meja sebelah anda. Ada sekeluarga sedang menjamu selera. Lihat handphone mereka. Lihat gadjet telekomunikasi anak-anaknya. Ipad? Ipod?
Lihat aksesori isterinya.
Lihat pula kereta mereka. Estima? Alphard? Berapa buah kereta mereka?
Nah! Mereka itulah yang sebenarnya penaik harga barang di pasaran. Keinginan mereka memiliki pelbagai barang mewah buatan luar negara menyebabkan semua harga meningkat mendadak.
Oh ya. Mereka bukan peniaga. Mereka adalah penjawat awam dan kakitangan swasta yang bergaji sekitar 4-5 angka sebulan dan setiap tahun menagih kenaikan gaji atas alasan barang naik!
Keinginan tanpa batasan dengan nafsu luar biasa mereka menyeronokkan para peniaga dan pengeluar.
Berapa harga nasi goreng sepinggan di kedai Tomyam atau restauran mamak?
Golongan menengah yang sentiasa kesempitan wang itu tidak pernah serik walaupun mulut tidak henti merungut.
Harga petrol naik 20 sen.
Mereka membantah.
Dalam pada itu handphone terkini dibeli lagi. Anak-anak merengek gadjet terbaru. Isteri menambah aksesori dan menagih janji pelancongan ke luar negara.
Kereta ditukar dan ditambah. Belum puas lagi? Beli pula motorsikal besar.
Berapa buah rumah yang mereka miliki?
Sempit lagi? Alasan paling mudah ialah gula naik harga. Kerajaan zalim.
Tahun depan minta perubahan gaji lagi. Jika tidak, undi akan beralih arah.
Mereka inilah parasit sebenar kecuali yang tidak lupa bersedeqah dan berzakat fitrah.
4 comments:
Setujuuuuuu banget!
BETUL...
KATA KERAJAAN ZALIM SEBAB PETROL NAIK HARGA..TAPI BAWA KERETA MEWAH BOLEH PULAK..
KATA KERAJAAN KEJAM SEBAB GULA NAIK HARGA..TAPI ASYIK MEROKOK TAK KISAH PULAK..
syarikat gula tu sapa punya??kalau orang Islam..ok la tu..dpt juga keluarkan zakat yg besar..merasa terbela dan bermanfaat org2 Kg. kalau jual bas mewah anuwar dan segala kemewahan harta benda dia..sure dpt tampung kenaikan harga gula(beri subsidi ) kpd rakyat. org Pa n
sebab lemah matematik la dorang melatah mcm hilang akal. gula naik 20 sekilo. sebulan paling bnyk pakai 3 kg. baru 60 sen dh meroyan mcm nk mampos. gajet 3 bulan sekali tukar tak pulak menyebabkan dorang mengamuk? org bodo je yg selalu cari akal nk slahkan org lain...
Post a Comment