Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, November 26, 2012

Punca profesor itu sokong pembangkang


Pada suatu ketika ada yang mempertikai UMNO menyisihkan golongan profesional dengan menafikan hak mereka untuk menjadi ahli UMNO atau jika diterima pun tidak dipilih sebagai pemimpin.

Benarkah? Ada yang betul tapi ada juga yang menumpang alasan.

Maksud Demang ialah ada golongan profesional yang jadi kera sumbang. Maklumlah, sejak kecil tak keluar rumah. Umur 13 tahun tinggal di asrama penuh, kemudian ke universiti dan ke luar negara.

Kenduri kendara tak pernah pergi, apatah lagi jika ada kematian atau jiran masuk hospital.

Apabila ada gotong royong atau program kampung, langsung tak nampak muka.

Kemudian ada hati nak jadi pemimpin. Apabila ditolak, mula lah reka macam-macam alasan. Antaranya, mereka jadi mangsa konspirasi!

Ye lah. Takkan lah nak ngaku kelemahan diri!

Golongan ini pandai bercakap. Maklumlah, banyak baca buku termasuk komunis dan sosialis. Buku liberalism memang tak asing pada mereka.

Mereka juga kaya dengan teori yang penulis buku itu pun tak mampu nak laksanakan.

Spesis begitu dengan mudah menarik perhatian orang muda yang melihat dunia seperti menggunakan formula matematik.

Kesempatan ini digunakan sebaik mungkin oleh parti penbangkang. Sebagai umpan, mereka dijanjikan peluang menjadi calon pilihanraya.

Maka seronok dan banggalah mereka. Selama ini tidak pernah dicadangkan menjadi pemimpin kini menerima tawaran menjadi calon.

Ditakdirkan mereka menang, maka meranalah pengundi kerana YB mereka serba canggung dan serba tidak tahu.

2 comments:

Anonymous said...

Amat tepat... sebab meneraju parti siasah bukan seperti menerajui sebuah badan korporat atau jabatan , dimana ketua adalah bos..
Parti siasah memerlukan kesediaan kita mendekati setiap golongan dan lapisan masyarakat, kita bukan bos..
oleh itu sijil, degree atau phd bukan ukuran untuk menjadi pemimpin masyarakat ..

Anonymous said...

Hehehe, ditempat aku ni pun ramai golongan kununnya profesional yang galak nak jadi ketua cawangan atau AJK UMNO-BN. Tapi tak nak bergaul dengan orang ramai dan malu bermula dari bawah. Bila percalonan dan lobi mereka ditolak mulalah kata UMNO-BN pentingkan kroni, lepas tu masuk PKR dan PAS dapat jawatan mulalah kutuk UMNO tak hargai gulungan profesional. Memang spesis pencacai lahanat.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)