Di hujung sebuah desa terdapat sebuah gunung yang agak tinggi. Ia bukan sahaja mengawan bahkan menawan sesiapa yang memandang.
Maka ramai lah yang ingin mendaki kerana terpikat dengan keindahan puncaknya. Alangkah seronoknya dapat melihat pemandangan dari situ.
Nama pun gunung maka lebih ramai yang hanya mampu menyimpan impian berbanding yang berjaya mendaki. Malah yang gagal sekerat jalan pun tidak kurang ramainya.
Apapun, saban hari ada sahaja yang mencuba. Ada yang bertangan kosong dan ada juga yang membawa pelbagai alatan.
Bukan sedikit yang jatuh, cedera bahkan ada yang terkorban namun aktiviti pendakian tidak pernah surut.
Pernah pihak tertentu mencadangkan gunung itu dipagar agar tiada siapa boleh mendaki namun ramai pula yang membantah.
Ada pula cadangan agar setiap pendaki diwajibkan memohon permit serta disaring namun terdapat bantahan kerana bertentangan dengan hak asasi dan kebebasan manusia.
Pada suatu hari sebuah konsultan datang ke kampung tersebut dan menganjurkan kursus pendakian berkesan.
Konsultan tersebut memberitahu bahawa ada banyak jalan untuk ke puncak.
Yang dekat, tapi curam.
Yang landai, jauh berliku pula.
Yang jelas, tiada jalan pintas untuk tiba di puncak.
Para pendaki merungut sesama sendiri dan ramai yang kecewa serta membatalkan impian. Apatah lagi yuran kelas mendaki agak mahal.
Namun ada di antara pendaki yang bersemangat kental. Mereka tidak peduli walau terpaksa bermodal untuk belajar.
Mereka sedar bahawa untuk sampai ke puncak bukan perkara mudah namun ia tidak mustahil.
(Foto gunung senyum ehsan jazaldn.com)
No comments:
Post a Comment