Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, February 18, 2020

Melaka akan tukar Ketua Menteri?

Melaka akan mulakan Pakatan Nasional


Sebelum baca kenyataan Pengarah Komunikasi PKR Melaka G Rajendran, biar Demang berceloteh sikit.

Apa keuntungan masyarakat India di bawah pentadbiran PH? Banyak, tapi di bawah BN lebih banyak.

Paling ketara di bawah PH kaum India hilang banyak perkara. Sama seperti orang melayu.

Demang telah sentuh perkara ini beberapa kali dalam blog Waadat ini sejak 2008.

Ternyata beberapa usaha BN yang dilihat memberi kelebihan pada orang Melayu, sememangnya itulah juga yang diperolehi oleh kaum India di Malaysia.

Sebab? Semua agenda nasional adalah bersandarkan pada kesejahteraan rakyat.

Contohnya, ketika Dasar Ekonomi Baru berjalan ia menjurus strategi membasmi kemiskinan sambil merapatkan jurang ekonomi tanpa mengira kaum.

Terbelakah nasib mereka di bawah kapitalis? Ini bukan pasal rasis, tapi ekonomi.

DEB disokong oleh orang baik tetapi menjadi bahan iri hati si tamak. Kapitalis.

Yang lemah selalu kena tipu dan kena tindas!

DAP bukan parti kaum cina biasa tetapi dikuasai oleh chauvinist dan kapitalis yang tamak haloba. Kebetulan atau disengajakan mereka berkumpul dalam satu gerakan parti bagi menggerakkan kepentingan mereka.

Itulah DAP.

Siapa orang India dalam DAP? Mereka adalah golongan atasan yang telah meninggalkan cara hidup masyarakat India. Mereka hanya turun ke bawah bagi meraih undi.

Majoriti orang cina di Malaysia adalah keturunan yang sama menetap di tanah melayu sejak dahulu, sebelum merdeka.

Ramai orang cina masuk Islam kerana jodoh. Alhamdulillah. Hidayah milik Allah. Ada yang jadi aktif berdakwah.

Mereka berasimilasi dengan adab, adat, dan budaya masyarakat setempat meski tidak sepenuhnya.

Yang penting, mereka tau di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Buktinya dalam PRU² sejak merdeka (kecuali yang terbaru) golongan veteran cina masih memberi undi pada BN.

Konsep yang tersemai sekian lama ialah PENERIMAAN. Yakni menerima sebagaimana adanya dan mengisi ruang yang kosong.

Antara ruang yang orang cina isi ialah sektor perniagaan.

Orang Melayu biasa berdagang dengan pelbagai bangsa dari seluruh dunia. 


Maka para pemimpin lama kita bersikap positif dan proaktif memulakan DEB.

Diharapkan kaum cina dapat berkongsi kemahiran dan pengalaman dengan penduduk tempatan yang lama terjajah fizikal dan mental.

Itulah semangat DEB yang diputarbelit oleh DAP.

Baiklah. Sebelum leteran Demang jadi lebih panjang, berita terbaru yang diterima ialah Melaka akan melakukan perubahan besar. Dengan kata lain, kerajaan negeri Melaka akan bertukar daripada Pakatan Harapan kepada Pakatan Nasional.

Demang letakkan pautan ke blog Pengarah Komunikasi PKR Melaka G Rajendran. Boleh baca sendiri. Tapi kalau diubah atau dipadam entri ni, Demang tak boleh buat apa².

Wallahu'alam

Nota:
Perkara 153 ialah peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, juga kepentingan sah kaum lain berwarganegara Malaysia.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008. Sebagai TYDP Blogger Pembela Negara, taat setia pada raja dan negara.

Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

Isyarat qiamat sudah dekat


Tidak sulit memahami isyarat.

Sebuah cerita rekaan...

Demang dan Derwish di simpang empat. Kereta kami di lorong kanan. Di seberang jalan, juga di lorong kanan tapi arah bertentangan ada kereta lain. Warna merah.

Susah tak nak bayangkan? Ok. Kita teruskan.

Sebenarnya warna kereta itu tak penting langsung.

Lampu isyarat di lorong mereka masih merah. Tiba² kereta merah itu bergerak melencong masuk ke lorong kirinya tanpa memberi isyarat.

"Vodoh bin Vangang punya kereta. Dah la langgar lampu merah, masuk simpang tak bagi isyarat pulak!" Demang menyumpah.

Derwish tersenyum.

"Kereta tu tak salah pun. Memang lampu kita merah tapi lampu dia hijau. Walaupun dia tak bagi isyarat ke kiri, tetapi apabila dia berhenti di lorong kiri bermakna dia akan belok ke kiri. Itu lah isyaratnya." Derwish berkata lembut.

Demang terkedu.

Dalam kehidupan kita Allah bagi banyak isyarat. Bergantung pada kita nak faham atau tidak. Rambut beruban tanda dah tua. Umur tua adalah isyarat dah nak mati.

Tak perlulah Allah taala bagitau kita dalam mimpi bahawa kita dah nak kembali pada-Nya.

Fahami isyarat dan lakukan apa yang sepatutnya. Bukan setakat faham.

Cheguman morha

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------


      ----------------------------------------------------------

Monday, February 17, 2020

Kembalikan Kuasa Agong


1957 ialah tahun kita merdeka. Kita persilakan penjajah pulang ke kampung mereka dengan baik.

Maka bermulalah era pentadbiran sendiri. Yang Dipertuan Agong kekal menjadi ketua negara. Sama seperti zaman kesultanan melaka.

Melaka adalah nama lama bagi Malaysia.

Kita tak ubah sistem. Raja masih pemegang kuasa tertinggi pilihan langsung daripada Allah taala.

Sultan dilahirkan, bukan dipilih melalui peti undi. Allah melarang manusia meminta² untuk menjadi ketua. (lihat rujukan di bawah artikal ini).


Bagi membantu Agong, dibentuk jemaah menteri. Dalam kalangan jemaah menteri ini, Agong akan pilih seorang ketua yang pada hematnya mungkin disokong oleh majoriti wakil rakyat dalam Dewan Rakyat.

Wakil rakyat dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.

'Pada hematnya' dan 'mungkin' adalah istilah yang digunakan dalam perlembagaan. Ertinya, kuasa mutlak ialah pada YDA.

Tanggungjawab perdana menteri dan jemaah menteri adalah membantu YDA mentadbir negara. Selain mereka, dua lagi organisasi di bawah YDA ialah Parlimen dan Kehakiman.

Menurut Tun Salleh Abas, ada campurtangan politik sehingga beliau ditamatkan jawatan

Ketiga-tiganya iaitu menteri, parlimen, dan kehakiman adalah setaraf dan berada di bawah YDA.

Inilah pengasingan kuasa. Tujuan supaya tidak ada salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi.

Namun selama 63 tahun kita beri peluang pada ahli politik mendominasi pentadbiran, mereka seolah lebih sudu daripada kuah. Macam kaduk naik junjung.

Banyak kali jemaah menteri dan ketua mereka melangkaui sempadan kuasa.

Nampaknya kuasa YDA perlu diperkasa. Caranya, semua rakyat mesti menyatakan taat setia pada YDA. Biar baginda rasa kukuh untuk membuat sebarang keputusan mengikut perlembagaan sebenar.

Insya-Allah.

Waalahu'alam

Rujukan berkaitan larangan meminta menjadi pemimpin

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008. Sebagai TYDP Blogger Pembela Negara, taat setia pada raja dan negara.

Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

Sunday, February 16, 2020

tersungkur di pintu putrajaya


Anwar Ibrahim bermula sebagai aktivis masyarakat sebelum terjun ke arena politik sepenuh masa.

Medan awal beliau ialah belia. ABIM atau Angkatan Belia Islam Malaysia amat sinonim dengan beliau.

Beberapa tahun lalu saya berpeluang berbual panjang dengan orang yang terlibat dalam belia bersama Anwar semasa mereka remaja. Namun pertubuhan belia mereka berbeza.

Pada suatu ketika mereka berdua terpilih mewakili Malaysia. Teman saya ke Rusia dan Anwar Ibrahim ke Amerika.

Kalau tak silap saya selama sebulan mereka menjadi tetamu kehormat negara berkenaan.

Bayangkan remaja mendapat peluang yang begitu hebat.


Selepas itu Anwar semakin aktif. Beliau kemudiannya mengambil keputusan menyertai parti politik.

UMNO dan PAS sama² mengidam pemimpin masa depan itu.

Namun Anwar melihat peluang bersama UMNO lebih cerah.

Anwar menyerta team Mahathir, ditatang, dan diberi segenap peluang hingga ke tangga nombor dua, Timbalan Perdana Menteri.

Bahkan Anwar sempat menjadi pemangku Perdana Menteri ketika Tun Mahathir bercuti.

Diberi laluan dan disediakan tempat untuk jadi orang nombor satu. Takdir Allah mengatasi segala.

Laluan politik Anwar seolah dibentangkan permaidani merah ke singgahsana putrajaya.

Sayang seribu kali sayang. Selangkah lagi di pintu gerbang putrajaya Anwar tersungkur.

Yang membuang Anwar ialah Mahathir sendiri, orang yang bertanggungjawab membawa beliau ke puncak politik negara.

Huru hara negara bermula apabila Anwar disingkir dari semua jawatan politik!

Untuk terkenal dan ramai follower, jadi artis la. Youtuber pun ramai pengikut.

Maka peperangan bermula antara Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Saya menoleh pada sejarah kalau² ada contoh yang boleh diteladani.

Peristiwa 1
Bendahara Sri Wak Raja diketepikan

Tun Perak, anakanda Sri Wak Raja kemudiannya menjadi bendahara paling cemerlang dan terkenal di zaman kesultanan Melaka

Tindakan
Bendahara berkenaan merajuk dan membuang diri.

Kesan
Negara berjalan seperi biasa bahkan selepas itu Melaka lebih cemerlang.

Peristiwa 2
Tun Tuah dituduh ada skandal dengan dayang istana.

Laksamana Hang Tuah bukan sahaja tinggi ilmu pendekarnya bahkan ilmu agama dan amalan kewalian

Tindakan
Tun Tuah mengundur diri ke Hulu Melaka.

Kesan
Negara kekal stabil. Huru hara yang cuba dicetuskan oleh Jebat berjaya dipadamkan oleh Tun Tuah sendiri.

Peristiwa 3
Bendahara Tun Mutahir dituduh cuba merampas tahta

Tun Mutahir hebat bukan kerana jawatan tapi kerana pengorbanan diri dan keluarga ketika menerima ujian Allah

Tindakan
Tun Mutahir sekeluarga menerima hukuman mati dan redho dengan takdir Allah.

Kesan
Sultan menyesal dengan tindakan tanpa usul periksa turun tahta dan mengasingkan diri untuk beribadat.

Peristuwa 4
Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri dipecat dari semua jawatan atas tuduhan skandal luar tabie.

Tindakan
Melancarkan penentangan terhadap tuduhan secara terbuka. Mengajak rakyat untuk menyokongnya. Melakukan deminstrasi jalanan secara besar²an dan berterusan.

Kesan
Kerajaan yang dipimpin parti Islam tumbang dan puak kuffar mendominasi pentadbiran kerajaan.

Apa ertinya menang jika negara huru hara?

Ternyata daripada empat peristiwa tersebut kita boleh melihat siapakah negarawan tulen yang sanggup berkorban demi negara

Adakah orang yang tidak redho dengan takdir  Allah taala hingga sanggup menghuru-harakan negara boleh kita lantik sebagai pemimpin kita?

Saya tidak persoalkan benar atau tidak pertuduhan yang dibuat tetapi tindak balas yang sepatutnya beliau ambil demi negara.

Jika Anwar beralah ketika itu, saya percaya hari ini beliau lah yang rakyat pilih untuk menjadi perdana menteri.

Sayangnya Anwar Ibrahim tidak memilih jalan itu. Beliau tidak memilih untuk sabar dan redho. Beliau tegar melihat negara huru hara demi perjuangan peribadinya.

Ya. Anwar Ibrahim memang pejuang... Pejuang Diri Sendiri.

Waalahu'alam

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008. Sebagai TYDP Blogger Pembela Negara, taat setia pada raja dan negara.

Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------


Saturday, February 15, 2020

Lantik Najib semula


Boleh, tapi kata orang tua² dekat bau busuk, jauh bau wangi. Itu bidalan untuk adik beradik. Tapi kadang²  untuk politik pun boleh guna.


Masa Tunku Abdul Rahman jadi PM, ada yang suka, ada yang tak suka. Apabila beliau letak jawatan, ramai yang simpati.

Begitu juga Tun Husin Onn. Mahathir pun serupa. Selain mahazalim dan mahafiraun segala MAHA yang buruk² disandang beliau masa jadi PM.

Sekarangpun apa kurangnya.

Giliran Najib jadi PM pun serupa. Kalau setiap cercaan Allah taala beri satu parut maka tak ada tempat pada tubuh beliau yang tak ada parut hasil kutukan dan penghinaan.

Namun apabila beliau tidak lagi jadi PM, semua²nya hilang bagaikan seorang bayi.


Justeru Demang rasa biarkanlah sahaja begini. Cukup²lah. Biarkan beliau melalui zaman emas dengan harmoni. Jika nak berbakti, ada banyak cara lain.

Jangan jadi macam Mahathir. Moga masih ada peluang untuk beliau yang sememangnya banyak jasa pada negara.




Apapun, buat masa ini DSN dalam posisi terbaik. Beliau diterima semua pihak.

Mungkin bukan semua tetapi dilihat paling berkecuali ketika para penyokong Mat Hasan dan Zahid Hamidi sedang mempromosi boss masing².

Jangan lupa, beberapa pemimpin PAS juga lebih terbuka pada Najib.


Perkembangan terkini yang Demang dapat Pakatan Nasional semakin diterima oleh pemimpin parti² terlibat.

Paling tidakpun, kerana mereka terpaksa terima.

Alaa... Kalau tak terdesak, manusia tak 'kan buat.

Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

Asal usul perlembagaan kita

Bukit Saguntang, Palembang. Di sinikah berlakunya perjanjian (wa'adat) Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun?

Persamaan Waadat dengan Perlembagaan hari ini.

Mari kita imbas semula persetiaan Sang Sapurba yang mewakili raja dengan Demang Lebar Daun selaku wakil rakyat.

1. Demang Lebar Daun menabalkan Sang sapurba sebagai raja Palembang.

Ertinya, rakyat yang memberi kuasa pada raja.

2. Raja pula melantik Demang Lebar Daun (wakil rakyat) sebagai perdana menteri yang akan menasihati baginda.

Samada di zaman sang sapurba atau zaman sekarang, raja melantik perdana menteri tanpa bertanya kepada rakyat atau wakil rakyat. Cukup hanya bersandarkan keyakinan baginda.

Perlembagaan sekarang pada Perkara 43 Jemaah Menteri;

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;

Sultan Abdullah, YDA sekarang. Sempoi macam ayahandanya. Abdullah bermakna hamba-Allah. Apa² jawatan pun adalah khidmat pada Allah. Di bawah baginda ada perdana menteri, ada hakim, dan ada dewan rakyat.

Istilah penting dalam perlembagaan ialah 'pada hematnya' dan 'mungkin'. Kedua²nya tidak ada pengukur standard. Ia semata² datang daripada gerak hati sultan.

Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

Friday, February 14, 2020

Agong tentukan siapa jadi perdana menteri


"Derwish buat apa tu?" tanya Demang.

"Aku nak lekatkan dinding ni," jawab Derwish sambil membetulkan serbannya.

"Kenapa guna plastisin?" tanya lagi Demang.

"Abis tu nak guna apa? Derwish menyoal kembali.

"Guna paku la." jawab Demang lembut.

"Takpe la. Guna plastisin lawa sikit." ujar Derwish mempertahankan caranya.

"Tak boleh gitu. Derwish sendiri kata kalau tak letak sesuatu pada tempatnya, tunggulah saat kejatuhan kamu." tingkah Demang menguji.

"Kenapa pulak aku tak boleh? Kau sendiri letak sesuatu bukan pada tempatnya. Kau letak tepi ketua nombor satu sampai rakyat tak kenal mana satu ketua mana satu pembantu." Derwish menyindir.

"Errr..." ayat Demang tersangkut.

"Bukankah ketua negara ini Yang Dipertuan Agong? Tapi kau lebih sudu dari kuah. Lepas tu kau pening kepala masalah tak selesai. Tuduh sana sini. Konon pendatang nak rampas kuasa. Padahal kau sendiri rampas kuasa sultan." Derwish berleter panjang.

Ketua Negara adalah kuasa tertinggi. Allah tentukan begitu. Sistem kita bukan macam barat. Agong bertanggungjawab buat laporan pada Allah taala di padang mahsyar nanti. Sekarang Alah hantar yang terbaik untuk kita. Tak perlu pening kepala pasal penbantu² baginda.

"Hamba cuma ikut perlembagaan." Demang cuba membela diri.

"Kau nak tipu aku ke? Kau sendiri tahu perlembagaan meletakkan Agong paling tinggi. Di bawah baginda ada tiga pembantu: eksekutif, legaslatif, dan kehakiman (Judisiari). Kau cuma pembantu eksekutif. Kau ingat jawatan demang tu besar sangat? Ketua jemaah menteri je! Kau cuma dilantik untuk satu bahagian sahaja. Macam ketua kelas!!!" Derwish menyindir lagi.

"Kau kata pasal perlembagaan. Kau nak sorok pasal Perkara 32 berkenaan Ketua Utama Negara bagi Persekutuan?"

Kedudukan kau di sisi Agong ditegaskan dalam perlembagaan Perkara 43 berkenaan Jemaah Menteri. Kau dilantik oleh Agong sebagai ketua pada jemaah menteri atas keperluan baginda. Kau baca semula dan hadamkan ayat dalam Perkara 43 perlembagaan ini betul²:

Ahli Dewan Rakyat boleh tolak Perdana Mernteri yang ditujukkan oleh Yang Dioertuan Agong. Boleh tolak tapi dikira biadap la. Apapun, kalau Agong hilang sabar, baginda boleh bubar dan isytihar darurat.

Perkara 43. Jemaah Menteri
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;

"Kau lihat betul² ayat 'pada hematnya mungkin' ..." kata Derwish sambil mengerling Demang. Kau faham maksud 'pada hematnya'? Kau faham maksud 'mungkin'?" Derwish menyambung.

"Kalau susah sangat nak faham, aku jelaskan. Agong akan lantik sesiapa sahaja yang baginda RASA mungkin ahli dewan rakyat akan sokong."

"Kalau mereka dah tak sokong? Tiba² Jebat yang muncul entah dari mana menyampuk.

Ini peluang terakhir...

"Mereka perlu buat undi tidak percaya dalam dewan rakyat." jawab Derwish tanpa memandang jebat. "memang kurang ajar..." kata Derwish perlahan. Entah didengar entah tidak dek jebat.

Jebat tersenyum berbunga. "Kali ni impian aku nak jadi perdana menteri akan tercapai. Orang tua itu akan tersingkir. Dendam 1999 akan tertebus." katanya perlahan tapi sempat didengar oleh Derwish  dan Demang.

Err..rasanya semua orang dah tau.

Dua kali aku buang jebat...


Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)