Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, March 3, 2020

China dipulaukan dunia

Wuhan jadi kota hantu. Ditawarkan perbelanjaan percumapun orang tak nak

Ini bukan berita terbaru. Waadat bukan pemapar berita terbaru tetapi menganalisis berita.

Jika anda sudah dapat 9 pandangan lain tentang sesuatu isu maka blog Waadat menawarkan pandangan ke-10 untuk dipertimbangkan.

Dalam zaman maklumat ini orang yang sekadar ada maklumat adalah orang biasa. Sebaliknya orang yang tahu menggunakan maklumat akan lebih menyerlah.

Berbalik pada tajuk di atas, jika Allah mahu ia berlaku, siapa yang dapat tahan?

Demikian apabila Allah nak pulaukan China, dihantar makhluk halus sahaja. Siapa bantah, dia kena.

Bukan sahaja tak boleh ada hubungan dengan China, jumpa orang yang balik dari China pun tak boleh!

Penyembah berhala sentiasa dilaknat Allah. Jangan lantik jadi pemimpin atai bersekongkol dengan mereka. 


Apa kena mengena dengan kita? Ini masanya untuk kita bertindak sebagaimana firman Allah taala:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.” (QS. Ali Imron: 110) lihat salinan asal terjemahan


Kerajaan terbaru kita diketuai seorang yang tidak meminta untuk jadi ketua. TS Muhyiddin tidak kemaruk untuk jadi ketua.


Klik sponsor...

Ketika ini TS Muhyiddin berada dalam kumpulan orang yang sesuai menjadi ketua dan Allah memilih beliau.

Bukan orang terbaik tetapi orang yang Allah pilih untuk mengetuai kita, di samping YDA.


Tugas kita ialah bersama² beliau.

Yang Dipertuan Agong adalah ketua negara merangkap ketua agama Islam. Baginda khalifah kita.

Demang tak mahu usulkan yang lebih-lebih. Kita sebagai 'umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar.'

Maka jangan lagi biarkan kita menjadi pengikut atau peniru perbuatan puak kuffar.

Allahu akbar.

Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Aktivis BiroTata Negara sejak 1993 dan bamyak terlibat dalam memberi kefahaman tentang perlembagaan kepada pegawai kerajaan.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

Monday, March 2, 2020

24 kali kena tipu, kali ke 25 kena lagi


Kelebihan puak kuffar ialah cerdik dan licik tetapi masalah besar nereka ialah gelojoh dan tamak 

Demang pernah lihat sendiri kaki judi kena tipu berkali².

Mula² towkey judi bagitau yang dia akan tipu mereka. Maka taruhan pun bermula.

Rupa²nya, towkey judi itu jujur orangnya. Dia benar² menipu.

Para penjudi terkejut. Tapi mereka yakin, selepas ini towkey pasti tidak akan menipu lagi walaupun dia secara jujur beritau bahawa dia akan menipu mereka lagi.

Maka mereka pun bertaruh bahawa tawkey judi tak akan menipu.

Ah... Sekali lagi tawkey judi bersikap jujur. Dia benar² menipu.

Pemimpin biasanya dilahirkan dalam keluarga pemimpin.  Rasulullah saw daripada keluarga bangsawan. Jangan terpengaruh sangat dengan cerita lampu aladin

Cara itu diulangi berpuluh kali depan mata Demang. Setiap kali nak mula, dia akan kata... "Tengok ni, aku NAK tipu hampa."

Terpulanglah anda nak anggap Demang main sama atau kebetulan ada di situ. Apapun, bersubahat tu dah pasti. Ini cerita zaman remaja.

Tak faham cerita? Tak apa. Nanti faham la.

Yang penting, para penjudi itu kena tipu sampai habis duit mereka hari itu. Walauoun seposen dua puluh sen, zaman tu, terasa jugak.

Kenapa begitu? Sebab mereka percaya bahawa takkan lah tawkey itu akan buat perkara yang sama berulang kali.

Dan mereka terus kena tipu.

Akhirnya, gagal jugak. Kalau redho dengan takdir dan 20 tahun itu digunakan untuk buat kerja kebajikan dengan ikhlas, orang ramai yang akan cari dia. Tak perlu terhegeh² sana sini rayu sokongan.


Mesej Demang: jangan perjudikan nasib. Jangan percaya pada sesiapa kecuali Allah taala. Solat dan zikir sebagaimana yang rasulullah saw lakukan.

Berguru lah. Masjid paling sesuai sebab gurunya sentiasa dipantau. Soal aqidah dan akhirat jangan main hentam sahaja  asal boleh.

Oh ya. Lupa nak bagitau. Anwar dan PH tu macam nak kena tipu lagi dengan Tun.

Jangan main² dengan atuk tu. Otai. Lebih baik tinggalkan si kemaruk nak jadi PM tu dan fikir pasal redho dan takdir.

Moga kita kekal di jalan yang lurus. Alfatihah.

Artikal lain Admin di http://waadat.blogspot.com

Support le admin sikit..he he..😂

Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Aktivis BiroTata Negara sejak 1993 dan bamyak terlibat dalam memberi kefahaman tentang perlembagaan kepada pegawai kerajaan.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

Sunday, March 1, 2020

Hikmah gerhana bulan



Kemelut yang kita lalui ini macam fenomena gerhana bulan. Semasa gerhana kita nampak bayang bumi di atas permukaan bulan.

Oo... Rupa-rupanya bumi kita ini bulat. Buktinya, bayang² bumi yang kena pada bulan berbentuk bulat.

Begitu juga fenomena perebutan jawatan politik yang berlaku ini. Ia menggamit orang ramai untuk memahami perlembagaan negara sendiri.

Allah hantar 9 penyambung sistem khalifah bagi menjaga Tanah Melayu. Setiap mereka ada mufti, ulama, kadhi, ustaz...


Selama ini ramai yang tak berapa faham kedudukan Yang Dipertuan Agong dan raja-raja melayu. Ramai yang sangka raja macam boneka. Tak boleh buat apa-apa.

Perebutan kerusi Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan baru² ini membuka mata rakyat untuk mengambil tau sejauh mana kuasa YDA.

Kepada yang rajin mencari maklumat tahulah bahawa YDA boleh lantik siapa sahaja sebagai PM tanpa perlu memberi sebarang bukti. Cukup menggunakan hemat baginda sahaja.

Demang dah banyak kali siarkan petikan perlembagaan berkenaan dalam blog Waadat ini. Takkan lah setiap kali posting nak tampal lagi.



Jika baginda berpuas hati pada HEMAT baginda seseorang ahli dewan rakyat itu MUNGKIN mendapat sokongan majoriti ahli dewan rakyat, maka baginda akan lantik orang itu.

Bahkan lantikan itu tidak boleh dicabar dalam mana² mahkamah.

Jika ada ahli dewan negara tidak setuju, maka mereka boleh mengemukakan undi tidak percaya dalam dewan rakyat.

Sebenarnya bukan itu sahaja kuasa YDA. Baginda boleh bubar parlimen dan boleh isytihar darurat tanpa perlu beri alasan yang meyakinkan rakyat.

Bagaimana YDA melaksanakan kuasanya?



Semua kementerian adalah di bawah baginda. Itu sebabnya pada semua sampul surat rasmi tertulis Urusan Seri Baginda.

Jika PM dan Jemaah Menteri tidak ada pun, urusan pentadbiran masih berjalan. Kakitangan kerajaan adalah pelaksana yang tidak terikat dengan parti politik.

Parlimen yang menggubal dan membahas undang² juga di bawah YDA. Parlimen tidak boleh bersidang tanpa baginda.

Semua mahkamah juga terus di bawah YDA. Ketua Hakim Negara dilantik oleh baginda.

Angkatan tentera dan Polis berkhidmat langsung kepada baginda.


Logo tentera kita, tentera negara Islam.


Perdana menteri? Terpulang pada YDA nak lantik siapa. Tak nak lantik langsung pun boleh. Ada caranya.

Sekarang, YDA mahu TS Muhyiddin jadi Perdana Menteri Malaysia. Membantah titah YDA dikira menderhaka.

Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.





  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

Raja makan duit rakyat

Kenapa perlu sokong raja?



Jika kita lihat Amerika atau Jepun, atau negara lain ...

Sudah-sudahlah! Jangan lihat negara² itu atau negara lainnya. Negara mereka lain, rakyat mereka lain, dan agama mereka lain.

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.” (QS. Ali Imron: 110)

Malaysia adalah kesinambungan kesultanan melaka yang direhatkan oleh Allah taala pada 1511.

Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, komunis, dan Inggeris (sekali lagi) didatangkan oleh Allah bagi memperlihatkan pada ummat Islam perangai sebenar orang kafir apabila mereka mendapat kuasa.

Akhirnya 31 Ogos 1957 kesultanan melaka muncul kembali dengan nama baru iaitu Malaysia.

Perkara pertama dalam perlembagaan ialah nama. Macam kita juga, lahir sahaja ke dunia, mak ayah bagi nama.

Perkara 1. Nama, Negeri-negeri dan wilayah-wilayah Persekutuan.
(1) Persekutuan dinamai Malaysia dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris.

Demang paparkan pula Perkara 2  yakni berkenaan wilayah dan negeri dalam Malaysia.

Perkara 2. Penerimaan masuk wilayah-wilayah baru ke dalam Persekutuan.
Parlimen boleh melalui undang-undang—
(a) menerima masuk Negeri-negeri lain ke dalam Persekutuan;
(b) mengubah sempadan mana-mana Negeri,

Nama dan keanggotaan adalah perkara asas.

Perkara ketiga paling penting. Jika bukan kerana NAMA dan ANGGOTA tadi, perkara 3 ini jadi perkara PERTAMA.

Mari kita lihat perlembagaan.

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam adalah agama Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan.

Sultan di negeri² lain juga adalah ketua Islam di samping ketua pemerintahan. Lihat sendiri perlembagan.

Kalau main bola sepak dengan budak kampung, tengku dolah cukup marah kalau ada pemain takut² nak tackle dia

Kali ini Demang nak sampaikan DUA perkara penting:

Pertama: Malaysia adalah Negara Islam.

Kedua: Yang Dipertuan Agong adalah Ketua Negara dan Ketua Agama Islam.

Maka, raja bukan makan duit rakyat tetapi hamba Allah yang diberi amanah besar oleh Allah menjaga negara Islam ini.

Kita wajib bersama baginda!

Ini yang Demang sampaikan pada ramai penjawat awam yang hadir kursus wajib SSM dulu. Demang menjadi tenaga penggerak BTN sejak 1993.

Sayangnya BTN telah dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan sebaik sahaja mereka ada sedikit kuasa.

Mereka berkuasa kerana kita yang beri!

Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.





  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

Saturday, February 29, 2020

Muslihat terkini Anwar Tun pintas dulu

Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?


Apabila UMNO dan PAS memberi laluan pada TS Muhyiddin untuk jadi PM, anwar segera mengeluarkan kenyataan sokongan PH pada Tun Mahathir.

Muslihatnya, agar penyokong Tun dan TSMY berpecah.

Tektik ini sudah dibaca awal² lagi oleh Tun. Itu sebabnya beliau meletakkan syarat untuk beliau jadi PM ialah DAP mesti dilibatkan sama.

Tun dah pintas dulu.

Hang punya tektik tu dah boleh baca...


Tun tahu, syarat itu pasti ditolak oleh UMNO dan PAS. Ternyata bukan setakat tolak, siap maki hamun Tun.

Sekali lagi Anwar terkedu.

Pada masa ini TSMY diterima semua pihak


Kedudukan terkini TSMY masih mendahului Anwar dalam perjalanan menduduki kerusi PM ke-8.

Permainan masih belum sslesai. Jika YDA masih belum puas hati maka Isnin ini Dewan Rakyat akan buat keputusan.

Agong akan dengar pendirian Dewan Negara pula sebelum melantik sesiapa yang pada hemat baginda mungkin akan disokong oleh majoriti ahli dewan negara.

Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

Friday, February 28, 2020

SAH Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin Perdana Menteri ke-8

Kemaskini 29 Feb 2020 (5.30 petang)


Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin dalam kedudukan terbaik untuk menjadi Perdana Menteri ke-8

Loading...



Kenyataan media gabungan UMNO dan PAS telah bersepakat dan bersetuju untuk mencalonkan Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin Perdana Menteri ke-8


Kenyataan media gabungan UMNO dan PAS telah bersepakat dan bersetuju untuk mencalonkan Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin Perdana Menteri ke-8



Kena lagi aku kali 18...



Kesian kawan aku....


Dia masuk politik pun saya yang bawak...


Sempoi Agong kita...  diam tapi buat kerja


Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Aktivis BiroTata Negara sejak 1993 dan bamyak terlibat dalam memberi kefahaman tentang perlembagaan kepada pegawai kerajaan.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

Thursday, February 27, 2020

DAP silap besar lepas peluang

Umpan mesti nampak best



Ada orang kata apa salahnya terima DAP kalau boleh buat kerja? Malah kalau boleh bagi servis lebih baik, why not pilih mereka?

Demang jawab, kalau nak jerat burung kita guna cara untuk tarik dia atau guna kaedah halau dia?

Jangan makan umpan. Yang dah nak termakan, beredar cepat².

Yang dah tertelan, kita doakan mereka selamat.


Loading...


Husnul dzon


Hati²... Sedangkan pada Allah taala mereka derhaka

Ada orang kata kita kena sangka baik.

Betul jugak, tapi Demang teringat ayat...

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan Ridho kepada kamu hingga kamu mengikuti millah mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah : 120)


Loading...


Petua merebus katak
Demang teringat petua merebus katak yang pernah Demang dengar.

Jika mahu merebus katak, sediakan periuk, isi air, masukkan seekor katak hidup, kemudian buka api.

Biarkan katak itu berenang² di dalamnya dengan gembira. Dia hanya sedar bahawa dia sedang dibunuh apabila dia sudah mati.

Demang tak pasti, adakah LGE tak tau petua ini atau dia lupa kerana tamak dan teruja dapat kuasa?


Cerdik, licik... Tapi kufur pada Allah taala. Doakan mereka dapat hidayah namun perbuatan mereka sekarang kita kena sanggah. Amal maaruf nahi mungkar.

Orang Tamak Selalu Rugi
(macam anjing dengan bayang²)

Kalaulah LGE buat slow² sehingga orang melayu terus berenang² dengan gembira, maka sedar² mati kataklah kita semua.

Maaf, maksud Demang mati macam katak dalam cerita tadi.

Alhamdulillah Allah taala maha pengasih lagi maha penyayang sentiasa lindungi kita.

Wallahu'alam.


Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

Loading...

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------


linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)