Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, August 18, 2012

Ayam disembelih dibuang ke sungai



Isu solat 2 imam
Dipecat kerana hadiri kematian
Kedai dipulaukan
Haram sembelihan
Tekong perpecahan
Dll

Baca seterusnya...

http://taipingmali.blogspot.com/2012/08/jawapan-ts-harussani-kepada-nik-ajis.html?m=1

Salam aidil fitri



Sempena aidil fitri ini Demang ucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua pengunjung waadat.com yang beragama Islam tidak kira apapun fahaman politik.

Jadikan perbezaan sebagai satu keistimewaan untuk kita menambah kebaikan dan jangan jadikan perbezaan sebagai sebab untuk berbalah-balah serta menambah dosa.

Friday, August 17, 2012

Menenung muslihat terakhir Najib


Ada orang kata, antara orang politik dengan ular hindarilah orang politik.

Demang anggap itu hanya lelucon namun jika betul, maka antara Anwar dengan Najib siapa lebih 'bahaya'?

Kita perlu ingat Najib jadi ahli politik sepenuh masa sejak usia belasan tahun. Sama macam Anwar.

Bezanya, jika ibarat buku dan ilmu (bab ni kena faham betul-betul):

Najib membesar dikelilingi buku-buku ilmiah manakala Anwar bergelut dengan komik dan majalah.

Maksud Demang, Najib membesar dalam suasana politik matang (lantaran beliau berada dalam kerajaan sejak mula) manakala Anwar bergelut dengan politik fahaman yang khayal dengan ideologi perjuangan.

Barangkali akan ada yang mengaitkan dengan realiti dan fantasi namun Demang lebih cenderung mengatakan mereka terasing dari segi praktis dan teori.

Bagi semua di atas sudah tentulah Najib dalam kategori pertama dan Anwar di kelompok kedua.



Pertembungan mereka hari ini boleh dikatakan kemuncak pada karier politik masing-masing. Ia adalah perseteruan peribadi tetapi menjemput penglibatan semua pihak yang dengan cepat membentuk dua kem raksasa.

Setakat ini servis masih di tangan Najib dan dalam kebanyakan permainan ia biasanya menguntungkan.

Semua orang sedang menonton permainan mudah Najib iaitu menabur umpan sebanyak-banyaknya sebelum menyauk kesemua sekali pada pusingan akhir.

Semudah itukah rancangan Najib? Jika setakat itu, tidak perlulah terlalu banyak pengalaman. Demang jangkakan itu bukan muslihat sebenar Najib.

Dengan menabur umpan sehingga hampir kering kontang Najib sebenarnya meletakkan rakyat (baca: pengundi) dalam keadaan serba salah.

Mahu tidak mahu rakyat terpaksa menolak Anwar dalam PRU13 nanti kerana jika Anwar menjadi PM dalam keadaan tiada modal maka rakyat takut Anwar akan mengulangi tindakan penyelesaian cara mudah iaitu BERHUTANG dengan IMF dan sebagainya.

Semua orang tahu kes Anwar yang cuba meminjam daripada IMF dalam krisis kewangan 1999.

Bagaimana dengan Najib?

Najib tidak perlu buat apa-apa jika kekal menerajui kerajaan kerana beliau tidak menjanjikan apa-apa yang baru sebagaimana janji Anwar untuk menang. Najib hanya perlu teruskan sebagaimana sekarang.

Bagi yang kurang faham teori Demang, beginilah:

Sekarang Najib beri rakyat RM10. Maka jika Anwar ingin menunjukkan beliau lebih baik maka beliau perlu menawarkan (janji) melebihi RM10. Jika tidak, buat apa rakyat perlu menukar kerajaan?

Sekarang rakyat sedang bercerita sesama mereka betapa Najib sudah berbelanja untuk rakyat sehingga ke tahap maksimum.

Jika demikian, dari mana Anwar dapat mencari dana agar dapat memberi lebih dari itu?

Itulah sebabnya hal hubungan Anwar dengan Amerika sentiasa dijadikan isu sejak dulu hingga sekarang.

Turun lah ke akar umbi dan tanyalah: siapa yang tidak tahu hubungan Anwar dengan Amerika serta isu IMF?

Wednesday, August 15, 2012

Taksub bangsa assobiah taksub parti apa istilahnya?


Tinggal lagi beberapa hari ummat Islam akan menyambut aidil fitri.

Bagaimana dengan persediaan kita? Maksud Demang, sudahkah kita bersedia untuk memohon maaf atas kelancangan dalam mengutuk saudara kita yang berlainan fahaman politik?

Adakah kita bersedia menyambut salam saudara kita yang mahu berbaik-baik?

Ataukah kita akan terus bertegar mempertahankan fahaman dan tafsiran kita terhadap Islam?

Ataukah kita sudah menyangka diri kita betul 100% dan tak mungkin buat kesilapan?

Barangkali malam ini sebelum melelapkan mata ada baiknya kita muhassabah sedikit. Takut-takut mata kita terus tertutup malam ini!

Rohingya: najib akan serang myamar?



Isu Rohingya masih berkumandang di merata jalanan, dijaja dengan pelbagai corak mengikut kepentingan.

Najib buat apa? Tanya pihak yang tidak pernah jemu mengintai peluang memburukkan PM.

Semalam ada seseorang menyiarkan surat terbuka meminta Najib bertindak.

Sekali imbas memang permintaan tersebut kelihatan bagus namun sebenarnya ia adalah provokasi yang sengaja mengundang polemik.

Adakah mereka tidak sedar betapa Malaysia dihuni tak sampai 60% ummat Islam manakala selebihnya penganut Budha dan Hindu?

Mampukah kita bertindak sendirian dan mencapai apa yang kita mahukan? Atau kita akan terjerumus dalam kemelut yang lebih dahsyat sambil menyeret sama konflik dalam negara pula?

Foto di atas Demang ambil daripada blog Badut Rakyat sebentar tadi.

Lihatlah, apa yang Najib buat? Kita bertindak dengan bijaksana bukan berlagak bijak di sana sini.

Keterangan foto:
Bekas Timbalan Presiden PAS,Nasaruddin Mat Isa semalam dilihat bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengadakan pertemuan dengan tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish.

Ketiga-tiga ulama itu mengunjungi Datuk Seri Najib yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai semalam.

Lihatlah dengan fikiran yang waras dan matang bukannya dengan marah dan dendam.

Tuesday, August 14, 2012

Penghapusan etnik rohingya



Seperti biasa, sibuk lah orang di Malaysia menyibuk dengan kemelut yang berlaku di negara lain atas nama saudara seagama.

Bagi Demang, prihatin dan niat untuk membantu itu memang bagus, tapi tak perlulah 'over acting' sangat padahal bontot sendiri pun bergelumang tahi.

Sepagian ini banyak juga foto-foto ngeri mayat penduduk Islam Rohingya yang hangus terbakar dimasukkan ke wall Facebook Demang.

Bersekali dengan foto-foto tersebut sudah tentulah komen-komen daripada penatapnya.

Macam-macamlah luahan, pandangan cadangan, dan percambahan idea di situ. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan mengutuk pihak lain di samping berusaha mengembangkan fahaman politik masing-masing.

Dari perbincangan tersebut dapat dilihat 'stand' para penghujah. Ia tambah ketara apabila mereka mula menegakkan benang basah.

Demang percaya, jika demikian caranya, jangan haraplah mereka dapat menyumbang apa-apa. Mereka hanya tahu menyalahkan pihak lain dan menuduh antara satu sama lain.

Telur ayam pun lebih berkualiti daripada minda mereka, terutama yang sering menganggap dirinya lebih baik daripada orang lain itu.

Kalau dah dalam FB pun tak habis-habis bertengkar, macamana nak bersatu di medan perang?

Monday, August 13, 2012

Demang muncul semula dengan 3 isu BESAR


Kalau ikutkan, Demang memang malas nak update blog Waadat atas beberapa sebab.

Namun ada beberapa isu yang ditonyoh-tonyoh ke muka Demang memaksa Demang untuk beri sedikit komen peribadi.

Pertama, isu artis masuk PAS. Eh, sejak bila pula artis dijadikan rujukan dalam bab politik? Adakah jika seseorang artis memilih sesebuah parti maka itu menunjukkan parti itu BENAR?

Kenapa artis yang suatu ketika dulu terkinja-kinja bekerja melayan nafsu manusia dijadikan contoh pembuat keputusan yang baik?

Dah hilang akal ke kita?

Kedua, isu beberapa orang buangan politik masuk PAS.

Siapa orang politik tersebut? Adakah mereka pemimpin besar dan amat dihormati? Siapa Tamrin? Yang di Sabah atau Sarawak itu pula, siapa namanya? Demang pun tak berapa kenal! Apa yang kecoh sangat ni?

Setahu Demang Tamrin tak pernah dianggap sebagai orang berpengaruh melainkan hanya kerana orang segan pada bapanya Tun Ghafar.

Bak kata Tun Ghafar sendiri apabila orang mengadu tentang Tamrin:

"Manakan sama Tamrin dengan saya. Ayah saya orang susah, ayah Tamrin orang kaya."

Bagi Demang Tamrin dalam politik ibarat melukut di tepi gantang dan sesekali seperti seekor kerbau membawa lumpur...

Begitu juga penyertaan beberapa artis ke dalam PAS. Demang agak PAS bukan sahaja akan terpalit bahkan silap-silap ikut berkubang sama nanti.

Isu ketiga agak terkeluar daripada dua isu tadi. Isu Rohingya!

Sebentar tadi pun Demang terima sekeping foto sekelompok mayat manusia rentung terbakar. (bukan foto di atas. Fotonya lain sikit)

Apa isu di Myamar itu? Selain lokasinya yang tidak begitu jauh dari tempat tinggal kita sekarang, kemelut tersebut juga melibatkan dua penganut yang ada kesinambungannya di negara kita iaitu Budha dan Islam.

Bezanya, di Myamar Budha majoriti Islam minoriti manakala di Malaysia sebaliknya.

Namun dalam demokrasi apabila kumpulan majoriti berpecah maka minoritilah yang akan menang.

Apatah lagi yang dikatakan minoriti itu memegang ekonomi negara!

Faham tak ni?

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)