Ada orang kata, antara orang politik dengan ular hindarilah orang politik.
Demang anggap itu hanya lelucon namun jika betul, maka antara Anwar dengan Najib siapa lebih 'bahaya'?
Kita perlu ingat Najib jadi ahli politik sepenuh masa sejak usia belasan tahun. Sama macam Anwar.
Bezanya, jika ibarat buku dan ilmu (bab ni kena faham betul-betul):
Najib membesar dikelilingi buku-buku ilmiah manakala Anwar bergelut dengan komik dan majalah.
Maksud Demang, Najib membesar dalam suasana politik matang (lantaran beliau berada dalam kerajaan sejak mula) manakala Anwar bergelut dengan politik fahaman yang khayal dengan ideologi perjuangan.
Barangkali akan ada yang mengaitkan dengan realiti dan fantasi namun Demang lebih cenderung mengatakan mereka terasing dari segi praktis dan teori.
Bagi semua di atas sudah tentulah Najib dalam kategori pertama dan Anwar di kelompok kedua.
Pertembungan mereka hari ini boleh dikatakan kemuncak pada karier politik masing-masing. Ia adalah perseteruan peribadi tetapi menjemput penglibatan semua pihak yang dengan cepat membentuk dua kem raksasa.
Setakat ini servis masih di tangan Najib dan dalam kebanyakan permainan ia biasanya menguntungkan.
Semua orang sedang menonton permainan mudah Najib iaitu menabur umpan sebanyak-banyaknya sebelum menyauk kesemua sekali pada pusingan akhir.
Semudah itukah rancangan Najib? Jika setakat itu, tidak perlulah terlalu banyak pengalaman. Demang jangkakan itu bukan muslihat sebenar Najib.
Dengan menabur umpan sehingga hampir kering kontang Najib sebenarnya meletakkan rakyat (baca: pengundi) dalam keadaan serba salah.
Mahu tidak mahu rakyat terpaksa menolak Anwar dalam PRU13 nanti kerana jika Anwar menjadi PM dalam keadaan tiada modal maka rakyat takut Anwar akan mengulangi tindakan penyelesaian cara mudah iaitu BERHUTANG dengan IMF dan sebagainya.
Semua orang tahu kes Anwar yang cuba meminjam daripada IMF dalam krisis kewangan 1999.
Bagaimana dengan Najib?
Najib tidak perlu buat apa-apa jika kekal menerajui kerajaan kerana beliau tidak menjanjikan apa-apa yang baru sebagaimana janji Anwar untuk menang. Najib hanya perlu teruskan sebagaimana sekarang.
Bagi yang kurang faham teori Demang, beginilah:
Sekarang Najib beri rakyat RM10. Maka jika Anwar ingin menunjukkan beliau lebih baik maka beliau perlu menawarkan (janji) melebihi RM10. Jika tidak, buat apa rakyat perlu menukar kerajaan?
Sekarang rakyat sedang bercerita sesama mereka betapa Najib sudah berbelanja untuk rakyat sehingga ke tahap maksimum.
Jika demikian, dari mana Anwar dapat mencari dana agar dapat memberi lebih dari itu?
Itulah sebabnya hal hubungan Anwar dengan Amerika sentiasa dijadikan isu sejak dulu hingga sekarang.
Turun lah ke akar umbi dan tanyalah: siapa yang tidak tahu hubungan Anwar dengan Amerika serta isu IMF?
No comments:
Post a Comment