Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, April 23, 2008

Video peristiwa 10 tahun sebelum merdeka

Kami telahpun menonton dari A hingga Z tayangan video percuma mengisahkan peristiwa 10 tahun sebelum merdeka. Anda juga boleh menonton tetapi mesti lihat dari A-Z dengan mata hati. Lihat yang tersirat dan lihat juga agenda di sebalik pembikinannya. Jangan sampai kena tipu DUA kali. Pertama, kena tipu dengan media kerajaan. Kedua, kena tipu dengan dakyah pembangkang:http://vids.myspace.com/index.cfm?fuseaction=vids.individual&videoid=19914869

Untuk penilaian persembahan, kami beri gred A+ pada pembikinan video tersebut. Persembahan yang amat profesional. Sudah tentu bukan dibuat secara sambil lewa. Tenaga kerja pun ramai. Anda boleh lihat senarai yang terlibat dipaparkan di penghujung tayangan. Jika dilihat dari awal hingga akhir, fokus penceritaan banyak bertumpu pada seorang politikus berbangsa Cina yang telah lanjut usia. Terdapat juga temubual dengan veteren Melayu (orang kampung!). Hal ini amat berbeza dengan tokoh politik Cina yang menjadi pencerita utama video ini (orang bandar).

Malah apabila sampai pada bab 'ramai pejuang AMCJA ditangkap dan dipenjara antara 2-7 tahun', tokoh bukan Melayu tersebut memberitahu bahawa beliau dapat melepaskan diri kerana dua minggu sebelum penangkapan tersebut beliau telah berlepas ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.

"Bijak, bijak... kita minum dulu..."

Sekarang mari kita berfikir secara kritis (para pengkaji sejarah dan politik negara dah kaji sebelum ini. Tapi oleh kerana ada segolongan manusia yang tidak berpuas hati kerana masa tu mereka belum lahir lagi maka marilah kita lihat sekali lagi:1. Semua rakyat Tanah Melayu menjadi 'orang Melayu' (Cina jadi Melayu, Indiapun jadi Melayu, Inggeris pun jadi Melayu. Mujur belum ada Vietnam, Bangla, Afrika dsb). Memang idea yang indah dan mempersonakan.-Pemimpin UMNO bantah-pemimpin kaum lain sokongErtinya, cadangan ini merugikan kaum Melayu dan menguntungkan kaum bukan Melayu terutamanya Cina. Ketua-ketua kaum India memang bersetuju kerana persaingan terbuka akan memberi kelebihan pada mereka yang merupakan golongan peniaga.Masalah di Malaysia sejak merdeka hingga kini bukan kerana penduduknya berbilang kaum tetapi kerana luasnya jurang perbezaan ekonomi antara kaum. Kenyataan ini adalah fakta penting yang menjadi asas kepada pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB). Orang Melayu tidak boleh selamanya ditipu dengan dakwaan bahawa orang Melayu memang bangsa mundur yang sukar berjaya dalam bidang ekonomi. Para cendekiawan serta pemimpin Melayu tidak akan mendiamkan diri malah secara berterusan akan memberitahu orang Melayu tentang hakikat sejarah: Bukankah orang Melayu pernah menubuhkan empayar Melayu Melaka sehingga terkenal dan gah seantero dunia? Bangsa apakah penduduk Melaka itu? Hantu raya manakah yang telah memajukan Melaka dan meletakkan Melaka sebagai yang terbaik di dunia kalau bukan orang Melayu? Melaka adalah pusat pentadbiran, pusat perdagangan, pusat dakwah Islamiyah dan pusat kajian ilmu pengetahuan (tanpa ilmu bagaimana hendak berdakwah?).Apabila realiti ini diketahui dan disedari, putera-puteri Melayu akan bangun dan bertanya kenapakah mereka selaku cucu cicit bangsa Melayu Melaka (baca: Malaysia) begitu teruk ketinggalan setelah merdeka? Mereka akan dapat jawapannya:1. Kaum pendatang meredah lautan luas dengan tekad untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik di sini.2. Sesampai di Tanah Melayu mereka diberi pekerjaan dalam bidang yang berpendapatan lumayan (lombong bijih -kami sudah mengupasnya panjang lebar sebelum ini).3. Pihak pentadbir Inggeris menyediakan prasarana dan kemudahan untuk mereka menggiatkan ekonomi hiliran.4. Pihak Inggeris lebih 'mempercayai' kaum pendatang dalam menyalurkan sebarang peluang ekonomi kerana jika peluang tersebut diberikan kepada penduduk pribumi, mereka akan berkemampuan untuk menentang penjajahan.Sementara itu di pihak lain:1. Orang Melayu meneruskan ekonomi sara diri di kampung-kampung terpencil.2. Orang Melayu dikekalkan di ceruk-ceruk kampung bagi mengusahakan makanan untuk penduduk Tanah Melayu termasuk penjajah dan pendatang.3. Tiada peluang pendidikan melainkan setakat belajar menulis dan membaca.4. Dan banyak lagi kedaifan yang telah dijelaskan sebelum ini.Sekali lagi diulangi, pada tahun 1957 ketika kaum Cina sedang memecut laju menghampiri garisan penamat orang Melayu masih terkial-kial mencari garisan permulaan. Masih ternanti-nanti bunyi wisel permulaan padahal perlumbaan telah lama bermula. Masih tercengang-cengang melihat panjang dan lurusnya trek perlumbaan. Mereka tidak tahu bahawa trek tersebut juga bersimpang siur dan mempunyai banyak selekoh. Mereka juga tidak mengerti betapa permukaan arena perlumbaan juga bukannya sama dan rata. Aduhai bangsaku... Jika tidak dibimbing, bagaimanakah nasibmu? Sedangkan orang lain telah lebih awal dibantu. Mereka ada pelbagai pertubuhan dan persatuan yang sentiasa membantu. Sekolah mereka telah lama dibuka di kawasan-kawasan utama. Tetapi orang Melayu apabila cuba dibantu akan disindir! Sekarang mereka mahu peluang dibuka sama rata. Marilah kita berharap agar arnab akan tertidur lagi dalam perlumbaan dengan kura-kura. Kalau terdengar suara pemimpin bersuara, kita sorakkan sahaja dengan lirik lama "Biarkan... biarkan... biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya"Wallahu alam.
Posted by Cheguman at 11:34 PM 3 comments

Artikel ini adalah tulisan Cheguman yang pernah disiarkan dalam blog binanegara.blogspot.com on Saturday, March 29, 2008

2 comments:

Ikhwan Fikri said...

sy menonton video tue beberapa bulan yang lalu...

sy rasa tersentuh dengan perjuangan mereka...tidak semestinya golongan kiri (selalu dianggap jahat) berbeza. tetapi video ni membuka mata kita bahawa bukan pihak golongan kanan saja yang berusaha memerdekakan negara kita yang tercinta ini.


pada akhir video agak sayulah bila semua yang memperjuangkan kemerdekaan pernah dipenjara 4-7 tahun diatas nama menentang komunis....d tambah pula dengan lagunya..(tajuk apa ya lagu tue?)

perlu ada usaha untuk mencari kebenaran dan juga kisah2 susur galur perjuangan golongan kiri supaya tidak hanyut ditelan zaman...


jika negara kita dijajah lagi, sanggupkah orang berkorban jiwa dan raga seperti orang zaman dahulu?...
tepuk dada tanya selera...:-)

Cheguman @ Demang Lebar Daun said...

Ikhwan,
Memang perjuangan golongan sosialis tersebut perlu juga dikenang. Cuma kita jangan terpengaruh dengan idea pembinaan negara mengikut acuan mereka. Sebaiknya saudara membaca Memoir Kasim Ahmad: "Mencari Jalan Pulang; dari sosialis kepada Islam."

Selamat membaca.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)