Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, April 23, 2008

Negaraku: mengancam, diancam atau terancam?

Salinan daripada binanegara.blogspot.com Tuesday, March 25, 2008
by cheguman

Masa sekolah dulu, ada satu teka-teki berbunyi begini:Bila kita kejar anjing, dia lari. Kemudian dia akan berhenti sebentar, menoleh ke belakang. Kemudian, dia lari lagi, berhenti, toleh belakang dan lari lagi. jika kita masih mengejarnya, dia akan lari lagi. Soalannya, kenapa anjing itu berhenti dan menoleh ke belakang?Jawapannya mudah tetapi sering kali tidak dapat dijawab. Anjing itu menoleh ke belakang kerana dia tidak ada cermin pandang belakang. Kalau kita memandu kereta atau menunggang motorsikal, kita tidak perlu menoleh ke belakang. Cukup dengan hanya mengerling pada cermin sisi untuk melihat sesuatu yang berlaku di belakang kita.Jangan salah anggap. Kita bukan nak meniru perlakuan haiwan itu. Jika anda orang Melayu dan rasa sensitif apabila dibandingkan dengan anjing, ertinya anda masih Melayu tulin atau 'ori', kata budak-budak sekarang. Maklumlah, orang Melayu kini sudah semakin hilang sensitiviti kemelayuan dan keislamannya. Cuma dalam hal ini, sebagai insan yang dikurniakan akal fikiran, terdapat beberapa perlakuan yang boleh kita fikirkan daripada gurauan mengenai haiwan tadi.1. Anjing itu lari sebagai satu usaha menghindari ancaman: manusia.2. Anjing itu berhenti dan menoleh ke belakang bagi melihat apakah ancaman masih ada.3. Anjing itu sentiasa memandang ke depan semasa berlari kerana faktor keselamatan jalan raya. (anjing lebih rasional berbanding mat rempit!)Berbalik pada soal membina negara, sememangnya terdapat banyak perkara yang sedang mengancam keselamatan negara. Salah satu daripadanya ialah globalisasi.Namun kita tidak boleh lari seperti anjing tadi. Kita mesti hadapi globalisasi ini dengan persediaan rapi. Kita tidak mampu menentang arus deras globalisasi. Namun kita juga tidak boleh memasuki persada globalisasi dengan berani membuta tuli. Kita harus bijak dan pintar menjadi pemain global.Apabila kita memutuskan untuk menjadi negara maju, maka kita perlu sedar bahawa pesaing kita adalah kalangan negara maju. Dengan kata lain musuh kita kini adalah gergasi-gergasi ekonomi dan raksasa-raksasa perang yang amat hebat. Lihat sahaja bagaimana kuasa barat begitu menggelabah apabila terdapat andaian bahawa abad ke 21 adalah abad untuk Asia. Lantas pelbagai strategi dirancang bagi menyekat dan menggagalkan kebangkitan kuasa baru Asia. Jangan kita lupa, Malaysia adalah salah sebuah negara Asia. Sebab itulah kita turut diserang penyangak mata wang yang mengakibatkan kejatuhan teruk ekonomi negara hampir sedekad lalu dan kesannya masih terasa hingga kini.Mengapa perlu bermusuh dengan mereka?Sudah tentu kita tidak mahu bertumbuk dengan orang yang lebih besar dan kuat daripada kita. Masalahnya orang yang kuat dan besar memang suka membuli dan menguasai orang lain. Lihat sahaja peristiwa silam di negara kita: bermula pencerobohan oleh Portugis ke atas kota Melaka pada tahun 1511, dirampas pula oleh Belanda pada tahun 1641 kemudian dipinjamkan kepada Inggeris pada tahun melalui 'Surat Kew'. Selepas itu Inggeris dan Belanda membelah dua kepulauan Melayu dan dibedak (diagih) antara mereka pada tahun 1824. Pada tahun 1941 datang pula askar Jepun merenggut negara kita dari Inggeris. Tidak cukup dengan itu komunis pula mengganas dan bermaharajalela selama 14 hari pada tahun 1945. Akhir sekali Inggeris menipu dan memperdaya raja-raja Melayu untuk dijadikan tanah jajahan sekitar 1946. Menjelang 1957 Inggeris berjaya 'memaksa' para pemimpin Melayu agar bersetuju untuk berkongsi negara ini dengan para imigran dari China dan India.Kemudian, dalam catatan yang lebih terkini berlaku pula pencerobohan ke atas Vietnam, Afghanistan, Palestin, Iraq dan lain-lain. Tidakkah itu membuktikan bahawa mereka adalah lanun, petualang, penyangak dan perompak sejati?Adakah Malaysia berpotensi untuk dijajah lagi?Soalan ini boleh dijawab melalui dua soalan lain iaitu:1. apakah yang menarik minat kuasa asing terhadap negara kita, dan2. apakah negara kita dianggap satu ancaman kepada mereka?1. Tarikan Petroleum:Kata orang tua-tua, gajah mati kerana gadingnya, badak mati kerana sumbunya. Demikianlah yang berlaku kepada Iraq. Itu jugalah sebabnya Amerika menguasai dan mempengaruhi politik Arab Saudi, Kuwait dan turut campur tangan di negara Arab lain. Tak perlu pergi jauh, sejarah negara kita sudahpun membuktikannya.Daya tarikan penjajahan Inggeris di Tanah Melayu: Mula-mula rempah kemudian bijih timah dan kini minyak.2. Ancaman IslamMalaysia adalah negara yang mempelopori OIC, mengutamakan sistem perbankan Islam, mempromosi produk halal dan giat dalam pendidikan tinggi Islam. Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri telah cuba mencabar sistem kewangan dunia dengan cadangan penggunaan dinar emas. Malangnya cadangan tersebut tidak disokong oleh Arab Saudi yang dipengaruhi Amerika. Tun Mahathir juga telah mencabar IMF dan Bank Dunia dengan cara menolak 'bantuan' badan dunia itu: satu tindakan yang membantutkan rancangan jahat yahudi.(Kita akan bincangkan hal ini dalam topik "Yahudi Mencatur Dunia" nanti).Apabila Pak Lah menjadi Perdana Menteri, beliau melancarkan konsep Islam Hadhari. Semua ini dianggap satu ancaman kepada kuasa besar sedia ada.Jangan lupa, sejarah mencatatkan bahawa salah satu faktor serangan ke atas Melaka ialah kerana faktor ini: Melaka pada masa itu adalah pusat pentadbiran, pusat perdagangan dan pusat dakwah Islamiah. Tidakkah kuasa asing melihat bahawa elemen-elemen ini masih ada pada negara kita?Apa pula kaitannya dengan realiti politik hari ini?Tunggu analisa PRU 12 dan impikasinya terhadap politik negara yang akan dibentangkan di sini tidak lama lagi.Wallahu alam.
Posted by Cheguman at 7:21 AM 0 comments

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)