Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, January 21, 2009

Boikot KFC: Demang mohon maaf

Boikot KFC?

Beberapa hari lalu Demang menulis satu artikal dalam blog waadat ini bagi mengajak pembaca memulaukan (boikot) tiga produk iaitu KFC, Coca Cola, dan Caltex. Terdapat seorang pengunjung telah mempersoalkan mengenai status hak milik KFC Malaysia yang katanya sebenarnya tidak lagi mempunyai kaitan dengan US. Menurut beliau, KFC di Malaysia telah dimiliki sepenuhnya oleh JCORP dan tiada sebarang royalti perlu dibayar kepada KFC di US.

Demang ucapkan terima kasih kepada yang menegur tersebut. Cuma Demang harap jika menegur orang lain di lain kali, gunakan lah bahasa yang lebih bersopan. Demang tak apa... Demang dah faham dengan fe'el sebilangan kecil puak pembangkang yang sering berfikiran negatif ni... Biasanya pembangkang yang agak positif ialah orang PAS. Pembangkang yang negatif biasanya daripadaa PKR/DAP.

Apabila pengunjung tadi menyebut JCORP maka serta merta Demang teringatkan saudara Azli Shukri (http://azlishukri.blogspot.com) kerana blogger tersebut pernah menemubual pengerusi JCORP. Maka Demangpun menghubungi Azli melalui SMS. Tidak lama kemudian SMS Demang dibalas. Rupa-rupanya saudara Azli telah bertindak menghubungi pihak JCORP untuk mendapatkan kepastian.

BENARLAH. JCORP telah membeli keseluruhan kepentingan dalam KFC Malaysia dan kini mereka tidak perlu lagi membayar sebarang royalti kepada syarikat induknya.

Bagaimana waadat boleh memasukkan KFC dalam senarai boikot?

Ceritanya begini:

Pada peringkat awal cadangan untuk memboikot produk US-Yahudi nama KFC memang Demang tidak masukkan dalam senarai. Malah dalam persidangan maya Bloggers Pembela Negara (BPN) pun nama KFC tidak disenaraikan.

Pada suatu malam Demang telah menyebarkan email kepada semua kenalan Demang yang alamat emailnya ada dalam simpanan Demang. Dalam email tersebut nama KFC tidak dimasukkan.

Keesokannya seorang sahabat Demang membalas email tersebut dengan satu pertanyaan: “Adakah saudara pasti yang KFC tidak termasuk dalam senarai produk yang perlu diboikot?”

Ya tak ya jugak, fikir Demang. Ada logiknya pertanyaan sahabat Demang tersebut. Beliau sebenarnya baru menamatkan sarjananya di US dan kini menjawat profesor madya di sebuah IPTA.

Tengahari berikutnya Demang solat Jumaat di sebuah masjid di Melaka. Sebaik melangkah ke dalam masjid tersebut Demang terpandang sekeping poster dilekatkan di sebelah pintu utama ke dewan solat.

Poster tersebut bertulis:
“JANGAN MAKAN KFC, JANGAN MINUM COCA COLA, JANGAN ISI MINYAK DI CALTEX.”

Dengan dua 'cadangan' tersebut maka Demangpun menulis artikel tersebut. Ternyata, kali ini Demang tersasar!

MAKA DENGAN INI DEMANG MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA PIHAK TERUTAMANYA PIHAK PENGURUSAN KFC MALAYSIA, PIHAK JCORP, SEMUA KAKITANGAN KFC MALAYSIA DAN JCORP, SEMUA PENGUNJUNG WAADAT, SERTA SELURUH RAKYAT MALAYSIA ATAS KESILAPAN INI.

MAAFKAN DEMANG…

Memang silap Demang. Walaupun Demang tuliskan tadi tentang email seorang sahabat, namun itu bukan salah beliau. Sahabat Demang itu sekadar bertanya. Sepatutnya Demang membuat sedikit penyelidikan sebagaimana yang selalu Demang lakukan sebelum ini.

Tiba-tiba Demang terfikir… beginilah jadinya apabila pengundi menerima bulat-bulat dakwaan dan tuduhan pembangkang dalam kempen pilihan raya. Akhirnya para pengundi ‘memulaukan’ calon kerajaan sedia ada.

Demang dengar hal ini berlaku juga di Terengganu baru-baru ini.

16 comments:

Panglima Perang Cyber said...

Orang yang berani ialah orang yang berani mengaku dia silap.

Tidak dikira berani jika kita gagal mengakui kelemahan diri kita sendiri.

Tidak dianggap hina jika ada orang mengaku dia juga ada salah silap sebagai manusia biasa.

Tahniah Demang...

Pengalaman pasti mendewasakan !!

saya akan sebarkan maklumat ini kepada sahabat sahabat kita.

Generasi Pejuang Bangsa said...

betul tu demang ..setiap manusia melakukan kesilapan kan ..lepas ni boleh la makan KFC ,lama dh tak makan ..hehe

demang ,nak tanya sikit ..kenal tak zulkurnain keja di Bukit Mertajam Penang ..actually dia rakan kerja saya dan kenal demang di BPN..

Tai said...

ha, baguslah kalau demang berani sedar dan say sorry. Ni ada orang, dia tau dia salah, tapi, masih nak membelok tempat lain. Amboi, leceh betoi.

Azizahns said...

saya pun ade tersilap pasal kfc. saya sedar apabila KFC ditemuramah di saluran 502

QasehNuryz said...

Thks Demang for the info.
KIta silap kita mengaku..orang akn lebih respect;-)

Sy pun dp tau smlm lepas tersebarnya byk email jgn boikot KFC.

Rindu nk makan zinger meger hehe

Cheguman said...

Terima kasih kepada anda semua. Ini satu pengajaran dalam perjuangan.

Semoga kita akan saling ingat mengingati dan berani menyatakan kebenaran dengan cara yang betul.

Saya telahpun memadamkan semua artikel berkenaan.

Jeepers Creepers said...

Syabas saudara kerana sanggup mengakui kesilapan sendiri. Tidak seperti sesetengah pemimpin politik hari ni.

Dan kini bolehlah saya makan KFC lalala..dah lama ngidam ha ha ha.

kulatlapok said...

salam Tuan Demang:

Wa manyak salute sama tuan Demang.. berani kerna benar, walaupun kita buat silap namun kebenran pasti hak kita jua..

WARIS PAHANG said...

hari sabtu ni aku akan mkn kfc. lama dah tak mkn

azlishukri said...

terima kasih sudi menghubungi saya.

man_helang said...

dlm pada memboikot...dan lg berselit politik tu...ha ha ha...demang2...sama2lah kita doakan kesejahteraan kaum muslimin seluruh dunia...insyaallah...

taman taman ilmu said...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

dengan menyebut nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

segala pujian hanyalah kepada Allah SWT,

shalawat salam kepada Baginda Muhammad Rasulillahi SAW dan kepada ahli keluarga Baginda SAW serta para Sahabat-sahabat baginda Rasulillahi SAW yang berjuang ke jalan Allah,

salam ya demang lebar daun yang kami hormati,

demi masa, kami memerhati
demi masa, kami berfikir
demi masa, kami berpesan-pesan
demi masa, kami mencari kebenaran,
dan demi masa, kami juga mahu pesan-pesankan kepada kebenaran,

salam ya demang lebar daun yang kami hormati,

telah kami bergabung dan kami sepakati,
telah kami persetujui bagi kenyataan yang terdahulu,
setiap apa saja perkara yang dimulakan dengan 'Bismillahirrohmanirrohim', iani 'Dengan Menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang',
pasti terjaga,
pasti tidak tercela,
pasti terbela,
pasti merangkup segala,

salam ya demang lebar daun yang kami hormati,
terjadi dan terwujud perkara bukanlah dengan sia-sia,
terwujudlah perkara bagi yang mengerti dan yang memerhatikan,

salam ya demang lebar daun yang kami hormati,
kuburan-kuburan lama itu peninggalannya untuk difikirkan,
tinggalan-tinggalan lama itu perlu diterjemahkan, demi masa

salam ya demang lebar daun yang kami hormati,
wujudnya dirimu bukanlah sia-sia, dan demi masa, kami jua memerhati segala.

salam hormat.
taman pulau pulau kecil
mohon beribu ampun kemaafan kepada demang.

Unknown said...

salam,
salam perkenalan.
Teman luper nak minta kebenaran sbb teman td link kan posting Demang ni kat blog teman.

donmny said...

TUAN

1. Begitulah.... sebenarnya konsep dunia tanpa sempadan telah menjadi cara hidup manusia kini.

2. Jika kita sedar, kita juga tidak heran kenapa protes kerajaan kita terhadap AS dilakukan dengan berhati-hati. Sejauh manapun kita marah terhadap AS, adakah kita sedar bahawa AS merupakan antara negara terbesar pasaran eksport Malaysia.

3. Jika AS menghentikan tempahan apakah kesannya kepada rakyat kita yang bekerja dengan syarikat atau kilang yang berkaitan.

4. Kita boleh marah dan segalanya, tetapi akhirnya kemana. Sewajarnya kita marah kepada diri kita sendiri yang masih belum merdeka baik dari segi pemikiran mahupun ekonomi. Berusahalah ke arah kemerdekaan itu dengan bekerja kuat dalam apa lapangan yang kita ceburi pun.

Ibnu Ahmad said...

nak kongsi 1 cerita

sewaktu awal pembukaan RADIX FC (RFC), satu surat saman telah datang dari KFC amerika, saya merasa pelik kenapa ia datang dari KFC amerika. ada kaitan lagi ke KFC amerika dengan KFC malaysia sedangkan daripada emel yg di beritahu bahawa melayu telah ambil 100% KFC malaysia.

aku orang yang xtahu, cuma aku ingin bertanya. Jika KFC sudah beralih tangan kepada orang melayu, bahan2 untuk menghasilkan makanan di KFC sekarang seperti tepung KFC, sos cili dan lain2 diambil dimana. ?

adakah KFC malaysia mempunyai kilang sendiri untuk menghasilkan barangan ini ataupun masih di import dari amerika. kalau KFC malaysia dah ada kilang sendiri, ok la tu. Tapi jika barang2 tersebut masih diimport dari amerika, makna nya kita masih menyumbang pada amerika yang menyokong Yahudi menyerang saudara kita di palestin.

Dari segi perniagaan pula, apa yang aku nampak. KFC amerika sudah nampak kempen boikot barangan amerika akan dibuat oleh umat islam. Bagi mengelakkan mereka mengalami kerugian, mereka menyerahkan syarikat ini kepada orang melayu. Jadi orang melayu berada dalam dilema. Nak boikot atau tak? Lalu tak jadi boikot sebab melayu. MELAYU. Selamatlah syarikat KFC Malaysia.

Orang Melayu memang suka makan ayam. Ayam KFC. Tapi cuba kita tengok di mana-mana KFC, orang india dan cina amat la kurang. KURANG. Sebab mereka tahu makan ayam xbaik untuk kesihatan. Ayam banyak lemak.

Sebab tu, bila ada kenyataan di media yang umat Islam tak perlu boikot KFC, orang melayu akan sebarkannya habis2an. Berjuang habis-habisan. Orang Melayu suka makan ayam.

Just pendapat dari aku yang jahil ini.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita

Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)