Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, April 17, 2018

Jika semua orang UMNO undi calon PAS

Siri masin mulut Demang (21)
Tembok besar china antara 7 binaan ajaib dunia.  Adakah pengundi cina akan undi PAS?

Ada yang tanya Demang, kenapa tak suruh orang UMNO yang undi PAS?

Betul juga. Mari kita lihat kemungkinannya.

Apa yang akan berlaku jika semua orang UMNO undi calon pas yang bertanding guna logo PAS?

Kita ambil semula satu DUN di melaka sebagai sampel:
Islam 16000
Bukan Islam 9000
Jumlah pengundi berdaftar 25000.

Adakah bukan Islam akan beri undi pada parti Islam? Perlu diingat, sebelum ini mereka undi PAS kerana parti itu bersekutu dengan DAP dan PKR. Sekarang tidak lagi.

Itu sebabnya Tun Mahathir berani kata PAS hanya akan menang 15 kerusi kali ini. Perdana menteri selama 22 tahun itu belum nyanyuk lagi.

Demang andaikan 9000 undi nonmuslim akan pergi kepada PH. Maka bakinya 16000.

Undi 16000 terpaksa dibahagi tiga. Maka kita congak kasar masing² akan ada 5000 setelah ditolak yang tak balik mengundi, yang memang ada di situ tapi tak ambil berat, dan yang meninggal dunia.

Jika semua ahli UMNO dan PAS beri undi pada calon PAS, kita dapat 10000 undi. Itu kalau semua setuju.

Orang melayu selebihnya (5000) akan tetap undi PH atas alasan calon itu juga melayu. Apabila dicampur dengan pengundi nonmuslim 9000 tadi maka jumlahnya 14000.

Atas kertas kita sudah kalah!


Bagaimana jika semua orang pas beri undi pada UMNO? Tanpa perlu kita mengulang kiraan tadi, calon UMNO juga akan mendapat 10000 undi.

Namun perlu diingat bahawa calon UMNO akan guna logo BN. Di situ kita harapkan tambahan daripada penyokong MCA, MIC, Gerakan, dan nonmuslim atas pagar.

Mungkin kita tetap akan kalah tetapi kemungkinan untuk menang lebih tinggi.

Harap² begitu lah. Insya-Allah.

Bersambung...
Artikal sebelum ini: demokrasi bukan sistem Islam

Baca dari awal selepas teori RAHMAN, teori RAHIM pula

3 comments:

Anonymous said...

Saya adalah pengundi PAS, bukan jenis yg fanatik. Last election, kws saya di Johor, DUN,PAS (dlm pakatan) vs BN, saya pangkah PAS. Parlimen DAP (dlm pakatan) vs BN, saya pangkah BN.

Kali ni, dijangkakan, DUN, PAS vs PH vs BN, Parlimen pun dijangkakan PAS vs PH vs BN. InsyaAllah dua dua pangkah BN. PAS di Johor, buat pecah undi muslim jer. And insyaAllah so, my wife.

Dan saya menyeru pengundi pengundi PAS Johor, pangkahlah BN, tanpa undi non muslim, logiknya PAS mmg tak boleh menang, buat pecah undi jer. Di Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, terpulanglah, ikut situasi setmpt.

Yg penting jgn sesekali, secara langsung atau tak langsung, walau pun sedikit menyumbang kpd kemenangan geng geng pro anti Islam, anti Hadis, liberal dan LGBT.

Anonymous said...

Insya Allah saya pun begitu. Niatlah kita mengundi untuk kedaulatan Agama dan Tanah Air. Ketepikan fanatik kepartian. Musuh sangat nyata memperkudakan org Islam sendiri. Mahadey 22 tahun jadi pm dia boleh u-turn tanpa rasa bersalah jadi alat perkakas DAP. DAP cuba 'diputihkan' oleh golongan liberal konon2 mereka ini 'menjaga' org Melayu. dengan berbohong isu di pulau pinang. bantu sar dsbngya. dakyat semudah itu boleh pulak mereka sanka baik. org Islam UMNO yang sentiasa bagi bantuan pula di fitnah dan dicaci. Inilah kerosakan pemikiran yang merbahaya!

Anonymous said...

Assalamualaikum,
izinkan saya beri pendapat diluar topik ini. Saya berpendapat demokrasi kuffar inilah punca keroskaan umat Islam. kerana ia berbeza dengan prisip fitrah Islam, konsep Iman dan Taqwa dalam pemilihan Ulul Amri . Sistem undian ala barat ini amata BAHAYA dan cukup RAPUh serta tidka IMMUNE dari sabotaj dan manipulasi yang boleh mengubah pemikiran rakyat dan meruntuhkan negara dan Agama itu sendiri!

Saya dari dulu meragui dan tidak menyukai sistem 'demokrasi' acuan barat ini. Saya cukup pelik dan hairan dengan golongan yang taksub dengan perkataan 'demokrasi' ini. Contoh2 seperti Hisham Rais, pentaksub2 reformasi. Dalam benak otak mereka terlalu bertuhankan sistem ini! Jika dikritik mereka akan mencerca kita seolah2 terlalu suci berbanding Ajaran Islam.

Sistem ini mudah dimanipulasi melalui pemikiran dan doktrin. Bertuhankan demokrasi suara rakyat suatu yang jelik seolah-olah rakyat itu terlalu besar, akhirnya ia akan terbabas kerana terlalu mengagungkan suara rakyat.. akhirnya melanggar prinsip Ketuhanan, rakyat lebih 'dituhankan'. (Nauzubilllah). Inilah yang berlaku semenjak laungan topeng golongan kuffar atas nama reformasi Anwar Ibrahim!

Laungan demokrasi hanyalah lebih kepada kuasa mana yang dominan dalam menguasai pemikiran. Jadi jika kejahatan berleluasa dan golongan itu yang menguasai pemikiran, rakyat yang begitu juga akan memilih pemimpin yang tak betul.

Contoh bila DAP sekarang sudah dianggap 'mesra' Melayu dan Islam melalui doktrin2 palsu, jadi minda orang Islam sendiri sudah terpedaya dan rosak. Akhirnya sanggup reda memilih kafir laknatullah ini atas alasan menjatuhkan 'kleptokrat', slogan2 kuffar yang cukup mudah meresapi minda rakyat yang jahil dan lemah jatidiri.

Walaupun dalam Islam tiada mekanisme khusus ditetapkan, tapi penetapan asas Iman dan Taqwa itu sudha jelas. Pemilihan Ulul Amri yang bagaimana, dan sistem yang diamalkan ialah lebih kepada penetapan Syura.

Syura /mesyuwarah telah mengatasi 'pilihanraya' dimana calon terbaik telah ditapis melalui SYura yang menentapkan syarat2 calon yang menepati kehendak Islam. Jadi calon2 terbaik ini akan masuk bertanding. Seolah2 ialah demokrasi tetapi telah terpimpin oleh sistem Islam.

Jadi mana2 calon yang menang tetap yang terbaik..tidak akan melampau prinsip atau melanggar Islam. Sistem ini sebenarnya dulu telah di amalkan oleh PAS. Sebelum PAS mengalami kerosakan dalaman oleh kemasukan golongan liberal.

Wallahualam

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)