Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, April 25, 2018

Budi bicara agong lantik perdana menteri

Siri masin mulut Demang (40)
Keputusan akhir tetap pada YDA. Ini bukan setakat negara beraja tapi memang raja yang punya.


Sultan Muhammad V. Baginda adalah khalifah dan dalam masa yang sama hamba Allah.

Setakat mana kuasa Yang Dipertuan Agong (YDA)? Demang kata YDA memiliki kuasa mutlak.

Bahagian eksekutif iaitu jemaah menteri diketuai perdana menteri masih takluk di bawah kuasa YDA.

Baris² selepas ini Demang quate dari buku perlembagaan:

Dalam perlembagaan Perkara 43 menyatakan:
(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam penjalanan fungsinya.
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;


Lihat ayat "pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;"

Bermakna YDA tidak perlukan sebarang bukti bahawa bakal perdana menteri berkenaan sudah mendapat sokongan majoriti ahli parlimen. Baginda boleh guna naluri.

Dua perkataan penting di situ iaitu 'pada hematnya' dan 'mungkin' sudah memadai untuk baginda melantik seseorang menjadi perdana menteri.

Maka plihanraya hanya untuk mencari wakil rakyat yang akan bermesyuarat bagi menasihati YDA mentadbir negara.

Sebagaimana tercatat tadi bahawa perdana menteri adalah dilantik oleh YDA.

Apa kriterianya?
1. Pada hemat YDA orang itu sudah mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.
2. Tidak ada.
3. Tidak ada.
4. Lihat semula nombor 1 di atas.

Itu sebabnya Demang katakan bahawa YDA adalah berkuasa mutlak. Perlembagaan yang disediakan hanya bagi mengesahkan kemutlakan kuasa baginda.

Apapun Demang sedar barangkali ada yang mengatakan Perkara 43 itu belum cukup kukuh bagi menyatakan bahawa YDA berkuasa mutlak.

Demang belum habis berhujah sebab tidak mahu menulis terlalu panjang pada setiap posting.

Kita kayuh pelan².

Waalahu'alam.

Bersambung... Ahli pas kena pecat

Artikal sebelum: perdana menteri cina

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya


1 comment:

Anonymous said...

Selama ni ramai yg tak tahu kuasa sebenar YDA sebab belum lagi ada peristiwa diperingkat persekutuan.. pernah berlaku peringkat negeri yakni Perak dan Selangor sahaja...

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)