Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, April 21, 2018

Umno haram lagi

Siri masin mulut Demang (31)
Yang Dipertuan Agong adalah ketua negara kita. Kuasanya dipecah tiga dan Perdana Menteri hanya satu daripadanya.


Usaha merampas kuasa daripada BN bukan setakat melalui pru sahaja. Usaha masih dilakukan bagi menghalang umno menyertai pru-14 melalui undang².

Penangguhan bagi mengadakan pemilihan umno dikatakan bersalahan dengan peruntukan undang².

Andai umno tiada maka pas lah penggantinya. Maka orang umno terpaksa memberi undi pada pas.

Situasi ini nampaknya selari dengan keputusan pas untuk meletakkan calon di lebih 150 kawasan parlimen.

Apa implikasi pada pembangkang? Demang rasa jika pas menggantikan umno pembangkang tidak untung.

Kecenderungan orang melayu pada islam semakin hari makin menebal.

Hanya dua parti orang melayu iaitu umno dan pas. Pkr atau pribumi hanya parti semasa, sama macam S46.

Yang tidak islamik akan tersisih.

10 herba terbaik dunia di dalamnya

Kedudukan dalam parlimen akan berubah. Bahkan kita juga akan menyaksikan satu sejarah baru dalam barisan kabinet Malaysia.

Ketika itulah konsep RAHIM akan nenggantikan teori RAHMAN.

Lihat semula telahan Demang dalam siri² yang lepas.

Bagaimana nasib pemimpin umno?
Kita imbas kembali bagaimana ketika umno diharamkan kali pertama dulu. Tun mahathir yang menjadi presiden umno ketika itu akhirnya diberi kepercayaan untuk mengetuai kerajaan walau mahkamah telah memutuskan pendaftaran umno dibatalkan.

Ketika itu parti² komponan buat keputusan atas dasar setiakawan.

Faktor setiakawan ini bukan alasan main². Jika tidak dilakukan ia boleh ditafsir sebagai pengkhianatan. Maka jika itu terjadi maka akan berlaku huru hara. Orang melayu takkan berdiam diri.

Jika pas menggantikan umno ia tidak bertentangan dengan pendapat Demang sebelum ini bahawa pas tidak mungkin menang. Maka kemenangan pas nanti adalah atas ehsan umno.

Sejarah berulang walau tidak sama. Kalau dulu parti² komponan seperti mca dan mic menyerahkan kembali pada umno untuk menerajui kerajaan maka begitu juga kali ini. Insyaallah.

Bezanya, kali ini pas yang akan memikul amanah tersebut. Pas akan mempelawa umno untuk sama² membina kerajaan.

Demang tidak mahu ulang berkenaan nasib dan kedudukan najib serta lain² pemimpin umno. Anda boleh gelintir semula dari awal siri masin mulut Demang ini.

Yang perlu kita ingat ialah Malaysia adalah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen raja berperlembagaan.

Ketua negara kita ialah Yang Dipertuan Agong, bukannya Perdana Menteri.



Bersambung...

Artikal sebelum: pas ganti umno

Baca dari awal: selepas teori RAHMAN konsep RAHIM pula

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

2 comments:

Anonymous said...

SIRI#1 BAHAYA MAHATHIR LAKNATULLAH

Pada topik kami yang lebih awal tahun lalu kami menceritakan bagaimana Mahathir boleh dapat akses nama Fatimah ada 100 dalam electoral roll?

Adakah bekas Pengerusi SPR yang kini ahli Parti Bunga membantunya melalui kakitangan SPR?

Jika ada 100 nama Fatimah dalam satu kawasan, adakah ia salah Najib?

Siapa yang Key In nama pada komputer? Najib kah?

Dengan Mahathir “dabble” dengan nama di elctoral roll pun kita boleh tahu apa dia sedang buat dengan nama nama pengundi.

Sedang rancang sesuatukah Mahathir?

Mahathir juga jelaskan cara cara Najib akan menipu seperti mana seorang pakar menipu sedang bercerita.

‘It takes a bigger thief to catch a theif’ hanya bapa pencuri sahaja dapat tangkap pencuri kata pepatah orang putih.

Peliknya akibat terdesak, Mahathir tidak dapat bezakan”kerja” SPR dengan nama “Najib”.

Tindakan SPR pun di katanya tindakan Najib.

Tindakan RoS pun di katanya tindakan Najib.

Begitu celarunya Mahathir.

Kini negara dalam bahaya jika Mahathir sudah bermain dengan nama nama pengundi dengan cara menipu di PRU14.

Bahaya kerana mengenali Mahathir dia akan pre-empt dan set minda rakyat dengan andaiannya terhadap Najib apa yang dia sendiri akan lakukan dan kemudian apabila dia melakukannya dia akan kata “kan saya dah kata Najib yang lakukannya”.

Kami juga sudah beritahu dan “alert” pihak tertentu apabila Mahathir mengandaikan Najib akan lakukan huru hara apabila keputusan PRU keluar.

Ini kerana seperti yang di lakukan oleh Yahudi dinamakan “mind control” dan “crowd control” atau “mass control” untuk melontar kesangsian kepada pihak lain terlebih dulu sebelum mereka sendiri bertindak melakukannya.

Mahathir juga mengamalkan cara “Joseph Goebbels” menggunakan kaedah mengulang pembohongan sehingga minda lemah percaya itulah yang benar.

Itulah sebabnya Mahathir sentiasa me’Najib’kan semua perkara, sehingga soalan berkenaan kekayaan anaknya pun nama Najib yang di sebut.

Mahathir tidak tahu apa apa yang terjadi ketika dia menjadi Perdana Menteri, Mahathir juga tidak tahu partinya tidak adakan AGM dan hantar laporan kepada RoS lambat dan palsu, tapi Mahathir amat tahu macam macam cara Najib akan tipu pada PRU14.

Hebat tak?

Cheguman said...

Terima kasih atas perkongsian. Menarik.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)