Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, April 26, 2018

Parti baru PAS tiruan

Siri masin mulut Demang (43)
Belum apa² mat sabu dah dapat 7 kerusi. Jadilah. Setidak²nya dapat jugak.


Dengan adanya PAN baru kita tahu bahawa bukan semua yang sokong pas dulu berniat perjuangkan islam.

Ada yang masuk pas semata² kerana marahkan umno. Yang marahkan umno itu pula ada banyak faktor tersembunyi.

Ada yang sebab peribadi, ada yang sebab sakit hati, dan ada yang kerana dengki. Tapi alasan² itu disorok kejap² dalam hati. Takut orang tau. Seolah² bagi mereka jika Allah taala tau, tak kesah lah.

Dia lupa bahawa Allah maha mengetahui. Akhirnya terburai juga isi perut. Akhirnya orang lain pun tau niat serong mereka selama ini.

Apabila sudah tidak bersama parti islam maka perilaku pun tak begitu dikawal. Ulama pun dah berani disindir² dan dikutuk. Padahal dulu bukan main marah kalau dengar orang mengata ulama.

Tuhan nak tunjuk supaya kita lebih menjaga diri.

10 herba terbaik dunia di dalamnya

Berpolitik tidak salah. Namun perlu sedar bahawa ada malaikat yang sentiasa catat dosa dan pahala kita tak kira di mana. Begitu juga posisi kita. Tidak kira samada kita pemimpin atau pengikut.

Amal maaruf dapat pahala, buat munkar dapat dosa. Kita diperintahkan agar amal maaruf nahi munkar.

Jangan ingat hanya pemimpin menipu yang berdosa. Pengikut yang menyebarkan fitnah pemimpin juga dilarang oleh Allah taala. Rasululullah sallallahu alaihi wasallam ajar kita yang baik² sahaja.

Jangan lepas tangan dengan bagi alasan kita sekadar share sahaja. Nanti malaikat kata, memang awak tak salah tapi sebab awak ikut dia maka teruslah ikut dia masuk neraka.

Nauzubillahi min zalik.

Kepada yang bukan islam Demang nak beritahu. Kalau ada orang islam buat perkara tak senonoh, itu adalah sifat jahilnya terhadap islam. Padahal Islam ajar yang baik² sahaja. Islam suruh penganutnya tolong menolong tak kira bangsa atau agama.

Allah subhanahu wa taala berfirman yang artinya,

“Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (QS Al Maidah 2)

Waalahu'alam.

Bersambung munafik

Artikal sebelum: ahli pas kena pecat

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Saya sampai kini masih keliru apa hala tuju politik PAN dengan berpresidenkan Mat Sabu. Selain lawak jenaka, slapstik dan fitnah murahan, apa yg Mat Sabu mampu lakukan? Dengar ucapan beliau, lebih banyak ketawa berbanding ilmu. Mungkin sebagai penglipur lara lebih sesuai. Caci maki dan menghina sudah tidak boleh dipisahkan dpd mulutnya bila berhadapan dgn mikrofon. So, nak kemana PAN seterusnya? Akhir kalam, PAN hanya menanggung tugas skrew melayu dan Islam shj selaku parti tajaan DAP.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)