Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, April 30, 2018

Ambil kesempatan


Yang Demang Sedang Fikir (10)
Semalam terserempak samsul pkr masuk kampung. Tradisi sini poster parti lain memang tak diterima.

Tinggal 10 hari lagi kita akan mengundi.

Apa yang kita pilih? Kita pilih wakil² untuk bermesyuarat di parlimen.

Dari segi perlembagaan, yang kita pilih hanyalah bendahara dan menteri²nya. Kita tak pilih ketua negara.

Kaedahnya begini. Rakyat akan memilih wakil bagi kawasannya. Nak kata kampung bukan, nak kata daerah pun bukan. Ia dipanggil kawasan parlimen.

Untuk pru ini kita akan memilih 222 orang wakil di parlimen. Mereka mewakili 222 kawasan parlimen.

Agong (YDA) akan melantik salah seorang daripada 222 orang itu yang dirasanya dapat sokongan majoriti ahli parlimen menjadi ketua. Kemudian, ketua tersebut akan melantik beberapa orang dipanggil jemaah menteri.

Ketua itulah yang dipanggil perdana menteri.

Selain perdana menteri yang mengetuai pentadibiran, Agong ada dua badan lagi di bawah baginda iaitu pengadilan dan perundangan.

Pengadilan diketuai Ketua Hakim Negara manakala perundangan di parlimen.

Dalam parlimen ada dua dewan iaitu dewan rakyat dan dewan negara. 222 orang wakil rakyat yang kita pilih itu bermeyuarat di dewan rakyat.

Kita tak pilih ahli dewan negara. Sebahagian dari senator² di situ dilantik terus oleh Agong tanpa melalui pemilihan.


10 herba terbaik dunia di dalamnya

Demang ceritakan hal ini supaya rakyat tahu kenapa kita buat pilihanraya. Nampaknya pemilihan ini tidak lah serius sangat hingga terpaksa memutuskan silaturrohim.

Kita bukan nak tentukan ketua negara. Yang nak kita pilih ini cuma satu daripada 3 pembantu ketua negara.

Yang jadi serius ialah apabila pihak yang dilantik menyalahguna kuasa. Demang maksudkan bukan rasuah, pecah amanah dsbnya.

Itu kesalahan jenayah.

Penyalahgunaan kuasa yang Demang maksudkan ini bukanlah jenayah. Ia dibuat mengikut prosedur dan undang².

Contoh paling tepat ialah ketika DAP menguasai perak mereka meluluskan pemilikan tanah selama 999 tahun.

Mereka tak langgar undang² bahkan mereka ikut undang².

Ya. Istilah yang lebih sesuai ialah mengambil kesempatan ketika berkuasa.

Wallahualam.

Bersambung: tua lawan muda

Artikal sebelum: nik omar dan agenda IRC

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

No comments:

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)