Bersukan juga termasuk kita beramal dengan ilmu. Tapi ada yang kata bazir masa buat sukan sebab silibus subjek math tertinggal.
Kata orang Arab, ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah.
Kata Imam Ghazali: Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.
Kedua² pendapat tu Demang salin dari sumber lain. Jadi, tak payahlah Demang pening² kepala memikirkan kaitan antara ilmu dan amal.
Dalam menghadapi ujian pilihan raya atau pru-14 ini, banyak isu akan dikeluarkan. Nak tak nak kita terpaksa tengok dan dengar.
Apa pilihan kita? Perbanyakkan ilmu dan cuba beramal dengan ilmu itu.
Contoh ilmu, kita belajar bahawa "sabar itu separuh daripada iman."
Contoh amal, kita cuba bersabar apabila datang sesuatu yang mengusik emosi.
Itu contoh dari Demang. Contoh lain, anda sendiri temuinya hari².
Wallahu'alam.
Semalam Demang cerita pasal lalat.
No comments:
Post a Comment