Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, April 23, 2018

Chin peng orang berpengaruh

Siri masin mulut Demang (35)
OBP (orang berpengaruh) boleh menggerakkan pengikut buat apa sahaja tanpa disedari. Hati² memilih pemimpin. Silap pilih dia bawa kita bersamanya ke neraka.

Selain hero, cara untuk cepat terkenal ialah menjadi penjahat. Ia bukan hanya dalam filem, realiti pun begitu.

OBP (orang berpengaruh) belum tentu orang baik. Ia belum tentu menepati ciri² kerajaan RAHIM yang Demang katakan.

Robin hood adalah OBP. Chin peng juga OBP. Bahkan mat sabu dan zaid ibrahim juga OBP. Soal sejauh mana pengaruh yang mereka ada tidak penting. Setidak²nya mereka ada pengikut.

Kerajaan yang terbentuk selepas pru-14 ini terdiri daripada intan terpilih. Serpihan kaca apatah lagi plastik akan tersisih.

Air sama air, sampah ke tepi jua.

Rakyat yang baik akan menzahirkan pemimpin yang baik. Pemimpin yang baik akan melahirkan rakyat yang baik. Namun adakah rakyat sudah terbaik?

Ia seperti teka-teki klasik: yang mana dulu antara ayam dengan telur?

10 herba terbaik dunia di dalamnya


Tak lama lagi kita akan memilih pemimpin. Meski demokrasi tidak sempurna namun itulah sistem yang kita guna sekarang. Buat keputusan dengan bijak. Bukan setakat bijak untuk di sini tetapi bijak untuk sampai di sana.

Itulah maksud bijaksana.

Kali ini tak perlu ikut cakap tukang kempen dan tukang sorak. Kita pilih mana calon yang menepati ciri ulil amri.

Pertama, ia mesti melaksanakan amal maaruf dan nahi munkar. Kedua, sebagai pemangkin bagi menyambung silaturrohim.

Tugas pemimpin bukan basuh pinggan di rumah kenduri atau menangkap ikan. Jika dilakukan itu hanya untuk menunjukkan kemesraan. Salah satu cara bersilaturrohim.

Tak perlu kita kutuk² atau sindir². Itu hanya menampakkan ketidakmatangan kita berpolitik. Rasululullahi sallallahu alaihi wasallam tak ajar kita begitu.

Pemimpin perlu banyak mendidik rakyat samada melalui lisan mahupun perbuatan. Demang ulang sekali lagi, pemimpin kena mendidik.

Orang macam cikgu mustafa musa ini elok ada dalam kerajaan. Pengalaman beliau berpuluh tahun mengurus pendidikan swasta sendirian tidak harus dibiar begitu sahaja. Beliau macam zahid hamidi yang tak tunggu orang lain buat baru nak buat.


Melalui pendidikan rakyat akan lebih berkualiti. Produktiviti pun akan meningkat. Rakyat akan bergerak ke arah amal makruf. Buang sikap malas dan  sikap 'nanti dulu'.

Apabila rakyat sibuk dengan amal makruf maka insyaallah akan terhindar nahi munkar. Rakyat akan faham erti bersyukur tidak berkeluh kesah.

Nak bagi puas semua orang tak 'kan mampu. Nak bagi adil pun tak boleh. Hanya Allah taala maha adil. Itupun selalu kita merungut.

Diberi hujan kita mengeluh, diberi panas pula ada yang merungut. Tidak adilkah Allah? Kita yang tidak tahu bersyukur dan tidak faham hikmah. Kita yang enggan berdamai dengan takdir.

Wallahu'alam.


Bersambung PAS jadi gedebe

Artikal sebelum: mahathir, anwar, najib adalah OBP

Baca dari awal: selepas teori RAHMAN konsep RAHIM pula

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya


No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)