Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, April 24, 2018

Ketua menteri baru melaka

Siri masin mulut Demang (38)
Buzze azam. Peguam yang sangat berani. Setakat ugutan dia tak hairan. Kena tangkap pun pernah.

Di parlimen hang tuah jaya (dulu namanya parlimen bukit katil) bekas KM melaka mohd ali rustam akan bertemu Dr khalid (pas) yang sebelum ini adun bukit baru. (Sekarang dun bukit baru dah jadi dun bukit katil).

Rekod sebelum ini tok ali kalah kepada samsul pkr. Manakala dr khalid menang menentang orang kuat tok ali dengan majoriti tipis 49 undi.

Katanya samsul akan lari ke pandan yang ditinggalkan rafizi. Tapi ada pula angin yang bertiup mengatakan pandan akan diwakili nurul izzah, anak anwar ibrahim.

Sahabat Demang lawyer azam aziz yang terkenal itu mahu bertanding sebagai calon bebas di pandan. Siapa yang akan mencabar beliau?

Mana satu pilihan hati orang bukit katil? Bagi Demang ada pro dan kontranya.

Jika tok ali menang, beliau boleh jadi menteri. Dato bakar yang sebelum ini timbalan menteri di MITI dah dipanggil pulang untuk bertanding di peringkat negeri. Bertukar lah tu.

Kalau menang ada peluang untuk jadi ketua menteri.

10 herba terbaik dunia di dalamnya

Demang memang suka jika sahabat Demang dato bakar jadi CM melaka. Jangan pandang senget pada Demang. Sepanjang beliau di MITI Demang tak pernah dapat apa² habuan. Bahkan minyak morha Demang pun tak pernah dipayungnya.

Demang kata peluang, bukan semestinya jadi. Maksud Demang datok bakar bekas profesor utem itu dah cukup syarat untuk jadi CM.

Kita bincang itu lain kali.

Jika Dr khalid pula yang menang maka beliau akan jadi salah seorang pengundi dalam parlimen. Tak banyak yang boleh kita harapkan, namun penting.

Jangan lupa bahawa setiap undi di parlimen sangat penting jika melibatkan keputusan seperti RUU 355. Rujuk artikal Demang tentang PAS jadi kingmaker.

Maka orang bukit katil (nama parlimen dulu) perlu buat keputusan bijak berdasarkan apa sumbangan kedua² calon pada negara selepas menjadi ahli parlimen.

Tok ali mungkin akan jadi menteri atau timbalan. Manakala Dr khalid akan jadi pengundi penting di parlimen.

Najib tetap perdana menteri.

Wallahualam.

Bersambung... Perdana menteri bukan melayu

Artikal sebelum: PAS jadi gedebe

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)