Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, April 30, 2018

Muda lawan tua

Yang Demang Sedang Fikir (11)

Satu soalan lisan untuk Demang masa ambil SPM dulu, apakah konflik anak muda?

Demang jawab, pertentangan antara golongan muda dan tua.

"Apa contoh masalah itu?" tanya lagi si penemuduga.

Soalan pada tahun 1985 itu membuatkan Demang terdiam seketika.

Seorang rakan guru bercerita, beliau pernah tahan pelajarnya kaum cina yang berambut warna warni. Kata pelajar itu: "masa muda lah nak fesyen macam ni. Dah tua nanti buat malu aja."

Pertentangan antara golongan muda dengan golongan tua bukan sahaja berlaku dalam bidang sosial bahkan dalam politik dan agama.

Kata seorang remaja: "anak muda pilih biru muda."

Apa maksud pernyataan ini?

Pertama, ia adalah trendy. Tidak kira betul atau salah sebagai anak muda kena ikut masa. Kalaupun ada bukti bahawa yang biru muda itu salah, namun jika tidak sokong akan dianggap ketinggalan zaman.

Mujurnya, undi adalah rahsia.

Dalam agama pun ada kaum muda dan kaum tua. Hamka adalah seorang pendokong kaum muda yang akhirnya menjadi tua.

Hamka apabila ditanya kenapa dulu beliau mengatakan sambutan maulud nabi itu bidaah tapi kini beliau turut raikan berkata:
"Dulu saya muda. Belum banyak kitab yang saya baca."

Wallahualam.

Bersambung

Artikal sebelum: ambil kesempatan

Baca dari awal: Apa berlaku selepas teori RAHMAN?

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
10 herba terbaik dunia di dalamnya

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)